‘Nak Tayang Aset, Mekap Berkati-Kati Simpan Untuk Suami.’ Orang Perempuan Kena Jaga Aurat

Share

‘Nak tayang aset, mekap berkati-kati simpan untuk suami.’ Orang perempuan kena jaga aurat bukan main nak tunjuk semua dekat orang.

Apatah lagi tunjuk bahagian aurat yang sepatutnya ditutup dari tatapan umum. Bab hukum jangan dibuat main, tak semua benda boleh ditayang.

Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:

Nak Tayang Aset

Bila seorang wanita kata yang upacara tepuk punggung ni sebagai satu cara untuk menunjukkan aset, secara jujurnya…saya faham.

Wanita ni Allah ciptakan dia unik. Allah bagi dalam diri dia satu fitrah. Fitrah suka benda yang lawa. Dan suka nak melawa. Suka perhiasan. Dan suka nak berhias.

Tingkap kena ada langsir. Tak boleh main tutup dengan kain pelekat je. Dia tak boleh tidur atas tilam yang takda cadar. Cadar pulak tu kena sepasang. Match warna. Tak boleh dia tengok cadar kuning. Sarung bantal biru. Selimut pink. Kalau tak ditukar selagi itu dia tak senang hati.

Baca Di Sini:

Bila Usia Meningkat, Perbetulkan Solat & Aurat, Gunalah Masa Untuk RASA Bahagia

‘Baju Terselak, Seluar Ketat’, TAK SAH Solat, Jagalah Batas Aurat, Fahami Ilmu Fardu Ain

Tak Mudah Nak Istiqamah Tutup Aurat, Tapi ‘Throwback’ Abby Abadi Ini Boleh Jentik Emosi Kaum Wanita

Istiqamah Menutup Aurat Dengan Sempurna Tak Mudah, Namun Tak Mustahil!

Mekap Berkati-Kati

Tengok kalau nak travel. Baju anak tu macam mana dia urus. Selepas itu, baju jalan lain. Baju tidur lain. Manakala baju duduk rumah lain. Baju kenduri lain. Bukan macam orang lelaki kalau siapkan anak. Baju jalan dengan seluar tidur pun jadi. Janji pakai.

Tetapi pada saat Allah beri naluri ni, Allah datangkan pula satu suruhan. Jangan nak tunjuk kau punya lawa.

Berat. Berat tu.

Simpan Untuk Suami

Benda kita ada. Cantik pulak tu. Penat makan jamu. Pakai losyen. Bagi elok. Tapi tak boleh tunjuk.

Tapi bila fikir kembali. Apa saja lagi yang kita boleh bawa balik nanti.

Sembahyang pun entah berapa markah Allah bagi. Solat sunat berasa berat. Puasa pulak tak berapa larat. Nak mengaji Quran kadang tak sempat. Nak sedekah banyak macam orang duit kita pun tinggal sekerat.

Takda apa-apa.

Orang Perempuan

Lalu kita ingat Allah bagi kita tubuh badan dan rupa. Yang Allah bagi rezeki elok serba sempurna. Yang Allah titipkan sekali naluri suka kecantikan bersamanya.

Tapi kita ingat Allah pesan, orang perempuan jaga aurat. Aurat kamu maruah kamu. Dan tubuh kamu hak Aku.

Lalu kita pun berusaha menahan diri. Menahan naluri. Menahan rasa hati.

Kena Jaga Aurat

Kita letakkan hak itu ditempat yang betul. Menjaga ekslusiviti. Beli baju seksi. Kemudian, beli make up berkati-kati dan beli hiasan nak pasang sana sini. Tapi kita simpan untuk suami.

Lalu kita minta doa pada Allah,

Atas muka bumi ni kita menahan ingin. Kita menahan sabar. Berperang dengan rasa orang lawa, aku tak lawa. Maka kuatkanlah. Moga adalah kiranya dipandang pengorbanan menahan diri untuk menjaga hak Tuhan ini nanti diganti dengan pakaian yang lebih cantik. Lebih baik. Dan lebih utama, ia kekal selama-lamanya.

Moga sekeras mana kita menjaga hak Tuhan, selembut itu juga Tuhan beri belas kasihan. Moga sampainya saat kita dipanggil kembali, Tuhan mahu pandang penuh simpati.

Sungguh kita tahu wahai sahabat semua,
Mati itu tiba-tiba. Mati itu bila-bila.


Siti Suryani Yaakop
#kaknis

Mingguan Wanita : Semoga kita menjadi wanita-wanita yang terus istiqamah menjaga aurat.

Sumber : Puan Siti Suryani Yaakop

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

 

Published by
Nur Syazwani Mehat