Tak boleh dibayangkan, bagaimana anak kecil usia setahun sembilan bulan ini melalui hari-harinya. Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang lebih manja dipanggil Icha ini menghidap penyakit cystic hygroma.
Iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Keadaan leher yang membesar itu, menyebabkan Icha kerap terganggu tidur malamnya. Jadi tak selesa dengan lehernya sehingga Icha menangis sakit.
Setiap malam, selang 15 minit.. Icha akan terjaga. Tidur semula lepas diberi susu. Begitulah sampai pagi. Nak telan makanan juga jadi sukar.
Terkini, benjolan dileher Icha makin serius. Selepas imbasan CT, saluran makanan dan pernafasan Icha makin terhimpit. Kerana keadaan leher Icha makin membesar.
Umurnya 7 Hari, Ibu Dah Perasan Kelainan Pada Leher Icha
Kata ibunya, Nur Atekah Mohd Yusof, 23, dia menyedari kelainan pada leher anaknya itu. Sebaik bersalin, dia ditahan di wad NICU (neonatal intensive care unit) di Hospital Seri Manjung selama tujuh hari.
Dari situ, Icha dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Umurnya tiga bulan, Icha disahkan ada cystic hygroma.
Ads
Kemudian, dirujuk kes anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kisah Icha menjadi viral dan mendapat simpati ramai pihak. Sebak membayangkan anak sekecil ini diduga hebat. Begitu juga ibu dan ayahnya, Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28.
Kerana, keluarga kecil ini memerlukan dana untuk menyempurnakan urusan pembedahan Icha. Biarpun pihak hospital belum memaklumkan jumlahnya. Tentu bukan sedikit nilainya.
Ads
Pembedahan Akan Ambil Masa Lama, Berisiko.. Demi Icha Ibu Ayah Tabah Hati
Ujar ibunya, pada 21 Oktober nanti Icha akan diwadkan di HKL. Dan pembedahan mungkin dijalankan pada 23 Oktober. Apa pun, keadaan itu bergantung kepada kekosongan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pembedahan Icha nanti akan ambil masa yang lama dan berisiko. Ia boleh beri kesan pada suara dan saraf Icha. Selepas itu Icha akan ditempatkan di ICU.
Kalau pernafasan anak kecil ini kurang baik, mungkin leher dan perutnya akan ditebuk untuk bantu Icha bernafas dan makan.
Bimbang hati ibu memikirkannya. Demi Icha ibu ini tekad teruskan pembedahan.
“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia 2 tahum ke atas. Tapi keadaan Icha makin serius.” Pembedahan itu nanti untuk membuang cecair pada lehernya.
Ads
Mahu Lihat Icha Membesar Dengan Sihat Macam Anak Normal Lain
Bapa Icha bekerja sebagai operator kilang di Segari. Mereka ada juga membuat simpanan untuk kos rawatan dan kos ulang-alik Icha dari kampung halamannya ke Kuala Lumpur.
Dan pembaca, yang bersimpati dengan keadaan Icha serta mahu membantu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan sumbangan ke:
akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.
Kerana, kita takkan tahu.. derma ikhlas kita itu kelak buat anak ini bahagia.
Dan seperti mana-mana ibu yang lain, Nur Atekah mengharapkan anaknya membesar sihat seperti kanak-kanak normal yang lain.
Icha ini suka berkawan dan aktif. Sedih hati ibunya bila Icha dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman.
MW : Doakan kesembuhan buat Icha. Moga urusan pembedahan nanti dapat berjalan dengan lancar.
Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis kelmarin, meninggal dunia petang semalam. Ketika ditemui mangsa mengalami kecederaan dengan kesan lebam pada kepala dan muka selain luka dan bernanah pada tangan serta kedua-dua kaki akibat didera majikannya di Taman Kota Permai. Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, daripada Medan, Indonesia dikatakan bekerja di negara ini hampir dua tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Bukit Mertajam susulan kecederaannya yang agak serius.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang mengesahkan perkara tersebut berkata mangsa meninggal dunia jam 4.30 petang semalam di Hospital Bukit Mertajam.
