Cukup glamour die negeri Kedah, resepi Nasi Daging Utara ini tak ada sukatan, jenis main campak campak baling masuk periuk je. Tapi kata Puan Nor Farhana, kalau mak-mak buat in shaa Allah menjadi dan puas hati. Rugi tau kalau tak cuba! Dengan air asam yang menggoda. Fuh!

Cara masak:

Daging fresh rebus dulu.

Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.

Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan nasi:

2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dengan sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yang sama dengan sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah banyak)
Serbuk kurma (letak lebih sikit untuk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit sahaja)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar

Cara buat:

Mula-mula tumbuk bawang merah + putih + halia.

IKLAN

Tumis bahan tumbuk tadi dengan minyak sapi dalam periuk sampai agak garing.

Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.

Masuk 3 cawan air rebusan daging.

IKLAN

Kemudian masuk beras yang direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau-kacau sikit beras tu dalam periuk.

Bila nasi dah agak masak. Masuk daging yang direbus dah empuk dan daun ketumbar dalam periuk. Kacau-kacau biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap.

Bahan untuk air asam

Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil

IKLAN

Cara buat:

Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat.

Kemudian masukkan dalam mangkuk. Perah air asam jawa pekat-pekat. Gaulkan dengan cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis-nipis. Boh sekali dalam bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Makan panas-panas sedap gila baq hang. Laki panggil pun tak perasan!

Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI