Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang hebat dalam bidang masakan serta mempunyai hampir 253 000 pengikut didalam instagram. Kerap memuat pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Semalam, Yatie Kitchen ada berkongsi tip dan video resipi bagi menghasilkan Nasi Goreng Kampong yang sedap. Rupanya rahsia bagi menjadikan Nasi Goreng Kampong bertambah sedap adalah tidak menggunakan bawang merah seperti kebiasaan yang ramai mak-mak buat.
“Setiap orang ada cara yang tersendiri masak nasi goreng kampong, tapi nie cara saya masak “Nasi Goreng Kampong “, ianya sangat simple tapi sangattt sedap (sapa nak puji lagi hahahhaha lol ) Selamat Mencuba ! #carasaya ( saya tak letak bawang merah sebab bila letak bawang merah dia punya rasa macam tak kick , tapi bila tak letak , omg !! Sesuatu Nasi Goreng Kampong ni !!”
Lebih istimewa, perkongsian resipi Nasi Goreng Kampung oleh Yatie Kitchen, mendapat perhatian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk mencubanya sendiri. Ibu kepada Siti Aafiyah ini, telah repost perkongsian resipi tersebut dan menyediakan Nasi Goreng Kampung ini untuk hidangan sahur buat suami tersayang, Dato’Sri Khalid Mohamad Jiwa, pagi tadi. Malah, penyanyi lagu Si Comel Pipi Merah ini turut mengakui kesedapan resipi yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen.
“Memang sedap, kita pun baru masakkan nasi goreng ni untuk sahur suami tersayang, bagi yang takde idea nak sahur apa? Inilah jawabnya.”
Cili padi
Bawang Putih
Ikan Bilis
2 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Cendawan
Garam
Nasi Putih
Daun Sup
1.Goreng 2 biji telur dan letak tepi kuali.
2.Tumis cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk, biarkan sehingga sederhana garing.
3.Masukkan garam dan kacau kemudian masukkan pula nasi putih.
4.Masukkan daun sup dan serbuk lada sulah.
Siap! Selamat Mencuba!
Cukup mudah kan! Jadi mak-mak boleh lah cuba resipi Nasi Goreng Kampung ikut resipi ini.Boleh buat untuk hidangan berbuka puasa ataupun untuk menu bersahur nanti.
Sumber: ctdk & yatie kitchen