Bagaikan tahu akan pergi untuk selamanya, ibu lelaki ini, Abdul Rahman Bin Bedu, 28 sempat menyediakan nasi lemak terakhir untuk hidangan keluarga.
Catatan anak ketiga dari 8 beradik yang menggunakan akaun facebook Shota Shimizu ini begitu meruntun hati siapa pun yang bergelar anak. Itulah kasih terakhir seorang emak, sentuhan air tangan itu tetap menjadi kenangan anak-anak sampai bila-bila.
“Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptaNya. Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.”
Pagi itu, sekitar jam 11, 29 Disember 2017, anak lelakinya mendapat panggilan telefon menyatakan ibunya, Sariah Binti Fatah sudah tiada. “Mak saya meninggal sebab lemas
.”“Mak saya ini macam nelayan. Dia ada pasang jaring dekat pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang Batu Pahat. Masa dia nak tengok jaring ikan itu, mungkin dia lemas.”
“Aku pun balik lah ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur. Sampai Batu Pahat dalam pukul 1 lebih gitu. Time tu jenazah kat hospital Batu Pahat.”
“Untuk dimandi dan dikapankan. Petang dalam pukul 3 jenazah mak dibawa ke rumah untuk dilihat buat kali terakhir. Time buka ikatan kain kafan itu, lepas tu aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku
.”“Aku tak dapat tahan air mata yang tersangatlah sedih.”
“Lepas tu sembahyangkan kat surau dan kebumikan. Settle semua sebelum maghrib macam tulah. Kat rumah mak rasa lapar pulak. Buka tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.”
“Aku tahu ini masakan terakhir mak.”
“Aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik. Suapan pertama tu .. Ya Allah.. aku rasa lain sangat masakan tu. Aku makan sambil nangis. Tapi aku habiskan jugak nasi lemak tu.”
“Sebab tu masakan terakhir mak. Dan aku tak kan dapat rasa lagi.”
Setahun lebih sudah berlalu, kenangan bersama mak hidup dalam ingatan. Sebelas hari sebelum mak pergi adalah majlis pertunangan saya dengan pasangan, Liza Yeni M Syukur, 28.
Saya buat dekat Cheras. Dan pada hari pertunangan itu, mak sedih je. Saya tanyalah, “Mak.. kenapa nangis.” Dia cakap tak ada apa-apa.
Selesai saja majlis, mak nak balik Batu Pahat dengan yang lain. Saya salam, peluk cium pipi mak. Rasa lain sangat. Sejuk je. Sebab itulah ciuman terakhir semasa dia masih ada.
Mak.. jujur aku rindu
halal kan makan minum aku.
ampun kan dosa aku kat mak.
terima kasih besar kan aku.
Mak.. terima kasih lahir kan aku.
Sumber/Foto : Shota Shimizu