Nelayan Kongsi Cara Pilih IKAN GELAMA Buat Lauk Isi Manis Sedap, Tak Tawar! Rupanya Ikan gelama ada pelbagai jenis dan mengikut kesesuaian untuk dibuat lauk mahupun dijadikan ikan masin. Jika tersilap pilih di pasar, itu yang membuatkan isinya kurang sedap dan tawar.
Hari ni tak masak tapi nak kongsi ilmu pasal pemilihan ikan gelama , supaya bila buat lauk isi dia sedap tidak tawar.
Keluarga ikan gelama sangat besar, wujud di seluruh dunia.Di negara kita ada belasan spesis yang selalu di tangkap setiap tahun. Secara khususnya di negara kita ikan gelama di tangkap untuk dua tujuan iaitu di jual basah di pasar dan untuk tujuan di jadikan ikan masin atau ikan kering.
Apa spesis gelama yang selalu di jual di pasar dan sedap di buat lauk dan apa jenis gelama yang terus di hantar ke tempat pembuatan ikan masin?
Ini kerana ada spesis gelama yang jika di jadikan lauk isinya tidak sedap iaitu tawar atau orang kampung kata lecah isinya.Ikan kategori ini akan di jadikan ikan masin dan tidak ada pasaran jika di jual di pasar basah.
Kategori kedua adalah gelama yang isinya manis dan sedap, gelama ini memang sesuai untuk di jadikan lauk dan laris di jual di pasar.Ikan gelama kategori ini harganya lebih mahal.Kelebihannya bukan sahaja untuk di jadikan lauk malah di jadikan ikan masin lagi bertambah sedap.
Mari kita mengenali spesis kategori pertama dan kedua melalui gambar gambar yang di sertakan.
Ini akan mejawab persoalan jika ada antara kita yang baru baru belajar nak makan ikan gelama, nanti kalau dah masak sedap sedap tapi isi ikan nya tawar je tak manis mungkin anda tersilap ikan gelama, mungkin ikan gelama yang anda makan itu spesis untuk di buat ikan masin.
Gelama Kuning Dada
Gelama Jarang Gigi
Gelama Sungai
Gelama Bongkok
Gelama Cerua
Ibu Gelama
Mesti Baca:Nak Pastikan Ayam Benar-Benar Segar & Baru, Teliti Dahulu 5 Perkara Ini Sebelum Beli!
Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!Artikel Menarik:Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak pilih ikan gelama yang betul untuk dibuat lauk atau dijadikan ikan kering. Jadi sebelum beli di pasar, pilih dahulu betul-betul, jangan tersilap pilih.
Sumber:Kisah Nelayan Beserah