Sebelum ini heboh mengenai hala tuju hubungan Neelofa dan tunangnya PU Riz yang menjadi perbualan hangat. Terbaru ramai yang tidak menyangka apabila kakak kepada pelakon ini iaitu Nabila yang bernikah.
Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Zainal Abidin dengan sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Perkongsiannya menerusi akaun Instagram walaupun pendek namun cukup bererti buat kakak tercinta.
“Moga Allah berikan kebahagiaan dan kesejahteraan.
“Di dunia yang sementara ini dan di akhirat yang kekal abadi kepada Emran dan Nabila,” tulis Neelofa ringkas namun sangat terkesan buat kedua pasangan pengantin baru ini.
Nabila pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga pernah dua kali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, namun bercerai pada 2014. Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2018, namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Baca Disini Juga:
Neelofa “Daripada Kita Mengkritik, Lebih Baik Sebarkan Semangat Supaya Para Guru Lebih Berkeyakinan”
“Tipulah Dalam Perhubungan Tiada Turun Naiknya. Saya, Riz Lalui Benda Yang Sama” Neelofa
Engku Emran & Nabila “Kami Pernah Melalui Pengalaman Berumah Tangga. Masing Masing Matang”
Sumber/Sumber Foto: Instagram Neelofa
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita