Naluri Isteri, Apa Ditanya Dia Dah Tahu Jawapan, Cuma Nak Suami Jawab Jujur

Share

Naluri isteri, usah pertikaikan. Itulah kelebihan buat seorang isteri yang dianugerahkan oleh Allah kepada suami. Setiap gerak hatinya pasti ada betulnya. Jangan suami nak dolak-dalih, isteri cuma mahukan kejujuran daripada suami.

Begitulah dalam kehidupan rumah tangga, tempoh perkahwinan baru atau lama tidak menjadi persoalan, yang penting kesetiaan dan kebahagiaan yang dibawa oleh suami isteri.

Kadang-kadang, kita boleh terfikir, perkahwinan seseorang yang sudah hampir sedekad boleh bercerai berai. Di mana silapnya? Kalau difikirkan memang sedih dengan keadaan ini. Masih tidak ada kejujuran atau persefahaman lagi selama hidup bersama.

Bagi isteri, tiada apa yang diharapkan pada seorang suami, seluruh hidup didambakan pada suami dan keluarga tersayang. Suami, jangan ambil mudah perkara ini, cubalah fahami isteri.

Kalau suami faham sikap isteri yang inginkan perhatian dan ambil berat pun dah cukup buat hatinya berbunga-bunga.

Eddie Dieana turut berkongsi tentang pengalamannya bersama isteri selama 10 tahun hidup berumah tangga. Apa yang menariknya, sepanjang 10 tahun itu dia banyak belajar tentang sikap perempuan terutamanya isteri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Amalkan Ya Latif, Suami Tak Hadiahkan Emas Hati Tetap Tenang

Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Info Lebih Menarik DI SINI

Naluri Isteri, Inginkan Perhatian

Video saya viral sebab hadiahkan isteri bawa naik Mustang dan pergi ‘candle light dinner’.

Banyak jugak komen-komen yang saya terbaca di Metro Online & page-page lain.

Mereka cakap, “Alah, baru kahwin boleh la, cuba dah lama kahwin, ada anak.

“Dari sewa Mustang baik beli emas, bazir duit je buat macam tu dekat bini”

Ternyata mereka silap.

Saya dah pun hampir 10 tahun kahwin. Ada 2 orang anak.
Tetap sama je layanan saya terhadap isteri saya.

Takkan saya nak post beli pulut dakap, barang kemas pulut serunding, durian apa semua.
Nanti orang cakap riak dan menunjuk pulak. Biarlah saya bahagiakan isteri dengan cara saya sendiri.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang 10 tahun kahwin.

Apa yang saya pelajari tentang perempuan ini terutama sikap isteri saya.
Mereka bersikap inginkan perhatian.

Terkadang apa yang saya perasan, ketika tiada di rumah, isteri saya mampu lakukan semua kerja A to Z.

Tapi bila saya ada di rumah saja, automatik dia jadi tak pandai semua perkara.
Dia akan meminta saya membantunya.
Tapi takpelah. Isteri sendiri kan. Jadi, tolonglah, bukan isteri orang lain.

Bila dah tolong, dia punya gembira kita akan nampak, dia akan beriya buat sesuatu atau bersungguh-sungguh buat sesuatu.

Contohnya bila masak. Tetiba datang ke depan cium pipi kita dan akan tanya siap-siap kita nak air apa dan dia akan hidang dulu supaya kita boleh minum masa menunggu dia masak.

Antara lain, apa yang saya dapat belajar dan fahami tentang perempuan ni.
Mereka suka akan kejutan. Bila balik ke rumah bawa bunga RM 10 bagi dekat dia pun.
Dia punya gembira itu, dia akan cepat peluk dan cium kita.

Kita akan nampak yang dia hargai apa yang cuba kita buat.
Inikan pula bila kita suprise dia yang lagi besar macam bawa pergi candle light dinner, naik kereta mustang tu.Lagilah berganda-ganda dia gembira.

Buat Isteri Gembira

Terkadang, 10 minit nak sampai rumah.
Saya sengaja telefon isteri dan tanya apa yang dia teringin nak beli dan kirim.
Benda ini nampak remeh sebenarnya.

Tapi benda ini lah yang buat mereka rasa happy.
Menandakan kita ingat kepada mereka membuatkan dia rasa di hargai.

Perkara ini keluar dari mulut isteri saya sendiri.
Sebab saya suka bertanya apa perkara yang dia suka dan tidak suka dalam hubungan.

Isteri saya ini, dia sangat pakar memasak bila dalam rumah sendiri. Tapi, bila datang rumah mak saya, automatik saya akan dengar dia tanya A sampai Z.

“Mak, bawang ni nak potong macamne?”
“Sambal ni nk tunggu kering dulu ke?”
“Ayam ni nk kena tunggu lama lagi ke?”

Antara ayat yang akan keluar bila tiba rumah mak saya. Automatik dia jadi kelu dan kaku.

Walaupun dah hampir 10 tahun jadi menantu dalam rumah mak saya. Rasa malu dia masih tinggi.

Tak Suka Marah Anak

Kalau dia marah anak sampai tepuk kaki tangan itu semua tak apa. Tapi kalau kita naik suara dengan anak saja, automatik dia akan terasa hati dan mula masam muka dengan kita.
Ini tidak adil.

