Nampak Sedap & Punyalah Simple Resipi Ayam Panggang Ni, Patutlah Viral!

Share

Bulan ramadhan yang bakal tiba ni, biasanya mak-mak akan mencari resipi-resipi yang menarik untuk menu berbuka. Salah satu menu paling simple dan sedap yang boleh dicuba adalah resipi ayam panggang yang dikongsikan oleh Puan Sitjua Jua‎. Cukup mudah nak buat dan lebih jimat, tak perlu lagi nak beli ayam golek di Bazar Ramadan nanti.Sehingga artikel ini ditulis, lebih 13 ribu share dalam masa 7 jam.

Berikut resipinya;

“Sempena nak sambut ramadhan ni saya nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah”

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (bersihkan)

(Bahan Perapan)
1/2 biji Bawang holand
2 biji Bawang merah
1 sudu besar Black pepper
1 kiub pati ayam
3 ulas Bawang putih
2 inci Halia
1 Sudu Kicap manis

Cara Membuat:

1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar (kisar halus).
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dengan garam. Seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap manis.

4. Gaul sekata, saya perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok untuk bawa bekal.

5. Bangun pagi-pagi, ambil ayam tersebut masukkan dalam air fryer. saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.

6.Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!


7.Okeh dah potong tapau masuk bekas. Selamat bekerja.

Info Ekstra!

Jika tiada air fryer boleh juga guna oven.

Semoga bermanfaat!

MW:

Cukup mudah nak buat ayam panggang ikut resipi yang dikongsikan ini. Sesuai mak-mak sediakan untuk menu sahur mahupun berbuka nanti terutama bagi yang nak berdiet. Paling penting lebih jimat dan tak perlu nak beli ayam golek lagi di bazar ramadan nanti.

Sumber: Sitjua Jua‎

Published by
Suhaidah Abd Wahab