Nas Adila Hidap Kanser Payudara. Allahuakhbar besar sungguh dugaan penyanyi Nas Adila. Menerusi perkongsian di Instagram, Nas Adila memaklumkan kini dirinya sedang berjuang melawan kanser payudara.
Malah penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mat aitu juga memohon doa daripada rakan dan kenalan agar dipermudah perjalanan rawatan.
Nas Adila Hidap Kanser Payudara
Nas Adila yang juga isteri kepada Aliff Razali turut menyatakan keadaan terkini dirinya.
“Assalamualaikum semua. Maaf tak dapat nak reply pertanyaan satu persatu.
“Doakan ALLAH terus pinjamkan kekuatan-NYA kepada saya untuk melawan kanser. I am a breast cancer fighter,” luahnya.
Teruskan Rawatan Kemoterapi
Kongsi Nas Adila lagi dia kini meneruskan rawatan kemoterapi.
“Kalau tanya keadaan saya Alhamdulillah saya ok, tak sakit. Insya-ALLAH 20 Mac ini rawatan kemoterapi,” titip Nas Adila.
Nas Adila turut memberitahu dia menghidap kanser payudara sejak awal Mac lalu, penyakit itu mula dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Selayang, Selangor.
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya yang turut akan melakukan ujian CT scan untuk mengetahui tahap sebenar kanser minggu hadapan dan memulakan rawatan kemoterapi.
Suami Tenang Terima Berita Ini
Kongsi Nas Adila seperti mana dipetik menerusi Mstar, suaminya turut memberi semangat buat dirinya.
“Suami saya sangat tenang menerima berita ini. Dia banyak memberi semangat untuk saya. Hikmah di sebalik apa yang berlaku membuatkan hubungan kami lebih erat.
“Saya banyak merujuk penghidap kanser lain. Mereka juga masih meneruskan aktiviti harian mengikut kemampuan. Jadi saya akan terus aktif dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang penyakit ini,” kongsinya.
“Semoga Allah Permudahkan, Diberi Kekuatan & Cepat Sembuh”
Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet mendoakan semoga Nas Adila cepat sembuh dan kuat menerima dugaan.
Baca Disini : Suami Sanggup Jadi Jururawat Jaga Isteri Sakit Kanser Payudara “3 Tahun Harung Teruskan Hingga Akhir Hayat”
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nas Adila
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI