Neelofa “Daripada Kita Mengkritik, Lebih Baik Sebarkan Semangat Supaya Para Guru Lebih Berkeyakinan”

Share

Bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh selebriti popular Neelofa, seharusnya masyarakat memahami keadaan para guru dan memberikan kata-kata semangat buat golongan pendidik ini yang berani tampil di kaca TV.

Sejak kebelakangan ini ada di kalangan warga maya yang memperlekehkan dan mentertawakan cara guru mengajar di program Didik TV sehingga menjadi viral.

Neelofa “Mengajar Di Hadapan Kamera Bukanlah Tugas Mudah”

Perkongsian pendapat daripada Neelofa ini sangatlah bermanfaat dan diakui bukan semua orang berani ke depan, keluar daripada zon selesa dan mengajar di hadapan kamera.

“Rasa hormat yang tidak terhingga saya zahirkan pada para guru yang berani ke depan, keluar daripada zon selesa dan mengajar di hadapan kamera.

“Ia bukanlah satu tugas yang mudah, dan saya percaya individu profesional sekalipun akan berasa gementar,” luah Neelofa menerusi perkongsiannya di akaun Facebook miliknya.

Jangan Hanya Mengkritik

Sambung Neelofa lagi daripada hanya mengkritik lebih baik berikan semangat buat para guru.

“Daripada kita mengkritik, lebih baik sebarkan kata-kata semangat supaya para guru lebih berkeyakinan untuk terus mengajar dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak bangsa kita,” tulis Neelofa.

Baca Disini Juga:

“Tipulah Dalam Perhubungan Tiada Turun Naiknya. Saya, Riz Lalui Benda Yang Sama” Neelofa

 

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Ambil Keputusan Batalkan Permohonan Cap Dagang ‘Harimau Menangis’

“My New Baby” Mudahkanlah Ya Allah, Moga Ramai Dapat Manfaat DariNya,” Neelofa

Sokongan Buat Guru

Pendapat Neelofa itu juga disokong oleh warganet menerusi ruangan komen. Ramai yang memberi komen yang positif dan memberi kata semangat buat para guru di Malaysia.

“Betul itu, saya juga pernah mngalaminya walau saya bukan seorang guru. Orang mngkritik menghina dan kalu kita tak kuat seolah kita sudah tersungkur. Jangan lupa Allah ada. Rezeki Allah itu luas dan yang pentnig prcaya diri sndri. Pasti boleh. Pasti berjaya”

Ummu Az
“Syukran Jazakillah Neelofa bagi semangat. Bagi Penghargaan dan Semangat pada Cikgu Cikgu.”

Haiza Najwa
“Suka status ini. Dia yang speaking powderful dan powerful pun tidak mengkritik. Tak seperti yang baru upskilling Englishs dia lepas ambil TESL course.”

Rosnalina Abdul Rahman
“Siapalah kita tanpa berguru. Alhamdullilah”

Sumber/Sumber Foto: Facebook Neelofa
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh