Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
Ads
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Resipi Nasi Lemak Sedap
Untuk Nasi
Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.
Untuk Tumis Darat
Bawang Kecil
Halia
Ads
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.
Untuk Sambal
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
Ads
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Penyanyi antarabangsa Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Pasangan mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz dan diwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai.
Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang.Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.
Sidang Media Khas
Yuna dan Adam akan mengadakan sidang media khas pada Sabtu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka. Pasangan ini juga bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur.
Lima Bulan Betunang
Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu. Alhamdulillah, tempoh pertunangan selama hampir 5 bulan mereka dipermudahkan dan diakhiri dengan ikatan suci perkahwinan.
Menerusi gambar yang dikongsi, majlis pernikahan itu bertemakan dalam taman dengan berlatar belakangkan gunung ganang dan hutan semula jadi. Keluarga pihak lelaki dilihat tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan bewarna jingga.
Menurut kenyataan pihak pengurusannya,Yuna Room Records kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua pihak dari Malaysia dan Amerika Syarikat hadir dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu. Kedua mempelai juga mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai,Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!
Setiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.
Dekorasi Kafe
‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keunikan Nama Menu
Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.
Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.
Isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad, terkejut dan tidak menyangka perkara ini berlaku pada bulan Syawal.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar jam 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.
“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya.
Suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.
Suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disahkan memiliki rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu memiliki tiga rekod lampau.
Menurutnya, dua rekod ialah kes ugutan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu lagi kes babit curi dan menyamar sebagai penjawat awam yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
“Isteri suspek sebelum ini ada buat dua laporan polis babit kes ugutan jenayah terhadapnya oleh suspek (suami) dan terbaharu kes dilaporkan pada Disember tahun lalu.
“Hasil laporan itu suspek telah ditahan polis dan kita sedang tunggu beberapa arahan lanjut (timbalan pendakwa raya).
“Susulan insiden akhir itu (Disember tahun lalu) itulah, dipercayai wanita terbabit membuat keputusan menggajikan pengawal peribadi,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Ketibaan KLIA di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi itu disyaki bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
Menurut Mohd Shuhaily, ketika insiden itu, isteri suspek berada di Balai Ketibaan untuk menerima kepulangan jemaah umrah dan pasangan itu merupakan pemilik syarikat agensi pelancongan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mulanya telah melemparkan satu mercun dan telah mencederakan dua orang awam sebelum bertindak nekad hampiri ke arah isterinya.
Ujarnya, suspek kemudian telah melepaskan dua das tembakan jarak dekat sekitar tiga hingga empat meter.
“Satu das telah tersasar dan satu das lagi telah mengenai seorang daripada dua pengawal peribadi wanita itu. Mangsa (sasaran) sebenar dalam kejadian terselamat daripada tembakan itu.
“Suspek kemudian terus melarikan diri ke aras 2 blok C yang mana suspek datang dan meletakkan kereta di situ,” katanya.
Tambah Mohd Shuhaily, pengawal peribadi itu telah menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan kritikal selepas peluru terkena di bahagian perut.
Pengawal peribadi yang koma itu akan menjalani pembedahan apabila keadaannya stabil. Tegas beliau, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi Ahad melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...