Kecenderungan anak-anak mempunyai naluri dan menjadi lelaki ‘lembut’ cukup membimbangkan.’Penyakit’ ini jika dibiarkan boleh menjadi ‘barah’, bahkan ada yang nekad sehingga sanggup menukar jantina diri demi memenuhi tuntutan hati.
Sebenarnya peranan mak ayah amatlah penting dalam membentuk karakter dan sikap anak dari awal atau sejak daripada kecil. Perhatikanlah tingkah laku dan perilaku anak-anak ini, jika dilihat mulai ‘tersasar’ dari fitrahnya, segeralah ‘tarik’ mereka kembali ke landasan yang betul.
Semoga perkongsian pesanan daripada Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan buat semua mak ayah.
1. Sebagaimana Allah menguji anak-anak kita dengan pelbagai jenis penyakit, begitu jua dengan hati dan naluri yang Allah boleh uji dengan pelbagai jenis penyakit.Antara penyakit naluri yang Allah uji segelintir hamba lelaki-Nya ialah kecenderungannya menjadi lelaki “lembut”.
2. “Kelembutan” ini boleh terjadi dari pelbagai perkara: Persekitaran yang membentuk psikologi serta karakter seseorang seperti keluarga dan rakan-rakan yang hampir semua perempuan, ataupun faktor sains atau biologi.
3. Ada yang “lembut” luaran namun dalamannya tetap lelaki, ini bukan masalah. Namun ada pula yang “lembut” luaran dan dalaman sehingga menyebabkannya cenderung dan senang merasakan diri sebagai perempuan dan tertarik secara seksual kepada yang sama jantina.
4. Ini semua penyakit yang perlu dirawat, bukan dibiarkan. Jika dibiarkan, ia akan semakin membarah sehingga anak-anak mula mengambil “ubat-ubat” (racun) yang menambahkan lagi penyakit feminin mereka, dan lebih parah sehingga ke tahap kronik melakukan pembedahan kelamin atau rupa-paras yang mungkin tidak lagi mampu dirawat.
5. Carilah faktornya dan perbaiki dari awal. Jika faktornya ialah banyak bergaul dengan persekitaran perempuan, ubahlah keadaan tersebut dan didiklah dia dengan “didikan” lelaki. Jika faktornya ada kaitan dengan biologi, carilah kaedah sains yang membantu mengurangkan penyakit tersebut atau menambah kejantanannya, bukan menggunakan sains untuk lebih menggalakkan penyakitnya.
6. Andai tidak dibendung, saya bimbang penyakit ini akan semakin menular sehingga menimbulkan virus homoseksual yang terkutuk.Dan yang lebih membimbangkan apabila dosa sedemikian kelihatan semakin biasa di mata masyarakat, lalu maksiat semakin berani dizahirkan terang-terangan mengundang laknat Tuhan.
7. Ingatlah hadis Ibn ‘Abbas RA:
لَعَنَ رَسولُ اللَّهِ (ص) المُتَشَبِّهِينَ مِن الرِّجالِ بالنِّساء، والمتشبِّهاتِ مِن النساء بالرِّجال
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bertingkah laku menyerupai perempuan dan perempuan perempuan yang bertingkah laku menyerupai lelaki” [riwayat al-Bukhari].
8. Penyakit ini yang semakin serius kebelakangan ini sangat memerlukan perhatian pihak berkuasa.
Andai perlu dibina pusat khas yang membantu merawat “pesakit-pesakit” ini, binalah sebelum ianya sampai ke tahap yang disabdakan Nabi SAW:
يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ! خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ، حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا، إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ، وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
“Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 hal jika menimpa kalian –dan aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak ditimpanya-, iaitu: Tidaklah suatu perkara keji muncul di suatu kaum dan mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan wabak dan kelaparan akan menimpa mereka sebagaimana menimpa umat sebelumnya!” [riwayat Ibn Majah].
-Dr. Kamilin Jamilin-
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah perhatikanlah tingkah laku anak-anak,Tegahlah mereka dan bimbing mereka sejak dari kecil.
Sumber: Dr Kamilin Jamilin