Nasi Goreng Lejen Tak Guna Perencah Masakan, Resipi Mak-Mak Dulu Simple, Sedap!

Share

Rindunya air tangan mak kat kampung. Walaupun masakan simple tapi sedapnya lain macam. Tak perlu masakan hebat-hebat, nasi goreng pun sudah cukup membuatkan kita makan bertambah-tambah.

Bila bercakap nasi goreng, sedap dan aromanya memang tak boleh bawa bincang. Walhal, tak guna perencah pun, main campak-campak dengan lauk yang berbaki semalam, terutamanya ikan kering atau ikan goreng.

Kalau nak rasa nasi goreng alal mak-mak kat kampung, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Mohd Romzie ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!

Info Lebih Menarik DI SINI

Nasi Goreng Ala Mak-mak

Kebetulan dalam peti sejuk banyak bahan masakan dah habis. Malas pula nak keluar ke pasar masa musim hujan sekarang ini.

Jadi, abang masak menu simple saja iaitu Nasi Goreng Lagend. Sebenarnya ini resipi mak-mak kita dulu selalu masak kat kampung.

Tak perlu guna perencah masakan, hanya sekadar guna bahan asas saja campak-campak tapi dia punya sedap tak boleh bawa bincang. Siap bertambah-tambah nasi.

Kalau abang dulu suka emak abang goreng nasi ini bagi ‘qheteow’ istilah bahasa orang Kedah. Maksudnya nasi tu di goreng sampai sedikit garing, salut pula dengan telur dan cili.

Nasi Goreng Lagend by Mohd Rozmie

Bahan-bahannya:
6 ulas bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis
10 keping cili kering
3 biji telur
Sedikit ikan kering (pilihan)
Nasi (anggaran 2 pot)

Cara Membuat:


1. Ini adalah bahan asas yang disediakan. Cili kering rebus terlebih dahulu dan toskan.
Kebetulan ada ikan kering, boleh masukkan ikan kering sekali.

2. 2 pot nasi yang telah dimasak.

3. Bahan asas berikut, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis ditumbuk kasar.

4. Panaskan minyak, goreng sekejap ikan kering sehingga masak dan ketepikan.

5. Gunakan lebih minyak goreng ikan kering tadi (kurangkan sikit minyak tersebut) tumis bahan tumbuk kasar tadi

6. Tumis semua bahan ini sehingga sehingga naik bau atau sedikit garing.

7. Pecahkan telur, masukkan telur di sebelah bahan tumisan, kacau prelahan sehingga telur nampak masak.

8. Kemudian masukkan nasi dan gaul dengan penuh kasih sayang hingga sebati.

9. Masukkan ikan kering yang telah digoreng tadi. Ikan inilah yang menambahkan lagi kesedapan nasi goreng ini.

10. Dah siap dan boleh di hidangkan. Nampak simple tapi sedap. Bertambah anak-anak makan.

Mingguan Wanita : Bila masak simole inilah, makan boleh bertambah-tambah.

Sumber: Mohd Romzie

Baca Menarik Lagi DI SINI: RESIPI SAMBAL Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Lauk Favourite Arwah Abah!

 

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora