‘Nampak Tenang Umum Kematian Isteri.’ Rezeki Cik Non Berjodoh Dengan Suami Cukup Penyabar

Share

‘Nampak tenang umum kematian isteri.’ Rezeki cik non berjodoh dengan suami cukup penyabar. Di saat arwah dikecam, suaminya sentiasa dan kekal utuh di sisi Cik Non.

Pemergian Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah mengejutkan semua orang, namun beruntungnya dia memiliki suami yang cukup sabar melayan karenahnya dan menerima buruk, baik sikapnya. Begitulah suami yang terbaik.

Al-Fatihah buat founder Cik Non, semoga suami dan keluarganya tabah berdepan dengan ujian berat ini.

Nampak Tenang Umum Kematian Isteri

Lelaki ini tertonton video perkhabaran tentang kematian founder yang dikenali dengan panggilan Cik Non. Suaminya tampak tenang umumkan berita sedih tu.

@yusof.jalil Cik Non Meninggal Dunia. Al-Fatihah Buat Nor Shahada Aisyah. Cik Non Viral Kembar Syuk #ciknon
#ciknonviral ♬ Innalillah – Imam Muda Asyraf

Jujur cakap, kita hanya nampak yang tak elok berkenaan arwah. Namun itu semua hanya sebahagian sahaja. Kita tak tahu pun kisah hidup sebenar dia. Jadi saya tak nak sentuh pasal tu. Yang saya nampak suaminya sangat sabar.

Sabar layan kerenah dia. Malah sabar ketika orang ramai kecam isteri dia. Sabar urus dan atur rumah tangga dia.

Dan sekarang, dia sabar hadapi kematian isteri dia. Boleh jadi dengan kesabaran si suami, Allah buka pintu hati si isteri. Allah hantar hidayah asbab sabarnya suami.

Rezeki Cik Non

Suami yang sabar ini,
Isteri dia merajuk sebab tak beli apa-apa lepas balik lepak dengan kawan, dia sabar dan pujuk isteri. Dia tak cakap isteri mengada-ngada atau buat perangai macam budak-budak. Esok-esok dia keluar, dia ingat nak bawa balik sesuatu.

Isteri dia membebel sebab stres jaga anak urus rumah, dia sabar dan diam je. Lepas isteri reda, dia datang kat isteri dan peluk dan picit-picit. Dia tahu isteri dia penat dan letih, serta perlukan belaian dan perhatian.

Isteri dia diam, muka masam dan tak bercakap satu hari, dia sabar dan bagi isteri dia ruang bersendiri. Dia terus take over kerja rumah, dia urus anak-anak, dia biarkan isteri dia uruskan emosi.

Baca Di Sini: 

Suami Yang Baik, Dia Akan Nampak Semua Kebaikan Isterinya

Arwah Pesan Jika Dia Tiada, Saya Mesti Kuat.” Rupanya Itu Petanda Suami Akan PERGI

Isteri Ini Cerminan Suami, Usah Berkasar & Layanlah Dengan Penuh Kasih Sayang

Berjodoh Dengan Suami

Nanti dia, tanya je isteri, “awak ok?”. Isteri bercerita, dia dengar je tanpa judge apa-apa.

Isteri dia buat silap atau terbuat sesuatu yang tak patut, dia sabar dan tak terus kondem. Dia tunggu dan cari masa sesuai. Kemudian dia tegur dengan lemah lembut dan hikmah, bukan sampai jatuhkan maruah isteri.

Dia tegur sebagai tanda kasih sayang. Sebab dia tahu, berkeras untuk betulkan tulang bengkok, pasti patah.

Cukup Penyabar

Suami yang sabar ini,
Dia tak fikir nak isteri yang sempurna.
Dan dia tak harapkan isteri sebaik para isteri Nabi.

Dia tak inginkan isteri bagai bidadari.
Dan dia tak mahukan isteri kaya-raya.

Yang dia dambakan,
Isteri yang jadi pendamping, kawan baik dan peneman setia.
Agar sama-sama boleh bina syurga di dunia.
Sebelum ke syurga abadi….
Di sana nanti.

Mingguan Wanita : Jangan diungkit kisah-kisah silam orang lain kerana kita juga tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Cik Non dan tempatkan dia di kalangan orang beriman.

Sumber : Azlan Noor

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

 

Published by
Nur Syazwani Mehat