Bila mereka marah anak, dengan kita yang tengah duduk diam ini tak pasal kena bising sekali.Terpinga-pinga sekejap

Apa yang saya lihat.perempuan atau isteri ini suka berteman dalam setiap perkara.

Contoh di dapur, walaupun kita tak buat apa-apa, cukuplah kita ada dekat situ supaya teman dia membawang dan berbual.

Mereka dah hargai. Belum anda tolong lagi.
Kalau anda semua tolong lagi lah berganda rasa gembira.

Bila jaga anak pulak, mereka tak kisah mereka lebih penat jaga anak. Asalkan bila kita ada sekali dir umah. Kita layan anak-anak, biar dia berlari sana sini urus susu dan keperluan anak pun tak mengapa.

Asalkan kita bantu pegang anak.
Tapi kalau kita bantu benda lain lagilah dia akan bertambah gembira.

Bila isteri mengadu dia penat tu.
Bukanlah dia tak bersyukur dikurniakan anak dan bukanlah tanda dia mengeluh.

Cuma dia nak kita dengar apa sahaja luahan hati dia. Biar dia rasa puas dan lepas tu dia akan kembali normal.

Antara perkara lain yang saya perasan, perempuan ni suka kan pujian dari suami.
Contoh bila makan masakan isteri. Pujilah apa ayat sekali pun. Mesti mereka akan happy.

Bila mereka bersiap-siap, pujilah yang mereka tak perlu cantik-cantik sebab azalinya mereka memang dah cantik.Masa itu, anda nampak isteri akan bersiap dengan lebih cepat daripada biasa. Silap-silap tak sampai 5 minit dah siap. Kalau tak, tunggulah 45minit dalam kereta kalau korang tak puji apa-apa.

Ayat Sensitif

Perkara yang perempuan amat sensitif ialah jangan cakap pasal gemuk atau tak cantik.
Contoh bila isteri dah semakin gemuk. Cuma cakap,

“Awak mesti gembira dengan saya kan. Awak yakin bila bersama dengan saya sebab itu awak makan tak berhenti.”

Jangan sesekali cakap yang kita suka perempuan kurus atau suruh mereka kurus.

Perkara ini paling penting yang lelaki semua perlu tahu.
Setiap apa yg ditanya oleh isteri tu, 90% dia dah tahu jawapan. Cuma nak tengok kejujuran dari mulut suami. Jadi bila ada wanita lain yang cuba dekat atau kacau hubungan kita.
Jangan lupa untuk berterus terang agar tiada rasa curiga dalam perhubungan.

Letakkan kepercayaan 100% pada pasangan sebab kebanyakkan pasangan tak suka bila dituduh buat perkara ygan bukan-bukan.

Tapi dalam kepercayaan yang kita bagi mestilah kena ada sedikit keraguan kerana di luar dari rumah suami anda sentiasa menjadi perhatian wanita lain lagi-lagi bila suami anda seorang yang berjaya dan handsome seperti saya.

Perempuan jugak akan suka bila suami mereka tahu jaga diri dan dalam masa yang sama suka update apa yang mereka buat.

Contohnya.
“Honey, sekarang Hubby dah sampai tempat kerja.”
“Sayang, sekarang waktu rehat.
Hubby nak gi makan dgn kawan-kawan kerja sekejap.”
“Honey, Hubby otw balik rumah.
Nak kirim apa² tak?”

Cukup dengan mesej ringkas seperti ini pun, mereka akan rasa dihargai.

Bukanlah mereka nak kongkong kita dan nak suruh kita update lokasi setiap masa.
Tapi bila berlaku apa-apa kemalangan, sekurangnya isteri di rumah tahu cerita yang anda pergi ke mana sebelum kemalangan terjadi.

Antara perangai pelik perempuan.
Tak ada angin tak ada ribut dia tetiba diam. Ah sudah.
Kenapa pulak ni, bila ditanya dia jawab

“Cuba fikir apa yang awak dah buat.”

Manalah kita tahu apa yang kita dah buat.
Rupanya setelah dipujuk pun tak jalan.
Peluk dia dari belakang dan cuba tanya kenapa.
Baru dia jawab.

“Awak ingat tak bulan lepas awak dah janji, gaji nanti nak makan shellout”

Parah. Bila pulak kita janji. Memang langsung tak ingat tapi nak tak nak kena bawak jugak sampai ke kedai itu. Dan perkara yg paling menyedihkan, setibanya di kedai makan itu tutup. Kita jugak yang dipersalahkan sebab punca kedai tak buka.

Masih Belum Faham Isteri

Walaupun saya dah hampir 10 tahun menjalinkan hubungan rumah tangga masih banyak perkara tentang perempuan/isteri yang masih belum dapat saya fahami.

Hanya sekadar 25-30% saja tahap kefahaman saya itu. Betullah seperti yang tertera di gambar bawah. Buku setebal tu hanya baru untuk Bahagian 1.

Paling penting, tolak ansur dalam hubungan dan cuba memahami pasangan.
Bila ada benda ni dalam hubungan, insya Allah, saya yakin anda akan kekal bahagia.

Saya juga manusia biasa yangg tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
#penuliseddiedieana

MW: Betul apa yang dikongsikan oleh Eddie, berapa lama tempoh kita hudp bersama isteri, belum tentu kita faham tentang sikapnya ini. Biasa, makin lama hidup bersama makin kenal, tapi sebaliknya. Fikir-fikirlah wahai suami.

Sumber: Eddie Dieana

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora