Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Peniaga Ini Dedah Rahsia, Suri Nak Buat Meniaga Pun Dihalalkan Resipinya

Share

Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.

Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.

Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.

Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.

Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.

Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”

Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”

Resipi Nasi Lemak Sedap

Untuk Nasi

  • Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.

Untuk Tumis Darat

Bawang Kecil

Halia

Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.

  • Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.

Untuk Sambal

1.   Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)

2.   Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.

3.   Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.

4.   Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.

Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.

Sumber/Foto: Siti Nor Fathin (MAHN) via Mingguan Wanita

 

Published by
Netty Ah Hiyer