Berita

Neelofa & Suami Selesa Tak Tunjuk Wajah Anak Secara Terang-Terangan Dalam Media Sosial

Share

Neelofa & suami selesa tak tunjuk wajah anak secara terang-terangan dalam media sosial.  Pasangan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz akui mereka selesa tidak memparkan wajah anak kedua secara terang-terangan menerusi media sosial.

Neelofa & Suami Selesa Tak Tunjuk Wajah Anak

Sewaktu ditemubual di majlis pelancaran kedai pertama Nunha Store baru-baru ini Neelofa akui dirinya sudah selesa tak tunjuk gambar anak secara terbuka di medium sosial.

“Saya lebih selesa tak tunjuk dan sukakan begitu. Macam Muhammad Bilal, orang sudah tengok, tapi saya tetap ‘blur’ wajahnya,” ungkap ibu kepada dua cahaya mata itu.

Manakal PU Riz pula menerangkan dirinya tidak menghalang orang ramai melihat wajah anak-anaknya, malah sudah ramai yang melihat mereka.

“Cepat masa berlalu, Abdullah Abbas sudah berusia setahun. Macam mana pun kami akan hantar ke sekolah. Sekarang pun sudah ramai orang melihat Abdullah Abbas, cuma kami tak nak tonjolkanya,” luahnya.

Suka Masak Sendiri Untuk Anak-Anak

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 telah dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.

“Suami suka anak-anak menjamah makanan dibuat di rumah sendiri, jadi saya elak beri makanan diproses. Saya buat sendiri di rumah.

“Saya suka memasak, tapi tidaklah memasak setiap hari. Alhamdulillah, ada sebab yang baik untuk bangun pagi, buat sarapan.

“Saya pun ada cakap pada suami, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak.

“Seperti bisnes Nunha ini pun kami sedang mencari orang boleh ambil alih bahagian saya. Sebab saya nak duduk di rumah sahaja. Saya seorang ibu yang ‘hands on’. Walaupun ada pembantu, tapi saya tetap mandikan anak, memasak dan sebagainya,” ungkap Neelofa.

Buka Nunha Store Di My Town, Kuala Lumpur

Pasangan selebriti ini juga baru saja merasmikan kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.

Neelofa berkata, pembukaan kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.

“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.

“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” katanya.

Rancang Buka Di Kelantan

Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.

“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.

“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya.

Menurutnya, The Kaabah yang juga produk audio mengandungi zikir dan doa sedang menanti kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Apa yang istimewanya The Kaabah ini adalah saya dan Neelofa sendiri yang rekod suara dan masukkan ke dalam produk terbabit. Ia pun sudah disemak oleh pihak JAKIM dan kami sedang tunggu kelulusan.

“Neelofa baca maksud dan terjemahan Al-Quran dan 33 zikir pagi pula dibacakan oleh saya. Ia mudah dibawa ke mana-mana seperti ke dapur, kereta dan sebagainya,” katanya.

Baca Disini : Pesanan Neelofa Jika Ada Yang Berhijrah Ke Arah Kebaikan Janganlah Patahkan Semangat Mereka

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

Published by
Norhayati Suboh