Nekad Letak Jawatan Pengurus, 18 Tahun Pilih Berniaga Tepi Jalan Demi Besarkan Sendiri Anak-Anak!

Share

Nekad Letak Jawatan Pengurus, 18 Tahun Berniaga Tepi Jalan Demi Besarkan Sendiri Anak-Anak! Begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Azie sehingga sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat kira-kira 18 tahun yang lalu.

Ibu kepada 3 orang anak lelaki ini memilih untuk berniaga nasi bungkus di tepi jalan demi membesarkan sendiri anak-anaknya selepas kematian suami.

Nekad Letak Jawatan Demi Anak-Anak

Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia nekad meletak jawatan selepas salah seorang daripada anaknya tidak sihat.

“Saya mula rasa nak berniaga semasa anak kedua demam dan pada masa sama sedang mengandungkan anak ketiga.

“Melihatkan anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati… kalau keadaan berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.

“Masa tu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya,” luahnya yang kemudian mula berniaga pada usia 26 tahun.

Berniaga Selepas Suami Meninggal

Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, nasi kerabu jualannya mula bertapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja. Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.

“Saya mula berniaga selepas suami meninggal. Saya buat apa sahaja kerja yang boleh bantu untuk besarkan anak-anak tambahan pada waktu itu terdapat sedikit kesulitan.

“Jadi saya mulakan dengan fotostat flyers dan edarkan di kawasan apartment tempat saya tinggal, dari rumah ke rumah.

“Apabila balik kerja, mereka terus order dan bermula dengan 10 tempahan makanan disediakan. Ia semakin bertambah, maksudnya masakan saya orang boleh terima.

“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.

Urusan Berniaga Tepi Jalan Dipermudahkan

Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.

“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.

“Dia cakap guna khemah dan generator dia sebab saya berniaga petang hingga malam. Saya hanya perlu bawa makanan yang nak jual, meja dan kaki meja pun dia bagi.

“Apabila dah berniaga tu, Alhamdulillah bulan pertama saya dapat simpan RM13,000,” katanya yang terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil untuk turut berniaga pada ketika itu.

Anak-Anak Berjaya Sambung Pelajaran

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Azie turut merasa gembira kerana hasratnya untuk berada bersama anak-anak tercapai. Berkat usaha gigihnya, anak pertama dan kedua berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

“Anak sulung umur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung berjaya sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan anak ketiga masih di bangku sekolah.

“Imbas balik masa mereka kecil, saya memang seorang ibu yang pentingkan pelajaran kerana mahukan mereka berjaya… janji habis sekolah dan Alhamdulillah, mereka dapat kesemua A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.

“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,”

katanya.
@milik_abadimoga aku tetap tabah demi mu anak2 ibu🤲♬ original sound – MVM Music

Memilih Untuk Terus Berniaga Tepi Jalan

Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.

Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.

Berkongsi ‘rahsia’ kekal awet muda, ujarnya, dia hanya mengamalkan pengambilan jamu dan kopi khas selain tidak membiarkan diri berada dalam keadaan stres dengan urusan yang tidak berkepentingan.

@milik_abadi doakan sy murah rezeki🤲#fypdongggggggg ♬ bunyi asal – Sabarituindah79

Mesti Baca:36 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Salamiah Bernikah Usia 71 “Semoga Allah Memberkati Segala Urusan, Buat Yang Mendoakan”
Baca Lagi Di Sini:Ibu Tunggal ‘Ketepikan’ Sakitnya Hidap Kanser Ovari Demi Jaga Anak Terlantar Akibat Kemalangan
Artikel Menarik:Farah Lee Inspirasi Ibu Tunggal, Genggam Master Di UK “Kemudahan, Keberkatan Hidup Dari Doa Mama”

Mingguan Wanita: Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain terutamanya yang bergelar ibu tunggal untuk terus berusaha membesarkan anak-anak sehingga berjaya.

Sumber: Mstar, TikTok milik_abadi

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab