Bulan puasa selalunya mak-mak suka mencuba pelbagai jenis resipi untuk hidangan berbuka. Salah satu resipi nasi yang menarik untuk dicuba ialah set nasi jagung, ayam masak merah dan jelatah sebagai hidangan istimewa buat keluarga. Cara nak masak pun mudah je, yang pastinya rasanya memang sedap!

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izanizawati Ismail ini sebagai panduan;‎

“Hari ni masak nasi jagung, ayam masak merah & jelatah.Seronok tengok anak-anak & suami makan bertambah. Berbaloi bersilat kat dapur”

Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

1. Nasi Jagung

Bahan-Bahan:
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1 sudu kecil garam

Bahan Tumisan:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul

Bahan Kisaran:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

IKLAN

Cara Membuat:
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.
4. Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau-kacau guna garfu.

Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

2. Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:
6 ketul ayam
1/2 cawan santan pekat/ susu cair
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1 tin kecil tomato puri
Secukup rasa garam, gula & perasa

Bahan kisaran:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus

IKLAN

Cara Membuat:
1. Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.
2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika banyak) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised baru dikacau. (Untuk menghasilkan warna kuah yg menarik)
4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.

Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

3.Jelatah

Bahan-Bahan:
1/2 batang timun
1/2 batang lobak merah
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
4 sudu besar cuka

IKLAN

Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan & sayuran yang dipotong memanjang. Kacau sebati.

Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

Siap! Selamat Mencuba!

MW: Menariknya resipi nasi jagung ni. Sesuai dihidangkan waktu hari raya, rumah terbuka, kenduri kendara dan sebagainya.

Sumber: Izanizawati Ismail‎

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI