Nama Ditulis Babi Oleh Barista, Wanita Mahu Saman Starbucks

Share

Nama ditulis babi oleh barista, wanita mahu saman starbucks. Seorang wanita, Bavitra Ramachandran kesal apabila namanya telah disalah eja oleh barista ketika membeli kopi berjenama terkenal, Starbucks.

Beranggapan hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana tiada orang diberi nama pada binatang itu, dirinya mahu mengambil tindakan saman terhadap kedai kopi popular ini.

Nama Ditulis Babi Oleh Barista

Dalam satu hantaran di twitter  yang dimuat naik oleh halaman Meanwhile In Malaysia, Bavitra menyuarakan hal memalukan ini ketika membeli kopi di Starbucks semalam.

“Starbucks Malaysia, saya akan menyaman anda!!!! Starbucks Sunway Medical Centre Starbucks Sunway Velocity, takkan awak punya pekerja Melayu tak tahu yang tiada manusia yang namanya bermula dengan babi,” tulis wanita itu.

Wanita Mahu Saman Starbucks

Ternyata ia mendapat perhatian dari rakyat Malaysia kerana barista sepatutnya bertanya untuk ulang kepastian adakah benar nama orang yang memesan bermula dari babi.

Ini kerana tidak wajar nama haiwan ini menjadi pilihan.

Dalam pada itu, selepas hantaran nama ini kecoh di media sosial wujud banyak percanggahan pendapat. Ada yang bersetuju Starbucks disaman kerana ia jelas kelemahan dari pihak barista yang tidak bertanya kali kedua atau lebih.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-

Anak 9 Minggu Jadi Sendaan Lucah Isu Khatan Di UK, Dr Amalina Mahu Saman Komen Biadap

Bekas Suami Jaja Keburukan Di Media Sosial & Keluarganya Lepas Cerai, Peguam Kongsi Isteri Boleh Saman EX

‘Kami Alami Tekanan, Kesunyian.’ Gagal Beri Cucu, Anak Menantu DiSaman RM2.6 Juta

Lelaki Disaman RM790,000, Buat Onar BERCINTA Dengan Isteri Kawan Baik Sendiri!

Masa yang sama, ada yang mempertikaikan tindakan meviralkan isu ini kerana adalah lebih mudah jika kita pergi ke kaunter dan menyuruh barista membuatkan kopi yang lain tanpa meviralkan di media sosial. Ini kerana order yang tinggi dari pelanggan membuatkan barista terlalu sibuk.

Masa yang sama, ada juga tempahan dibuat oleh rakan-rakan yang ingin membuat lawak kerana ia bukan sesuatu yang mustahil untuk pedajal kawan-kawan dengan nama pelik.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros