Nek Minah Masih Kuat Panjat Pokok Di Usia 71 Tahun, Lakukan Pekerjaan Sejak Usia Remaja

Share

Nek Minah masih kuat panjat pokok di usia 71 tahun, lakukan pekerjaan sejak usia remaja. Ramai beranggapan, wanita apabila memasuki usia 50-an akan mula memperlahankan  kegiatan melibatkan fizikal kerana bimbang tidak kuat sebagaimana usia muda.

Namun begitu, istilah ini tidak terfikir oleh Minah Omar. Nenek berusia 71 tahun ini masih lagi cukup kuat iaitu mampu memanjat pokok duku yang mampu menjana pendapatan baginya. Jika sebahagian wanita pada baya ini lebih gemar menelek cucu dan melakukan kerja-kerja biasa tetapi Nenek Minah sangat bertenaga pada usia 70-an.

Nek Minah Masih Kuat Panjat Pokok Di Usia 71 Tahun

Memetik perkongsian Harian Metro, nenek Minah atau digelar “Tok Minah Nenek Atas Pokok” masih aktif memanjat pokok duku setiap kali musim buah ini di kampung mereka sebelum memungut hasilnya untuk dijual.

Berasal dari Kampung Sekayu, Kuala Berang, Nenek Minah mengakui lebih gemar memanjat pokok duku kerana buah yang dipetik terus dari atas pokok lebih tahan lama berbanding yang dikait menggunakan galah.

“Alhamdulillah, pada usia senja ini saya masih diberikan kudrat untuk memanjat pokok yang pekerjaan ini  biasa dilakukan orang lelaki atau orang muda.Apabila tiba musim duku dan buah lain yang memerlukan dipetik dari pokok, perasaan ingin memanjat membuak-buak.

“Berbekalkan kain batik pada bahu, saya memanjat pokok duku untuk memungut buahnya,” katanya yang masih aktif melakukan kerja kebun dan bercucuk tanam.

Lakukan Pekerjaan Sejak Usia Remaja

Menurutnya, ketika muda dia mengambil upah memanjat pokok duku dan sekarang hanya memanjat pokok milik sendiri.

Katanya, dia bersyukur kerana diberi kesihatan baik dan mampu memanjat untuk mendapatkan hasil selagi kudrat masih kuat.

“Anak melarang saya memanjat pokok kerana bimbang keselamatan memandangkan saya menjangkau usia emas. Namun, saya memaklumkan saya masih mampu memanjat pokok kerana pekerjaan itu dilakukan sejak remaja.

“Alhamdulillah, sepanjang melakukan kerja memanjat tiada kejadian tidak diingini berlaku dan ia perlu dilakukan secara cermat serta berhati-hati,” katanya.

Katanya, selain memanjat, dia turut meredah hutan dan bukit apabila tiba musim buah perah di mana aktiviti itu dilakukan sendirian.

“Memanjat pokok duku hanya setinggi lima ke enam meter saja, namun bagi mendapatkan buah perah perlu berjalan lebih 10 kilometer pergi dan balik meredah hutan dan bukit,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nenek 83 Tahun Bercerai, Menyesal Kahwin Baru Penat Jaga Suami Muda Pemalas!

Kenal Di Tik Tok, Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang

Ibu Boleh Hilang Kelayakan Jaga Anak Jika Sengaja Serah Cucu Pada Nenek, Peguam Syarie Ulas Isu Sam Bunkface

50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros