Nak Tinggalkan Anak Ada Caranya, Bukan Main Rentap Emosi Ikut Suka Mak Ayah

Share

Ada masa mak ayah perlu tinggalkan anak di rumah. Sama ada mak ayah nak ke tempat kerja atau perlu ke kedai untuk membeli barang keperluan. Sesetengah anak pula tak boleh langsung berenggang dengan mak atau ayah. Mahu saja mengekor, tak beri pun nak juga kejar.

Macam mana cara mak ayah beritahu anak-anak yang mereka perlu duduk di rumah dan tak boleh ikut sama. Cara pujukan manjakah, kasarkah atau menyorok sampai anak pun tak perasan yang mak ayah dah pergi. Bunyinya macam remeh, tapi inilah antara situasi yang mak ayah malah datuk dan nenek akan hadapi.

Kalau mak ayah tangani dengan beremosi dan kurang sabar, lainlah yang jadi. Ada sebab sebenarnya anak-anak yang suka tantrum ini.

Dr Anayasmin Azmi, Founder Aulad Read & Play – Buku Kanak-kanak Children Books yang berkelulusan Master Early Chilhood Education (MECHE) berkongsi sebab mengapa sesetengah kanak-kanak seusia 4 ke 5 tahun mengamuk atau tantrum bila mereka tak dapat kemahuannya.

Anak Lelaki Diseret Masuk Rumah

Tergamam saya.

Ternampak seorang anak lelaki seusia 4 – 5tahun diseret masuk rumah sambil meraung terus dilempang ayahnya.

Terdengar jeritan ibu ayah berganti-ganti.

Kau senyap atau aku lempang lagi!”

Mak nak pergi plaza kejap la.. kau tinggal je

..”

Cuba letak kita di posisi anak tu. Bayangkan pandangan dia dari ketinggian begitu. Takut, koyaknya emosi, jatuhnya keyakinan diri malah terlukanya hati.

3 Sebab Anak Meragam (Tantrum)

Ada beberapa sebab anak meragam begitu. Tantrum usia 4 – 5 tahun begitu jelas ada sebab di sebaliknya.

1. Anak Tidak Disiapkan Mindanya

Berceritalah pada anak. Beritahu apa akan berlaku lepas tu. Kalau ibu tu nak tinggalkan anaknya, tidak salah bincang dengan anak tu dulu. Jelaskan kenapa tak dapat bawa. Jangan pergi begitu je.

2. Selesaikan Keperluan Asas Anak

Mungkin anak tu letih. Dia kelihatan baru habis bermain basikal. Merah berpeluh mukanya. Tiba-tiba mak pergi naik kereta. Terkejut la dia.

3. Perlu ‘Connect’ Dulu Bukan ‘React’

Cuba masa anak tu menjerit tarik pintu kereta, mak keluar dan peluk, rendahkan posisi ke paras anak. Jelaskan dengan baik ke mana nak pergi dan apa tersedia untuk anak sepanjang mak tiada. Bukan terus seret and ayah melempang.

Kadang-kadang bila kita sangat emosi, kita tak perasan. Kita banyak ‘nak dari anak’ tapi kita tak ‘beri’ hak mereka. Sebab tu kita perlu ingat-mengingatkan.

Sumber/Foto : Facebook Anayasmin Azmi

Published by
Netty Ah Hiyer