Neelofa Kini Fasa Akhir Kehamilan, “Saya Mengharap Doa Orang Ramai Agar Memudahkan Urusan Bersalin”

Share

Neelofa kini fasa akhir kehamilan, akhirnya selebriti dan juga usahawan wanita berjaya, Neelofa akui kini dia berada dalam fasa akhir kehamilan.

Malah isteri kepada PU Riz ini juga memberitahu dirinya sudah membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.

Neelofa Kini Fasa Akhir Kehamilan

Seperti mana yang dilaporkan BH Online, Neelofa akui dirinya kini berada dalam fasa akhir kehamilan dan bakal melahirkan cahaya mata.

“Ya, saya sudah sampai ke fasa akhir. Saya pun tidak tahu bila akan melahirkan anak pertama, mungkin awal atau terlewat.

“Jadi, apa yang boleh dikongsi saya berada pada fasa akhir. Saya mengharap doa orang ramai agar memudahkan urusan saya bersalin,” ungkapnya yang lebih selesa menyembunyikan usia sebenar kandungannya.

Tidak Boleh Berselindung Lagi

Malah Neelofa juga menerangkan dia kini lebih terbuka berkongsi tentang kehamilan kerana kandungan tidak boleh disorok lagi.

“Saya mahu lari daripada kebiasaan. Ini disebabkan ramai suka mengumumkan kehamilan.

“Sebenarnya tak perlu buat sedemikian, sebab digalakkan menghebahkan kelahiran berbanding kehamilan.

“Sebagai ‘public figure’, perut sudah nampak, jadi saya tidak boleh berselindung lagi. Rata-ratanya sudah tahu, saya tak boleh buat apa-apa, sudah masanya saya lebih terbuka.

“Jujurnya, banyak perkara yang mahu dikongsi. Apa persediaan saya sebagai bakal ibu yang bakal melahirkan anak pertama, tetapi saya akan berkongsi lebih terperinci pada masa sesuai,” ujarnya lagi.

Masih Bekerja, Seimbangkan Penjagaan Diri & Kandungan

Figura yang tidak putus menghulurkan bantuan buat mangsa banjir terjejas ini juga menerangkan dirinya kini masih bekerja namun dia seimbangkan penjagaan diri dan kandungan.

“Ada hari saya bekerja, ada masanya perlu menghadiri rawatan, fisioterapi, urutan dan sebagainya.

“Semuanya seimbang, tidaklah terlalu sibuk dan relaks.

“Kalau penat, saya rehat. Saya mendengar apa yang badan saya katakan,” ungkapnya.

Baca Disini Juga: Desas Desus Hamil, Neelofa Mohon Doakan Yang Terbaik “Perlukan Doa-Doa Ini Sebagai Satu Perlindungan”

Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan Tunaikan Hasrat Wanita Hamil ‘Mengidam’

“Saya & Haris Menerima Dengan Hati Terbuka, Menjadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran” Neelofa

Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan urusan bersalin Neelofa nanti ya! 

Sumber : BH Online

Sumber Foto : Instagram Neelofa

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh