Nana tampil imej berhijab tatkala muncul menerusi sebuah video live yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.
Penampilan baru penyanyi dan penyampai radio itu ternyata mengejutkan peminatnya. Malah menerusi pertanyaan pengikutnya mengenai imej berhijab,Nana Mahzanyang ketika itu sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah dan akui sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
Nana Tampil Imej Berhijab
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
Ads
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.
Masih Nana Yang Sama
“Ianya tidak akan terjadi bila tiba masanya, jadi Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya.
“Tetapi sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya.
Ads
“Saya pun masih belajar, saya masih jadi Nana yang sama. Saya risau juga dengan penerimaan orang dengan Nana yang sama walau dah bertudung.
“Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya,” ujarnya.
Ibu mana yang sanggup anak dihina berulang kali, apatah lagi dengan perkataan yang menyakitkan hati. Walaupun bukan anak kandung daripada darah daging sendiri. Gara-gara menghina wajah anak angkatnya, Rohhana Abdul Hamid sebagai ‘bapok’ di media sosial, pelakon Jasmin Hamid tampil mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap tiga individu pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun seorang wanita yang baru melahirkan bayi lelaki, Izzatul Hairiyah Abdullah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan dilakukan dan akur dengan tuntutan dikemukakan Jasmin.
Jaga Maruah Anak & Keluarga
Jasmin berkata, dia mengambil tindakan sedemikian bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.
“Saya failkan saman sebab individu terbabit berulang kali menggelarkan anak saya ‘bapok’. Jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan undang-undang.
“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan menerima tohmahan daripada orang luar. Dia sangat terkesan dengan komen yang dilemparkan sehingga mengganggu emosinya.
“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain,” katanya ketika sidang media kes saman fitnah kepada warganet yang menghina wajah anaknya di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Petaling Jaya, hari ini.
Turut hadir peguam daripada Tetuan Guaman The Law Chambers Of Fauzi & Nasser yang bertanggungjawab mengendali kes penyebaran fitnah pelakon drama Datin Wan Abe itu.
Beri Pengajaran Pada Netizen
Menurut Jasmin, dia mengambil tindakan saman bukan untuk mencari publisiti atau duit tambahan, sebaliknya mahu memberikan pengajaran kepada warganet.
“Ini bukan soal meraih publisiti, nak cari duit lebih melalui saman ganti rugi malu tapi lebih kepada mengajar warganet supaya lebih berhati-hati dalam Internet.
“Kita hidup dalam negara yang mengamalkan undang-undang. Bukan setakat di luar, dalam laman sosial pun terikat dengan peraturan yang sama. Jadi berhati-hatilah.
“Malah Islam juga tidak mengajar kita untuk mencaci fizikal orang lain. Bukankah setiap tindakan buruk yang dibuat akan ditanya di akhirat kelak,” katanya.
Menerusi tuntutan dibuat, Izzatul dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka, membayar ganti rugi sejumlah wang, membuat permohonan dalam media dan surat akuan terbuka untuk menarik balik kenyataan yang dibuat.
Rasa Malu & Kecewa
Sementara itu, Rohanna ketika ditemui akur dengan kejadian yang memalukan dan kali pertama dalam hidupnya itu.
“Saya tidak marahkan Izzatul tapi malu dan kecewa atas apa yang dia lakukan. Bagaimanapun saya sudah memaafkan selepas dia membuat permohonan maaf ini.
“Saya berharap dia belajar sesuatu selepas kejadian ini. Memalukan orang dengan menyamakan bentuk wajah atau tubuh badan seseorang dengan binatang adalah satu perbuatan yang salah,” katanya.
Kesal Dengan Tindakan
Dalam pada itu, Izzatul mengakui kesal atas tindakan yang dilakukan serta berharap Rohanna dan Jasmin memaafkannya.
“Saya memohon maaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akui kesal atas tindakan yang dilakukan terhadap Rohanna. Saya juga tidak sangka komen yang dilemparkan akan menjadi kes sebesar ini. Maafkan saya,” katanya.
Buat Laporan Polis
Sekitar Mac lalu, Jasmin membuat laporan polis apabila ada sekumpulan individu menghina wajah Rohhana sebelum memfailkan saman pada 2 Mei lalu.
Selain Izzatul, ada dua lagi warganet yang dikenal pasti bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Bagaimanapun perincian mengenai individu terbabit akan dimaklumkan kemudian.
MW: Pesanan buat netizen, hati-hati dalam memberi komen di media sosial, jangan sampai menjatuhkan aib dan maruah orang lain. Negara kita ada undang-undang, hati-hati dengan apa yang ditulis.
Malah menerusi perkongsian saudara Harith Faisal menerusi akaun Facebooknya juga memberi manfaat kepada ramai.
“Beli Kereta, Bank Kau Jelajah Ambil Personal Loan. Rabak Poket Wei”
Sememangnya luahan yang dikongsikan ini cukup bermakna sekali. Apatah lagi pada hari ini semua barang naik harga!
“Terdetik saja nak mula jaga kewangan, simpan duit, teruslah buat.
“Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke.
“Yang paling popular, tunggu gaji besar baru nak mula simpan duit. Macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu. Nanti gaji besar, simpan amaun lebih besar.
“Simpan duit ni adalah habit dan amalan. Diadun sekali dengan mindset yang betul, bersulam pula matlamat jangka masa pendek dan panjang.
Jangan Tungguh Dapat Hidayah!
“Kalau gaji kecik pun kau tak teringin simpan duit, macam mana kau nak harap bila gaji kau besar nanti terus dapat hidayah. Bukan senang.
“You decide, nak start simpan ONE DAY nanti atau pun jadikan hari ini adalah DAY ONE.
“Bila gaji aku dah naik ke RM5,000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2,000 je. Jadi, saving aku waktu tu akan jadi RM3,000 setiap bulan.”
“Besar periuk, besarlah keraknya. Maksud peribahasa ni, kalau gaji kau besar, komitmen kau pun akan ikut besar. Kalau boleh, jangan jadi macam ni.
“Gaji sekarang RM2,000 tapi tak nak mula menyimpan, taknak belajar ilmu urus duit. Dengan alasan, gaji kecik lagi. Tak mampu simpan duit.
“Setiap kali hujung bulan, baki gaji tinggal RM10. Lagi malang, awal-awal dah angkat kereta dengan bayaran bulanan tinggi sekitar RM500-RM600.
“Walau berapa pun gaji kita sekarang. Latih diri simpan dan urus gaji tu. Kecik pun takpa. Bila dah biasa, gaji naik RM5,000 pun tak terkejut beruk.
“Waktu kau masih bergaji RM2,000 bolehlah kau cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2,000 walau gaji besar nanti. Sebab tak rasa lagi.
“Nanti bila dah merasa gaji besar, semua bapak mak nenek kereta kau beli, semua bank kau jelajah nak amik personal loan. “Rabak poket wei. Ha!” kongsi Harith Faisal.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nonny dakwa dirinya disihir sejak 3 tahun lalu. Pelakon dan penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia yang juga pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin mendakwa dirinya telah menjadi mangsa sihir seseorang sejak tiga tahun lalu.
Malah dek kerana itu juga dirinya tidak lagi mampu menanggung kesakitan. Paling ketara wajahnya turut mengalami perubahan.
Nonny Dakwa Dirinya Disihir Sejak 3 Tahun Lalu
“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini.
“Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.
“Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.
“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
“Kalau solat tolong doakan saya sekali tau,” kongsi Nonny menerusi Insta Storiesnya.
Terus Lawan & Tidak Simpan Dendam
Walau menanggung kesakitan selama bertahun-tahun namun Nonny tetap terus tabah melawan kesakitan yang dialami.
“Mari kita lawan sampai mati.
“Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.
“Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.
“Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?,” luahnya lagi.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...