‘Nanti Cucu 20 Tahun, Aku 62..’ Lagi Dua Bulan Enot Bakal Bergelar Nenek Muda

Share

Diam tak diam, pelakon Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 40 bakal menerima kehadiran cucu sulung. Anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis yang mendirikan rumah tangga sebelum ini, akan melahirkan cahaya mata pada bulan April nanti.

Menerusi instagramnya, Enot meluahkan rasa teruja dengan kehadiran cucu sulung yang dipanggil dengan nama timangan #budakcheese.

 

Katanya, “Besar dah perut kakak. Lagi 2 bulan jer nak bersalin. Dua bulan jugaklah aku bakal ada cucu. Dapat cucu pun kira rezeki. Untung orang kata aku muda dah rasa ada cucu.

Esok cucu aku 20 tahun aku baru 62 tahun. In sha Allah, semoha Allah panjangkan umur aku. Aku panggil cucu aku #budakcheese sebab hari-hari dia mengidam makan #burncheesecake. Yelah dia lahir tahun tikus lah plak, memang hantu cheeselah.”

Alhamdulillah dia belum keluar lagi, macam-macam orang bagi kat dia. Murah rezeki.. sebab tu orang kata setia kita yang hidup, Allah dah sediakan rezeki untuk kita. Rezeki macam-macam bentuk Allah bagi. Betul tak? So, korang mane nak wat review baju baby ke barang-barang baby ke bole lah dm tokmamok. Dia ok.. hahaha gitew.”

Apa pun memang super excited nak tunggu dia keluar. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Aamin

..”

Demi Cucu, Sanggup Buat Burn Cheese Cake Malam-malam

Kata Enot lagi, “terkezut cucu tokmok dalam perut ni dengar tokmok bebel-bebel satu hari. Tak apa malam karang tokmok buat #burncheesecakeenotstyle yeh untuk #budakcheese kasi upah.”

Cepatlah keluar boleh jadi tukang dengar tokmok membebel. Tak sabar tunggu #budakcheese keluar. Tokmok bagi dia makan banyak-banyak, bagi bam-bam, gebu-gebu, shantik shantik. Kalau tak tokmok tak kisah pun gemuk ke kurus ke tapi sebab lutut ni makin berat jadi kenalah turun kan berat untuk kesihatan.

Sebab gemuk is Always seksi for me walaupun one day akak tak bam-bam lagi but akak suka orang bam-bam sebab diaorang ni cantik-cantik dan gebus-gebus sweet. Tapi kalau korang ada problem kesihatan u have to lah turunkan sikit berat badan. Bukan untuk sapa-sapa, untuk diri kita sendiri hokey! love u all! love my #budakcheese

.”

Enot yang merupakan seorang ibu tunggal juga mempunyai seorang lagi anak, Ariana Qaseh Qistina.

 

MW : Tahniah Enot.. semoga urusan kehamilan dan kelahiran cucu dipermudahkanNya.

Baca sini : Dulu tanggung bekas suami, kini Enot berjuang lawan kanser usus.

Sumber/Foto : Enot

Published by
NETTY AH HIYER