Sebagai mak ayah, amat penting mendalami ilmu keibubapaan, lebih-lebih lagi hal yang melibatkan kesihatan anak.Jangan jadikan anak sebagai ‘tikus makmal’dengan mencuba perkara-perkara yang boleh mengadaikan nyawa mereka terutama pada anak yang masih kecil dibawah usia dua tahun. Banyak kes yang berlaku, kematian anak berpunca daripada kecuaian dan kesilapan mak ayah sendiri akibat tiada ilmu yang betul.
Semoga perkongsian pengalaman dan nasihat oleh jururawat Siti Saleha Jaafar dapat dijadikan panduan berguna.
Berikut antara perkongsian oleh beliau;
Ada yang pm saya bertanyakan perihal status saya baby 3 bulan yang meninggal disebabkan oleh parent beri ubat tradisional..betul terjadi ke??
Maaf, saya tak boleh kongsikan details mengenai kronologi di fb atau messenger.Semua itu adalah confidential dan saya perlu menyimpan kemas kerahsiaan pesakit.
Ya, baru terjadi pagi tadi dan ya.
Saya yang attend bayi tersebut selepas pengasuh datang terus kepada saya.
Saya yang berlari membawa bayi tersebut hingga entah siapa lelaki-lelaki yang saya langgar dan rempuh.
Dan saya bersama-sama para doktor dan MA bekerjasama dan bergilir-gilir resus bayi tersebut.
Ads
Cukup…
Nasihat saya sebagai misi cabuk kepada para ibubapa di luar sana:
1. Jangan beri makanan/minuman kepada bayi bawah 6 bulan
Walaupun bayi anda lahir cukup bulan atau bukan bayi pramatang, tetap ingat bahawa organ-organ utama dalaman bayi belum matang sepenuhnya..hatta nak beri air kosong pun dilarang
2. Jangan beri sebarang ubatan atau supplement kepada bayi dibawah usia 2 tahun tanpa arahan dan pemantauan doktor
Jika ubat/supplement yang dibekalkan adalah di bawah pemantauan dan nasihat para pegawai perubatan, ibubapa boleh beri.Jika doktor tidak beri ubat sedangkan anda sebagai ibubapa rasa anak tidak sihat, sila bertanya dan jangan buat keputusan sendiri dengan beri rawatan ubat tradisional pada bayi!!
Ads
3. Jangan jadikan bayi “Tikus Makmal”
Jadi ibubapa yang tegas!!jika ada kawan, makcik, pakcik, sepupu sepapat, nenek, atuk, moyang, buyut ke nak suap sesuatu kat mulut anak hatta air kosong sekalipun, tolong katakan TIDAK atau bawa anak jauh dari mereka..nak dengar pendapat orang boleh tapi jangan jadikan bayi sendiri “TIKUS MAKMAL” disebabkan kata-kata
“Ehh, orang dulu-dulu elok jer bagi..besar jadi orang pun..”
“Ehh..anak si polan dan polan tue ok jer..tak mati pon..jadi orang besar-besar, bijak pandai lagi..”
Anak orang lain bernasib baik tak menjadi penempah nisan tapi adakah nasib anak awak juga akan sama??
Kami marah, kami bebel bukan sebab benci, bukan ada kepentingan peribadi tapi apa yang kami larang dan nasihat sebab sayangkan nyawa manusia.Kita manusia bukan kucing yang orang kata ada 9 nyawa.
Ads
Jangan jadikan tindakan kurang cerdik kita sekarang akan menjadi penyesalan dan bayang-bayang hitam di kemudian hari..
Cukuplah tragedi hari ini yang terjadi depan mata saya..hiba hati dukung tubuh bayi sambil berharap bayi tersebut survive..sakitnya melihat tubuh kaku bayi tersebut..seolah-olah macam kena tikam dada, disiat-siat pedih dan sakitnya..
***salah satu punca tak boleh bekerja lama di wad kanak-kanak dan NICU
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Kongsikan juga buat mak ayah yang lain.
Bila anak ramai, rumah bersepah dengan mainan sana sini itu normal. Mak-mak tak perlulah rasa marah atau stres dan jangan sampai terlalu menjaga peraturan dalam rumah.
Tak kiralah, bila anak ramai atau mungkin seorang dua. Rumah bersepah itu tetap terjadi. Aank-anak tengha membesar. Biarlah mereka menerokai apa yang ada untuk perkembangan otak anak.
Percayalah, bila anak ramai, masa mereka kecil mungkin buat mak-mak rasa penat, stres sebab nak kena uruskan mereka dan rumah. Tapi bila di semakin mebesar, kerja-kerja rumah akan jadi ringan. Dengan syarat, mak ayah kenalah buat peraturan dan bukan rajakan mereka.
Inilah yang dikongsikan oleh ibu kepada 7 orang anak perempuan. Ada tip yang boleh dipraktikkan oleh mak-mak di luar sana. Moga bermanfaat.
“Saya, mama kepada 7 puteri kurniaan tuhan. Bersama 1 anak istimewa 6 orang anak normal agak mencabar dalam kehidupan seharian. Tapi alhamdulilah sangat gembira dan bersyukur seadanya.
Jom sharing tip untuk mama dan ibu terus bertenaga untuk melayan anak-anak tanpa STRES
1. PASTIKAN ADA MASA BERSAMA PENCIPTA
Set masa untuk bangun awal sedikit agar kita dapat berduaan bersama Allah SWT (tahajud). Berdoalah agar Allah SWT permudahkan urusan kita untuk uruskan anak dan apa-apa yang kita inginkan.
2. PASTIKAN MASA DIURUSKAN DENGAN BAIK
Bangun lambat, masak tak sempat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap. Ini antara perkara biasa yag buatkan diri stres. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri..
3. PASTIKAN MENANGGUH REAKSI
Tidak kira seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak. Janganlah terus bertindak. Tindakan serta merta dan melulu boleh mendatangkan stres kepada kita dan anak. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan, kalau setakat kesalahan kecik pejam mata saja, Yang penting bgtau dia apa yang salah dan apa yang betul.
4. PASTIKAN KITA PERBETULKAN FOKUS
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, hilang jadual, berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Jangan sampai isu kecil air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang kita ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah
(jangan menyumpah kerana mulut ibu masin tau…)
5. PASTIKAN BERFIKIR PANJANG SEBELUM MENGHUKUM
Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat lepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.(kadang-kadang rotan tu leh jadi ubat streses mama tau)
6. PASTIKAN HUJUNG MINGGU ADA AKTIVITI
Kita wanita perlu cuti rehat .Tapi tak akan nak tinggalkan anak-anak. Jadi, saya lebih suka anak-anak bersama saya walau ke mana saya pergi. Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta kita rilekkan minda .Tapi sabtu ahad tu saya suka bawa anak-anak lepak mamak dan makan aiskrim dah cukup tenang bagi saya.( hilang stress mama )
7. PASTIKAN ADA HOBI
Cari semula minat yang telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Hobi apa pun tak kisahla, asalkan apa yang kita suka. Mesti stres tu tak akan pernah datang menjengah kita. (Paling tak stres bila rumah bersih, semestinya hobi mama mengemas umah. Habislah 7 puteri dikerah keringat bagi merialisasikan hobi mama)
8. PASTIKAN MASALAH DIKONGSI
Setiap manusia ada masalah masing-masing dan setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Jadi, kongsi masalah dan kejayaan kita. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak. (Mama suka kongsi dengan anak no 2 sebab pemikiran dia dah macam kawan kita dah)
9. PASTIKAN MENGUBAH CARA BERFIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan
10. PASTIKAN MENDIDIK DARI KECIK
Sebagai ibu biasakan mendidik mereka dari kecil supaya senang bila dah besar mereka ikut saja landasan sejajar yang kita mahu. Apa jua aspek seperti kemas rumah, betulkan tempat tidur, basuh pinggan, adab dengan orang, sembahyang, puasa dan amalan-amalan lain. Jadikan mereka lebih bertanggungjawab sebagai anak..
11. PASTIKAN PERLU TERIMA HAKIKAT ‘ANDA TIDAK AKAN JADI IBU BAPA YANG SEMPURNA ‘
Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah. Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda. Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media. Sebenarnya apa jua yang kita lakukan, semuanya kerana Allah SWT. Biarla anak kita membesar di depan mata kita, kerana bila anak dah besar, mereka pula akan menjadi ibubapa dan akan menghadapi perkara yang sama. Jom hilangkan stres, didiklah dengan senyuman.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Paling penting, sebagai mak ayah kena jadikan anak-anak lebih bertanggungjawab pada keluarga dan agama.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kerja rumah bukannya dengan mengharapkan ibu dan anak perempuan saja. Kena ajar anak lelaki kena buat kerja rumah juga. Baru dia tahu penat dan susahnya.
Itulah yang perlu ditekankan oleh mak ayah. Bukan nak merajakan anak tapi sekurangnya dia tahu rasa tanggungjawab dan berdikari bila mak ayah tiada nanti.
Tak bersih dan kurang kemas itu perkara biasa, sekurangnya kita ajar dia buat kerja rumah. Lama-kelaman dia akan pandai dengan sendiri.
Malah, dia akan jadi lebih matang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kadang-kadang, kita merasakan kerja rumah ni macam biasa je tapi bila anak lelaki buat kerja rumah, ia akan jadi lebih berdikari.
Paling penting, anak jadi makin hormat pada ibu bila dia tahu betapa susah dan penatnya buat kerja rumah.
Nak ajar kenalah bermula dengan anak lelaki buat kerja rumah. Ini antara cara paling praktikal untuk latih anak disiplin dan tanggungjawab.
Selain itu, ajar anak lelaki buat kerja rumah juga dapat mengasih kemahiran & rancang anak kita. Makin pandai la dia urus dirinya sendiri.
Bukan itu je, anak yang biasa buat kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tak biasa buat kerja rumah. Jadi ibu ayah, buat kerja rumah bukan nak mendera tapi nak mendidik mereka.
Mingguan Wanita : Kerja rumah bukan ajar anak perempuan saja, anak lelaki pun sama. Baru dia tahu rasa tanggungjawab terutamanya bila dah berumahtangga.
Sesi persekolahan akan bermula, maka bermulalah episod drama sewaktu nak kejut anak bangun pagi antara ibu dan anak.
Ada sesetengah anak siap menangis dan buat perangai setiap pagi kalau kejut nak pergi sekolah. Kadang ada yang tiba-tiba bagi alasan demam!
Ya, masalah bangun pagi di kalangan anak-anak sering kali menjadi mimpi ngeri buat kaum mak-mak tetapi sebenarnya tak susah pun kalau anda tahu teknik yang betul.
Jangan risau, mungkin mak-mak boleh dapat jawapan daripada perkongsian Pengasas Abounur Kids, Puan Nur Khairunnisa Iskandar ini…
Kejut Anak Bangun Pagi
Kenapa ada anak yang susah, nangis bangun pagi, kadang buat perangai sampai dalam kereta… sebab tak mahu pergi ke sekolah?
Yang peliknya. Yang buat ibu tak habis fikir. Bila sampai sekolah, ok je anak. Lupa sudah tangisan pagi.
Esok pagi, drama mula lagi. Ini masalah global dengan sebab yang global juga.
Semuanya berasaskan 3 sebab berikut:
1- Mahu lari dari sesuatu
2- Mahu dapatkan sesuatu
3- Tidak jelas mahu lari atau dapatkan apa
5 soalan untuk bantu kita dapatkan 50% penjelasan bagi masalah di atas.
1. Apakah “mindset anchoring” yang kita buat setiap kali kita tidurkan dan kejutkan anak ?
2. Adakah anak kita mmpunyai nilai, kepercayaan dan dorongan yang betul tentang makna belajar?
3. Adakah bank emosi anak dipenuhkan secara sihat dan produktif oleh ibu ayah waktu dia berada di rumah?
4. Adakah kita meraikan kekuatan dan mendorong upgrade kelemahan mereka…
Atau
Melihat enteng kekuatan anak dan pada masa yang sama tanpa sedar mendodoi dan mencari “kesilapan siapa” yang mmbuahkan kelemahan anak?
Bagaimana cara kita bertindak dan berkomunikasi dengan anak selama ini?
5. Adakah kita berkongsi energi dan rasa excited untuk ke sekolah dan menunjukkan minat, kesungguhan dan komitmen dengan melibatkan diri secara fizikal dalam program yang dianjurkan oleh sekolah?
Insya Allah.
Bila kita sudah clear dengan jawapan untuk soalan2 ini, mudah untuk kita bantu anak, mudah untuk kita faham situasi, mudah untuk kita berkomunikasi dan brainstorm bersama guru sekolah bagi mndapatkan lagi 50% baki penjelasan.
Rabbuna yassir umurana
Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.
Sedikit Nota Tambahan:
PETUA KEJUT ANAK BANGUN PAGI
Anak lelaki sukakan sentuhan. Kejutkan mereka dengan sentuhan lembut di kaki, tangan atau bahu. Lebih berkesan jika tangan ibu sedikit basah.
Anak perempuan sukakan pujian. Kejut mereka dengan kata-kata pujian. “Anak ibu yang bijak ini, bangun nak… kita bersiap pergi sekolah.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!