Kadang-kadang kita rasa pelik bila nasi kerap basi, sedangkan baru setengah hari masak. Adakah sebab periuknya atau pun beras yang kita guna itu tidak sesuai. Mana silapnya.
Perkara ini bukan sekali berlaku, mungkin banyak kali berlaku pada periuk nasi yang kita masak. Pelbagai cara yang mak-mak guna untuk elak nasi basi. Basuh periuk dengan sabun yang banyak pun tak menjadi.
Pelik bila keadaan ini berlaku. Mungkin beras yang kita gunakan itu dah lama atau periuk nasi kita yang ada masalah.
Jadi, Ida Shahida berkongsi tip yang boleh digunakan apabila nasi kerap jadi basi.
Periuk nasi dan nasi kerap jadi basi?
Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.
Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Cuci bersih periutk dengan sabun. Selepas itu, masukkan 3 genggam penuh garam kasar yang dicampurkan dengan 10 keping asam gelugur atau asam keping. Masukkan sedikit sahaja air supaya garam dan asam keping sebati.
Basuh atau kisarkan periuk dengan bahan tadi dengan tangan selama 3-4 minit. Selepas itu biarkan selama 15 minit. Ulang sebanyak 3-4 kali.
Pasti lakukan pada tudung periuk sekali. Selepas itu, barulah dicuci dengan sabun dan bilas dengan air bersih selama 2-3 kali.
Selepas itu, bolehlah didihkan selama 15 minit dengan air bersih. Boleh lakukan lagi apabila masalah ini berulang lagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kunyah TERUNG Seminit, Petua Berkesan Hilangkan BAU MULUT Lepas Makan Petai!
PETUA Tanggalkan Kerak Kuali Tebal Dengan ASAM KEPING Memang Menjadi Sungguh!
Info Lebih Menarik Di SINI
Satu lagi cara untuk petua elak nasi basi cepat, boleh gunakan cara ini.
Basuh bersih periuk dan tudung periuk nasi dengan sabun.
Selepas itu, isi air penuh ke dalam periuk dan didihkan. Ambik 4 genggam penuh garan dan segenggam asam keping. Biarkan ia mendidih selama satu jam.
Selepas itu, biarkan selama 10-15 minit dan barulah bersihkan periuk tadi dengan bersih.
Sekarang, periuk nasi pun dah elok dan masak nasi pun sedap dan tidak cepat basi. Kalau setakat 36 jam, insya Allah, masih elok dimakan.
Kalau nasi basi dalam periuk itu terjadi lagi, lakukah petua dan langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, kalau periuk tak ada masalah basi pun boleh buat juga sebab nak kekalkan kebersihannya maka masalah basi tidak mendatang.
Asam dan garam fungsinya ialah mematikan kuman atau bakteria pada periuk…kalau periuk nasi akan membuatkan nasi anda cepat basi itu bermakna terlalu banyak bakteria yang berkemungkinan sebelum ini periuk berkenaan pernah nasi jadi basi beberapa kali sudah.
Jadi, gunalah petua ini. Kalau rajin sebulan sekali buatlah….
MW: Lepas ini boleh cuba petua ini, bila nasi kerap basi ye! Guna asam keping dan garam saja.
Sumber: Ida Shahida