Nasi khaomok Thailand ini nama lain dia, Khao Mok Gai iaitu nasi briyani ayam. Dipanggil juga nasi komok Thailand. Nak membuatnya ada rempah khas yang boleh didapati di negara itu.
Norrihan Ars berkongsi cara membuat nasi khaomok untuk 3 orang makan menggunakan rempah yang mudah didapati. Tak perlu sampai nak ke Siam sana.
Waktu memasak guna beras basmathi itu pun ada cara betulnya. Jadi, nasi akan menjadi cantik dan tak patah.
“Nasi khaomok 3 orang makan.
Tak guna rempah khaomok. Mudah dan sedap. Jom buat.
Resepi bergambar step by step untuk rujukan sahabat muka buku. Moga bermanafaat
”
Resepi Nasi Khaomok Thailand Tak Guna Rempah
Bahan-bahan
- Beras basmathi 1 cawan – rendam 30 minit.
- Air -13/4 cawan
- 3 sekawan
- Serai
- 2 sudu besar minyak sapi
- Daun pandan
- 1 kiub ayam
- Daun ketumbar
- 2 sudu besar rempah kurma
- 1 sudu besar kunyit
- Halia, bawang merah, bawang putih – ditumbuk
- Guna beras biasa pun boleh. Tapi jangan rendam. Basuh macam biasa dan sukatan air pun adjust macam masak nasi biasa.
Baca sini : Resipi ayam goreng serai thai, sedap tabur hirisan daun limau purut.
Cara Memasak Nasi Komok
- Masukkan minyak sapi
- Masukkan semua bahan tumis
- Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan rempah kurma
- Diikuti oleh serbuk kunyit
- Masukkan sedikit air supaya rempah tak hangus.
- Kacau hingga mesra
- Masukkan ayam bahagian tulang-tulang (optional)
- Masukkan beras dan masukkan air kacau manja-manja.
- Masak macam biasa. Jangan dikacau-kacau beras tu nanti patah.
- Dah masak elok baru kacau dengan chopstick. Bau sedap ampaaa!
Bahan-bahan Ayam Goreng
- 4 ketul ayam
- Tepung beras (bumbun) – 1 sudu besar
- Maggi secukup rasa – 1 sudu besar
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1/2 sudu kecil garam
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Akar ketumbar
- Ketumbar
- Jintan manis
- Caranya : kisar semua bahan dengan sedikit air dan perap ayam selama 1 ke 2 jam.
Cara Masak Ayam Goreng
- Goreng ayam dalam minyak sederhana panas.
- Bila ayam dah hampir masak, kautkan bahan perapan dan tuang perlahan ke dalam kuali. Ini untuk buat kriuk-kriuknya.
- Siap.
Bahan Untuk Sos Nasi Khaomok Thailand
- Gula somtam – jika tiada, gula somtam boleh ganti dengan gula biasa.
- Cili padi
- Daun ketumbar
- Limau nipis
- Bawang putih
- Sos ikan
- Campur semua bahan dan kita putar halim.
- Siap. Rasalah nak tambah masam masin manis ke.
Baca sini : Masak tomyam selalu rasa kurang, letak ketumbar jawa bertambah sedap.
Sumber/Foto : Norrihan Ars
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW