Neelofa sentiasa pelajari ilmu baru lepas berkahwin. Dalam menjalani kehidupan ini kita pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah, cubaan, rintangan dan ujian.
Namun, bagi mereka yang mempunyai prinsip hidup secara jelas, segala ujian yang menimpa itu akan dihadapi dengan tenang berkat pegangan hidupnya yang betul.
Prinsip yang betul inilah yang kita harapkan dalam kehidupan berumahtangga. Dalam sejarah banyak dinyatakan kisah rumah tangga mereka yang berjaya melayarinya dengan cemerlang di sebalik segala ujian dan rintangan yang dihadapi.
Neelofa Sentiasa Pelajari Ilmu Baru Lepas Berkahwin
Dalam melayari perkahwinan semestinya banyak dugaan yang melanda. Namun selebriti dan usahawan berjaya Noor Neelofa akui kehidupannya bertambah manis selepas dikurniakan cahaya mata.
Malah Neelofa juga percaya doa orang ramai adalah antara kunci kekukuhan sebuah rumah tangga.
“Sudah tentu setiap yang berkahwin mahu kekal sampai bila-bila.
Ads
“Jadi, benda paling berharga untuk pasangan suami isteri adalah doa orang ramai.
“Rumah tangga mana tak mencabar, tetapi bila ada doa orang yang tidak dikenali ia membantu menguatkan.
“Alhamdulillah, biarpun baru setahun jagung, banyak yang saya dan suami belajar. Saya boleh cakap, tak banyak ilmu saya ada sebelum kahwin, hanya peroleh selepas berkahwin,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Neelofa dan Haris berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Neelofa yang kini sedang sarat mengandung anak kedua turut mengakui kehidupan bertambah bahagia apabila hadirnya cahaya mata.
Ads
“Kemanisan berumah tangga adalah bila kita berkongsi kebahagiaan, dikurniakan cahaya mata.
“Banyak benda kami tak pernah rasa, namun terubat dan mudah bila ada anak serta berkeluarga,” ujarnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki kongsikan tips mengorat perempuan Cina, demand agak tinggi banding gadis Melayu. Dalam memilih pasangan, setiap dari kita pasti mempunyai cita rasa berbeza. Ada yang meletakkan standard tinggi dalam memilih pasangan tetapi dalam masa yang sama ada yang menyerahkan kepada takdir.
Cita rasa tentang memilih pasangan juga berbeza-beza setiap dari kita. Tapi bagi yang bercadang untuk mengorat perempuan Cina sebagai suri hati mereka, dikongsikan oleh Adam Kelvin paling utama lelaki tersebut perlu ada wang yang banyak. Itu syarat pertama selain beberapa syarat lain termasuk perlu ada rumah, kerja yang stabil dan paling utama perlu ada kereta. Bukan motor ya.
Lelaki Kongsikan Tips Mengorat Perempuan Cina
Bacalah, kalau-kalau berhajat untuk mengorat Ah Moi sebagai suri hati.
Mencabar sangat sebenarnya nak dapatkan pasangan Cina terutamanya buat Cina Muslim. Standard yang ditetapkan amat tinggi.
Saya pernah rasa macam not worth it. Kononnya kalau dapat perempuan Cina, lagi senanglah nak dakwah pada ayah saya.
Haha.. btw, ni saya share la buat followers saya yang sukakan Ah Moi.
Kena ada banyak duit.
Bukanlah kata wajib kaya. Paling kurang lelaki tu mesti bijak dalam menguruskan kewangan. Lebih kepada financial management.
Macam mana nak kembangkan duit yang ada untuk memberi keselesaan buat keluarga di masa depan. It not about how much you gain, it is all about how much you can save and invest.
Tapi kalau kaya, memang bonus! Haha..cuma berhati-hatilah. Kalau cinta atas dasar material semata-mata, be prepare. untuk diabaikan bila jatuh kelak.
Ada hartanah.
Benda ni dah tertanam sejak azali, mesti beli sebuah rumah pada usia yang muda. Pakai kereta biasa dulu tak apa ketika awal-awal kerja. Yang penting mesti beli rumah sebuah.
Hartanah dan orang Cina tak dapat dipisahkan. Kami memang suka hartanah. Lambang kekayaan sebenar dan returnnya akan menaik berbanding kenderaan yang nilainya semakin menurun.
Kalau ada rumah sebiji pun dah cukup untuk yakinkan Ah Moi bahawa kita ni mampu bagi keselesaan buat keluarga. Ada kondominium, lagi wowww!
Demand Agak Tinggi Banding Gadis Melayu
Mau ada kereta
Haiya. Jatuhlah air muka kalau dating naik motor. Nampak sangat pokai. Paling kurang kereta Axia atau Myvi pun okay. Ni zaman belajarlah.
Nanti dah kerja, mau upgrade. Kena pulak GF dari family kaya, mana pandang kereta kecil. Paling kurang, Honda atau Toyota la.
