Bulan puasa selalunya mak-mak suka mencuba pelbagai jenis resipi untuk hidangan berbuka. Salah satu resipi nasi yang menarik untuk dicuba ialah set nasi jagung, ayam masak merah dan jelatah sebagai hidangan istimewa buat keluarga. Cara nak masak pun mudah je, yang pastinya rasanya memang sedap!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izanizawati Ismail ini sebagai panduan;
“Hari ni masak nasi jagung, ayam masak merah & jelatah.Seronok tengok anak-anak & suami makan bertambah. Berbaloi bersilat kat dapur”
1. Nasi Jagung
Bahan-Bahan:
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
Bahan Tumisan:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul
Ads
Bahan Kisaran:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Membuat:
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.
4. Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau-kacau guna garfu.
2. Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
6 ketul ayam
1/2 cawan santan pekat/ susu cair
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1 tin kecil tomato puri
Secukup rasa garam, gula & perasa
Ads
Bahan kisaran:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus
Cara Membuat:
1. Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.
2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika banyak) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised baru dikacau. (Untuk menghasilkan warna kuah yg menarik)
4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
3.Jelatah
Bahan-Bahan:
1/2 batang timun
1/2 batang lobak merah
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
4 sudu besar cuka
Ads
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan & sayuran yang dipotong memanjang. Kacau sebati.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menariknya resipi nasi jagung ni. Sesuai dihidangkan waktu hari raya, rumah terbuka, kenduri kendara dan sebagainya.
Resipi Mudah Rice Paper Dumplings SEDAP, Kukus Atau Goreng Pun Boleh!Mudah je nak buat Rice Paper Dumplings sendiri di rumah. Malah sesuai boleh jadi menu diet juga. Nak kukus atau nak goreng pun boleh, ikut citarasa sendiri.
Boleh cuba resipi mudah Rice Paper Dumplings sedap yang dikongsikan oleh Shaa Zainolini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
Ayam/Daging kisar
Bawang Holland/Besar
Bawang Putih
Daun Sup & Bawang
Carrot
Kubis
Serbuk perasa Maggi
Garam secukup rasa
Sos Tiram
Lada Sulah
1 Sudu Besar Tepung Jagung
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati. Tak perlu masak.
2. Basahkan Rice paper supaya tak pecah dan senang balut, kemudian gulung/balut seperti biasa.
3. Boleh terus dikukus atau digoreng.
Info Ekstra!
Lepas balut terus kukus.. tak koyak, cumanya kena berhati-berhati bila pegang/angkat supaya tak melekat kat periuk kukus tu.. basahkan sikit bahagian bawah dumpling.
Kalau takda chili oil, boleh cicah dengan Sos Thai.
Meriah bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang. Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dahulu, kalau nak makan tau fu fa mesti tunggu pasar malam. Sebab masa inilah baru ada yang menjualnya. Kalau bulan Ramadan lagilah kan. Mesti ada dan pakejnya beli sekali dengan air kacang soya. Bestnya.
Pernah juga terfikir, macam mana nak buat sendiri. Leceh betul. Tak kena cara, memang tak jadilah. Cara mudah beli sahaja. Nieza Nor Hamnira berkongsi resipi yang paling simple untuk mak-mak buat sendiri di rumah.
Guna Air Kotak Soya
Siapa dah buat tau fu fa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal sama macam puding atau agar-agar saja?
Kali ini, saya ingin kongsi tau fufa yang sama macam kat pasar malam. Lembut dan menyelerakan. Gunaa tiga bahan sahaja. Kalau tak jadi tak tahulah.
Bahan-bahan:
2 kotak susu soya – yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
Agar-agar tali 8 gram SAHAJA
1 cawan air + daun pandan simpul (kalau ada)
Cara Membuat:
1.Masukkan air dan agar-agar tali sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu lagi
2.Selepas itu, tuang 2 kotak air soya ke dalamnya.
3.Biarkan ia mendidih.
4.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
5.Tunggu selama 3 jam dan ke atas. Masukkan ke dalam peti ais atau letak sahaja dalam suhu bilik.
6.Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih. Ambil 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur.
7.Apabila mendidih, ketepikan.
8.Boleh cedok tau fufa depan anak-anak. Boleh rasa keseronokan anak bila tengok sama seperti beli kat pasar malam.
Selamat mencuba!.
MW: Nanti bolehlah buat kat rumah. Rasa macam agar-agar, mesti anak suka.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.