Dua Beradik Ditahan
Susulan kejadian itu, dua beradik ditahan reman selama empat hari, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
Sementara itu, dalam laporan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar apabila orang awam menghubungi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam bagi memaklumkan mengenai nasib malang menimpa pembantu rumah berkenaan.
“Selepas menerima maklumat itu, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pembantu rumah berkenaan sedang duduk di kawasan pagar luar rumah.
“Pengadu cuba berinteraksi dengan pembantu rumah itu tetapi dia dilihat dalam keadaan takut dan hanya mengangguk kepala apabila ditanya,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata,lelaki itu berjumpa dengan seorang wanita berusia 60-an dan bertanyakan mengenai perkara itu namun wanita itu mengingatkan supaya dia tidak masuk campur dalam urusan berkenaan.
Kes Disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan
Katanya, tidak lama kemudian anak wanita berkenaan datang ke rumah dan membawa keluar mangsa.
“Pengadu telah menghubungi majikannya memaklumkan kejadian berkenaan sebelum mereka membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.
“Kita cuba mengambil keterangan daripada mangsa namun wanita terbabit masih lagi dalam keadaan takut dan enggan untuk berikan keterangan,” katanya.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Buat para majikan yang mempunyai pembantu rumah, perlu ingat iya mereka juga merupakan seorang manusia.Janganlah melakukan perkara diluar batasan sehingga mampu mengakibatkan kecederaan secara fizikal sehingga membawa kematian.
Dah Ada 7 Anak, REZEKI Suami Isteri Sambut Kelahiran BAYI KEMBAR 5! Rezeki dapat anak memang sesuatu yang tidak dapat dijangka. Subur sungguh pasangan suami isteri ini.
Meskipun pasangan suami isteri Poland-British ini telah mempunyai tujuh orang anak, namun tetap teruja apabila menyambut kelahiran lima bayi kembar serentak, ketika sambutan Hari Valentine semalam.
Fasa Kehamilan Jarang Berlaku
Wanita berkenaan, Dominika Clarke, berkata proses kelahiran berlaku ‘lebih baik daripada jangkaannya’ selepas melalui fasa kehamilan yang jarang berlaku.
Ibu kepada tujuh orang anak berumur 10 bulan hingga 12 tahun itu melahirkan bayi kembar lima di sebuah hospital di bandar Krakow, dekat selatan Poland Ahad lalu.
“Kami merancang untuk ada anak kelapan tetapi ternyata dapat lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita di hospital bersama suaminya yang juga warga Britain, Vince.
Bersalin Usia Kandungan 29 Minggu
Bayi kembar lima itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan ketika usia kehamilan mencecah 29 minggu.
Ketika ini, kelima-lima bayi itu masih memerlukan bantuan pernafasan. Tiga daripada bayi berkenaan adalah perempuan dan dua lagi lelaki. Mereka dinamakan Arianna Daisy, Charles Patrick, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Henry James.
Clarke menggelar kehamilannya sebagai satu keajaiban kerana hospital memberitahu kebarangkalian untuk hamil kembar lima adalah satu daripada 52 juta.
Video tikus makan ayam di kedai mamak lokasi Pandan Indah, diarah tutup 14 hari kerana kotor.
Baru ini tular video seekor tikus selamba menjamah ayam goreng di sebuah kedai mamak. Video tersebut viral di media sosial dan ramai mempertikaikan tahap kebersihan restoran mamak yang sentiasa menerima kunjungan tinggi dari pengunjung.
Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, restoran berlokasi di Pandan Indah itu diarah tutup 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan.
Dalam satu kenyataan rasmi di fb KKM sebentar tadi, KKM mengambil maklum isu sebuah video yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di sebuah kedai makan yang viral di media sosial.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan berhubung video yang viral dan mengenal pasti lokasi premis yang terlibat berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat pada 24 Disember 2022.
Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan.
Sehubungan itu, tindakan penutupan di Bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan arah penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan. Di samping itu, sebanyak 6 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.
KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan dan menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelak keracunan dan wabak penyakit bawaan makanan.