Setiap orang memang ada angan-angan tersendiri bila memikirkan soal jodoh. Ada yang memang berimpian nak jodoh sebelah rumah, ada juga yang berhasrat nak mencari orang jauh.
Sebab apa, dulu waktu kecil setiap kali raya terasa sedih benar hati. Kawan-kawan ramai dah pakat-pakat balik kampung nenek yang jauh di Pantai Timurlah.. waima seberang kampung pun.
Kita tetap juga beraya di kampung, sebab mak ayah kahwin sekampung saja. Jadi, pengalaman balik kampung waktu raya itu tiada dalam diari hidup masa kecil.
Berkongsi pengalaman ini, Mawarni Sani juga alami situasi yang sama. Rupanya bila dah bersuamikan orang jauh ada satu lagi pengalaman lain yang perlu dilalui.
Terutamanya terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa. Lagi-lagi bila tiba musim perayaan. Masa itu kan, ramai keluarga yang nak balik kampung.
Kalau tak lebih 10 jam berada dalam kesesakan, bukan balik kampunglah namanya.
Dari kecik, aku berangan nak balik kampung jauh-jauh
Sebab MaaAyah kahwin sekampung, jadi masa kecik takde la pengalaman balik raya ke kampung.
Tu pun nasib baik TokNenek duk kampung sebelah yang kalau naik moto dalam 10 minit kot, tapi aku banyak pengalaman jalan kaki je dengan Nenek masa tu aku cucu sulung, nenek takde la tua mana lagi kan.
Jadi aku selalu cakap
Nanti besar nak kawen orang jauh
Jadi anak-anak aku akan ada pengalaman balik kampung
Haaaa sekarang hambik ko
Mikir nak balik kampung pun, aku dah rasa penat nya nak hadap jem, huhu
Tu belum mengadap lagi
Pernah ada pengalaman 12 jam Nilai – Klate
Dah lebih kurang naik flight pegi London
Tapi kalau raya balik Pantai Timur
Tak thrill la kalau tak jem
Kata Adik aku.
Mingguan Wanita : Sungguh kan! menempuh jammed itu memang satu keletihan yang susah nak digambarkan. Jadi, sebaiknya buatlah persediaan siap-siap. Lagi-lagi jika nak balik ke kampung ketika masih dalam bulan Ramadan.. lagi beberapa hari nak sambut raya.
Baca : 7 Barang Wajib Dibawa Balik Kampung, Selesa Sikit Walau Ramai-ramai
Sumber/Foto : Mawarni Sani