“Biar Anak Menangis, Bukan Kita Menangis Dikemudian Hari”

Share

“Biar Anak Menangis, Bukan Kita Menangis Dikemudian Hari”. Nasib anak-anak berubah disebabkan car seat, perkongsian kisah yang diceritakan oleh pemilik akaun media sosial My Lovely Baby menerusi akaun Facebook Public Health Malaysia ini memberi pengajaran buat ibu bapa di luar sana betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan (car seat) buat kanak-kanak.

Sering kita dengari berita tentang kemalangan yang melibatkan kecederaan atau kematian kanak-kanak punca daripada tidak menggunakan car seat di dalam kereta.

Badan kanak-kanak terutamanya bayi masih lagi lemah dan lembut di mana mereka memerlukan perlindungan yang tinggi. Maka, car seat diciptakan untuk melindungi mereka sewaktu berada di dalam kereta.

“Biar Anak Menangis, Bukan Kita Menangis Dikemudian Hari”

Ramai pemilik kenderaan yang mengambil ringan tentang penggunaan car seat untuk anak-anak mereka.

Tidak dapat dinafikan harga kerusi keselamatan agak mahal namun ianya berbaloi demi nyawa dan masa hadapan anak-anak.

Buatlah pilihan yang bijak dengan mengambil langkah berhati-hati sejak awal lagi.

Sumber / Sumber Foto : My Lovely Baby Via FB Public Health Malaysia

“Biar anak yang menangis dan bukan kita menangis dikemudian hari.

“Nasib anak-anak saya berubah sebab car seat.

“Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak. Walaupun kami berhati-hati, jika nak kemalangan, tetap tidak dapat dielakkan. Tetapi kita boleh meminimakan risiko.

“Pada 2 Julai yang lalu, kami sekeluarga mengalami kemalangan jalan raya.

‘Sebuah trak pikap melanggar belakang sebuah kereta sedan putih dan sedan putih itu melanggar kami dengan kuat (Kereta kami berwarna hitam). Bersama kami ada seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan anak lelaki berusia 8 bulan.

“Nasib baik anak-anak saya ada di dalam di carseat.  Walaupun badan anak lebih kecil, dia tetap tidak terlepas dari car sear.  Saya berharap setiap ibu bapa ambil perhatian serius tentang pentingnya car seat.

 “Kami sangat bertuah kerana anak kami selamat.

“Kami mungkin tidak akan bernasib baik jika tidak membenarkan anak-anak kita duduk di child seat.  Sekarang ini, kerusi kereta tidak begitu mahal sehingga kita tidak boleh membelinya. Siap ada subsidi dari kerajaan.

“Jika sesuatu berlaku kepada kanak-kanak, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada, anda tidak boleh membelinya kembali,” kongsi pemilik akaun media sosial My Lovely Baby.

Tips Didik Anak Duduk Di Car Seat

Ini pula antara tip dari Warganet bernama Amirul Azim menerusi ruangan komen yang cukup memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

“Perlulah bermula sejak baru lahir lagi sewaktu keluar dari hospital bersalin.

“Jadikan car seat sebagai tempat yg selamat, selesa dan ibarat rumah bagi si bayi. Itulah kuncinya!

“Sewaktu bayi baru lahir, tidur dan menyusu adalah aktivitinya. Jadi di dalam kenderaan apabila bayi tidur, cuba maximum kan waktu tidur bayi adalah di dalam car seat sahaja dan cuba minimum kan memegang baby seminimum mungkin, ambil bila dia mahu menyusu sahaja. Bayi cry kita susukan, bayi tidur cepat2 letak di car seat. Jika bayi cry sedikit, cuba biarkan dahulu dan jangan terus ambil.

“Apabila bayi sudah membesar, dia akan mula rasa bosan duduk sendiri di car seat, jadi cuba sediakan mainan untuk si kecil. Semakin umur meningkat anak semakin bijak, jadi boleh la sediakan video ilmiah untuk tontonan si kecil tapi jangan sesekali biasakan anak pegang phone kerana masalah lain akan timbul kelak.

“Semoga berjaya,” kongsinya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : Biarlah Anak Nangis Dalam Car Seat Daripada Kita Nangis Kemudian Bila Dah Tercampak Keluar

‘Akui Cuai, Abaikan Carseat, Tali Pinggang.’ Ibu Ini Syukur Suami, Anak Selamat

“Ada Anak, Kena Utamakan Keselamatan” Komen Warganet 

Mingguan Wanita : Dahulukan keselamatan anak-anak.

Sumber / Sumber Foto : My Lovely Baby Via FB Public Health Malaysia

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Published by
Norhayati Suboh