Sebab kereta ni transport untuk ke mana-mana kalau berlaku emergency. Lambang kita ni berfikir jauhlah kalau ada kereta ni. Taklah GF panas dan rambut rosak bila naik motor pakai helmet.
Ni saya kagum dengan perempuan Melayu. Ada segelintir yang berkahwin dalam keadaan suaminya tak ada kereta. Mereka sanggup susah bersama. Ke hulu ke hilir naik motor dengan anak-anak. Salute beb!
Pekerjaan yang bagus.
Bukanlah kena kerja hebat, tapi kalau kerja tu bagus, lagilah dapat greenlight. Haha..
Cumanya Ah Moi ni nak security. Kerja yang stabil atau pun kalau berniaga mesti mau ada duit masuk setiap hari.
Kena ada vision untuk stabilkan kerjaya dan pendapatan sepanjang hubungan tu sebelum berkahwin. Nak jaga anak orang, bukan main hentam saja.
Mau fikir cinta saja takkan kenyangkan perut. Muka hensem takkan dapat bayar bil-bil. Mereka lebih realistik dalam sesebuah perhubungan.
Itu saja kot yang saya tahu kalau nak Ah Moi.
Cuma bila fikir balik, saya rasa bukan Ah Moi saja, mana-mana perempuan pun perlukan lelaki sebegini. Bezanya orang Islam ni ada konsep tawakal. Mereka sanggup susah masa awal-awal kahwin kerana tahu rezeki Allah akan bagi apabila berusaha.
Berbeza dengan kami orang Cina, selagi tak kaya, maksudnya tak betul-betul usahalah tu. Tuah belum ada. Konsep tawakal? Jauh sekali.
Walaupun saya berkahwin dengan Melayu, ia bukan penghalang untuk saya bagi tip kepada mereka yang nakkan Ah Moi. Hahaha.. perempuan Melayu di luar sana, ramai Ah Cai sedang menunggu!
“Kita memecat AzlanMan berkuatkuasa hari ini. Selepas ini pusat yang kena maklumkan dan keluarkan surat”
Itulah yang diberitahu oleh Pengerusi BN negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.
Datuk Seri Azlan Man yang baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis tadi telah dipecat sebagai ahli Umno kerana ingkar arahan parti.
Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan tersebut telah dibuat tetapi masih menunggu pengumuman rasmi daripada Umno Pusat.
“Ini disebabkan perlantikan Azlan sebagai Menteri Besar Perlis tidak mendapat sokongan majoriti Adun daripada BN.
“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man. Jadilah menteri besar tanpa parti.”
Sidang media tersebut turut dihadiri sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar.
Shahidan menganggap pelantikan Azlan itu sebagai tidak adil kerana pelantikannya bukanlah melalui sokongan majoriti.
“Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap raja untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih. Saya juga berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masuk campur bagi membetulkan perkara ini.
“Kami berhak tentukan siapa pemimpin kami,” katanya.
Terdahulu, Azlan, 60, yang juga Adun Bintong sah menjadi Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, Arau, hari ini.
Bagaimanapun, sembilan Adun BN tidak hadir pada istiadat mengangkat sumpah berkenaan dan hanya 3 Adun Pakatan Harapan serta 2 Adun PAS yang hadir.
Shahidan sebelum ini menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar baharu.
Pada PRU14 lalu, BN memperoleh 10 kerusi Dun, Pakatan Harapan (3) dan Pas (2) untuk Perlis.
Raja Perlis Murka
Manakala Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.
Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.
“Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tapi tuan-tuan pun tahu siapa. Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir sebab apa (tidak hadir) saya pun tak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.
“Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang… ini berdasarkan laporan yang saya terima,” titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.
Sumber: Sinar Harian + Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehilangan individu yang sama-sama menyaksikan jatuh bangun dalam kerjaya dan kehidupan sememangnya memberi tamparan hebat buat mana-mana individu. Itulah yang dialami oleh diva popular Indonesia, Krisdayanti apabila berkongsi khabar duka mengenai pengurus kerjayanya, Selby Anwar yang disahkan meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Industri hiburan di Indonesia sememangnya mengenali sosok Selby sebagai pengurus Krisdayanti di mana Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus selebriti itu memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
32 Tahun Bersama
Selby adalah antara orang kuat di sebalik tabir kejayaan karier seni Krisdayanti bermula dari album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia. Malah Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjaya dan kehidupan diva Indonesia itu.
Hubungan akrab mereka bagaikan adik-beradik dan kelibat Selby turut kelihatan di majlis keluarga dan percutian keluarga Krisdayanti.
Selby digambarkan sebagai seorang pengurus yang setia menemaninya berkarier selama 32 tahun. Tidak ramai selebriti yang memiliki hubungan akrab bersama pengurus lebih 3 dekad dan pastinya Selby mempunyai sifat yang amanah dan mendapat kepercayaan penuh Krisdayanti menguruskan perjalanan kariernya sehingga ke akhir hayatnya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.
“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.”
Selby Anwar meninggal dunia setelah dirawat di salah sebuah rumah sakit swasta di Jakarta. Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...