Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!

Nak wajah awet muda dan melambatkan penuaan wajah, banyak cara boleh dicuba yang boleh diamalkan. Antaranya menggunakan masker daripada buah-buahan dan bahan alami.

Nak Awet Muda, Sila Cuba Masker Alami Ini…

Pisang & Madu

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!

Bahan-bahan:

1 biji pisang masak

1 sudu makan madu

Cara Membuat:

  1. Pisang kaya akan vitamin C dan efektif untuk menegangkan kulit wajah secara alami. Lenyek pisang hingga hancur dan masukkan madu. Kacau rata.
  2. Oleskan secara rata pada wajah dan biar seketika. Bersihkan dengan air bersih.

Strawberi & Susu

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!

Bahan-bahan:

Beberapa biji strawberi

Sedikit susu segar

Cara Membuat:

  1. Lenyek strawberi di dalam mangkuk dan campurkan dengan susu secukupnya. Kacau hingga susu mengental untuk digunakan sebagai masker wajah.
  2. Sapu secara merata pada kulit wajah. Biarkan seketika antara 20-30 minit.
  3. Bilas dengan air bersih.

 Kentang & Susu

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!

IKLAN

Bahan-bahan:

1 biji ubi kentang

2 sudu makan susu segar

Cara Membuat:

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk.
  2. Buang kulit dan kisar/tumbuk halus ubi kentang yang telah direbus lalu campurkan dengan dua sudu makan susu segar hingga berbentuk seperti masker wajah.
  3. Oleskan secara rata pada wajah. Biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air bersih.

Lagi artikel cantik di sini:

Rahsia Kulit Cantik Bak Artis Bollywood Dengan Kunyit

Isteri Cantik Di Luar Tapi SERABAI Di Rumah Sebab Amanah Dan Tanggungjawab

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Tip Lain

Biasanya ketika usia beranjak dewasa, ramai orang baik lelaki mahupun wanita yang berlumba-lumba melakukan perawatan kulit untuk menjaga kulit agar kekal halus, mulus dan tegang. Terdapat beberapa tip awet muda yang boleh dicuba.

Nak Awet Muda, Cuci Wajah Sebelum Tidur

Untuk membantu kulit tegang dan segar ialah dengan selalu mencuci wajah sebelum tidur pada waktu malam. Mencuci wajah pada waktu malam akan membantu menanggalkan kotoran-kotoran yang menempel di wajah setelah beraktiviti seharian. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan jerawat muncul dan kulit cepat berkedut akibat kotoran yang tersumbat pada pori-pori wajah.

Lakukan Perawatan Wajah secara Rutin

Anda boleh secara rutin pergi ke salon kecantikan untuk melakukan perawatan wajah. Namun jika budget tidak mengizinkan, maka anda boleh menggunakan bahan alami yang ada di dapur rumah sebagai masker. Antaranya, yang telah dikongsikan di atas.

Gunakan Sunblock

Kesan radikal bebas yang disebabkan paparan sinar matahari dapat membuat kulit cepat berkedut dan kasar. Bukan itu saja, kesan daripada sinar UV juga boleh menyebabkan noda hitam pada kulit. Itulah sebabnya sejak remaja sebaiknya mulakan menggunakan tabir suria agar kulit sihat terjaga.

Urutan Wajah

Mengurut akan membantu wajah jadi lebih rileks dan membantu membuatkan kulit wajah terlihat lebih awet muda. Setelah membersihkan wajah, jangan lupa lakukan sedikit urutan pada bahagian alis mata, pipi dan dahi, yang merupakan kawasan untuk melancarkan peredaran darah di wajah, membuatkan wajah akan nampak makin segar.

Teh Hijau

Minum teh hijau kerana dipercayai ia membantu melambatkan proses penuaan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan berfungsi untuk mencegah penuaan awal serta terhindar daripada radikal bebas.

Air Putih Tiap Hari

Rutin meminum air masak/putih, sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari sangat bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan kulit. Kulit yang kering akibat dehidrasi boleh dicegah dengan meminum air putih, agar kulit wajah lebih kenyal dan tegang kembali.

Berolahraga

Berolahraga Jangan lupakan aktiviti fizik kerana dengan berolah raga mampu membantu membuang racun-racun dan kotoran yang ada dalam kulit menerusi perpeluhan saat beraktiviti.

Jangan lupakan aktiviti fizikal kerana dengan berolah raga mampu membantu membuang racun-racun dan kotoran yang ada dalam kulit menerusi perpeluhan ketika beraktiviti.

Buah dan Sayuran

Buah dan sayuran mengandungi nutrisi penting untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, makanan berjenis kacang-kacangan juga diyakini dapat mencegah penuaan awal. Nutrisi penting seperti vitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah.