NASI DAGANG Terengganu Elok Cantik,Guna Beras Basmathi Campur Beras Pulut Sikit

Share

Nasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur.Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Nak dapatkan tekstur nasi elok cantik berderai, kena guna beras Basmathi campur beras pulut sikit.

Nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi lengkap Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadia ini.

Percubaan buat Nasi Dagang Terengganu entah kali ke berapa, kali ni nasi elok cantik (masuk bakul,angkat sendiri) cuma gulai je sedikit cair yang penting suami cakap sedap.

Cara saya buat nasi dagang (mudah je)

Bahan-Bahan:

2 pot Beras basmathi (saya guna beras basmathi Pusaking Cap Rambutan)
2 sudu Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan,jadi kalau suka berpulut boleh tambah sukatan)

*bahan-bahan atas ni rendam 1-2 jam, saya rendam 1 jam.

Halia mayang halus
Bawang merah mayang halus
Santan(saya guna santan M.S setengah kotak)
garam
gula
2 sudu besar halba

Cara Membuat:

1. Kukus beras + beras pulut sampai separuh masak.

2. Letak beras + beras pulut yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan.

3. Kemudian, dalam mangkuk masukkan santan, halia, bawang, halba, gula, garam dan kacau sampai sebati. Selepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras+beras pulut tadi. Kemudian gaul sampai rata/sebati. Gaul perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.

4. Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas dialas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat. Tutup dengan daun pisang,sedia di hidang.

Gulai Nasi Dagang:

Bahan-Bahan:

Ika Aya/Tongkol
* Rebus ikan aya/tongkol, air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping, garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan.

11 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
seinci halia
cili kering segengam (direbus)
* kisar semua

Rempah Kari Ikan adabi (plastik biru 1 paket kecil)
Rempah gulai cap bunga rose (1 paket kecil)
2 kotak santan (Saya guna M.S size kecil)
Air
Asam keping
Gula nisang/kerek/melaka
Garam
ciliapi merah dan hijau

Cara Membuat:

1. Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek).

2. Tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3 kali. Kering, tambah air (ni kalau nak tambah air rebusan ikan pun boleh, saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam)ulang 3 kali sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula)api sederhana ye. Ketepikan.

3.Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air (sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik),kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk berisi santan. Buka api, kacau sampai sebati, masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus,cilipadi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap!

Acar Timun

Bahan-Bahan:

Timun (Potong bulat-bulat,lepas tu belah 4, buang biji. Hiris halus-halus). Saya suka halus-halus, kalau kasar tak cantik dimata saya haha.
Lobak merah pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus.
2 biji bawang merah (hiris halus)
1 biji Lada besar buang biji (hiris halus)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka

Cara Membuat:

Gaul semua bagi sebati,siap.

Cara Rebus Telur, Kuning tak keras, cantik oren

1. Didihkan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)
2. Selepas air mendidih, masukkan telur slow-slow tak nak bagi dia retak, set masa 6 minit.
3. Selepas 6 minit tutup api dapur. Biarkan lagi dalam periuk 3 minit.
4. Selapas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip. Kupas ketika masih panas di bawah air mengalir.

**Saya dah share resepi, harap membantu. Nanti buat la ye. Saya tak mintak banyak, cuma mintak doa dari puan-puan semua agar anak saya yang speech delay dapat sebut perkataan dengan jelas. Sekarang dah 6 tahun masih tak bercakap jelas. Terima kasih daun keladi.

Baca Lagi Di Sini:
Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

MW: Menarik resipi Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan ini. Bagi peminat Nasi Dagang, kena cuba resipi ini. Memang sedap dan berbaloi buat sendiri. Pastikan guna beras basmathi campur beras pulut sikit, barulah nasinya elok cantik berderai.

Sumber: Haadii Nadia

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab