Setiap kali mak ayah kena datang sekolah jumpa cikgu, pasti ada yang kelu seribu bahasa tak tahu nak tanya soalan apa. Kadang anak-anak ada masalah pun, mak ayah tetap kunci mulut sebab tak reti macam mana nak lontar soalan yang sesuai pada cikgu.
Nah, jemput baca perkongsian seorang cikgu matematik, Mohd Fadli Salleh ini dulu. Nanti jumpalah jawapannya…
Ada seorang kawan maya minta pendapat aku apa perlu ditanya bila bertemu guru kelas anak dia pada hari penyerahan keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini.
Baik, berikut adalah beberapa cadangan soalan yang boleh ibu bapa tanya bila jumpa cikgu kelas anak kalian. Ramai terlepas peluang untuk bertanya soalan berharga sewaktu berjumpa guru. Jemput baca dan hadam ya.
Ini lazimnya. Benarlah kita pun boleh lihat keputusan anak kita berdasarkan slip yang diberi. Namun perlu tanya kenapa menurun atau menaik. Soalan makin susah kah? Atau ada topik yang belum dia belajar masuk dalam peperiksaan.
Bandingkan pula pencapaian anak dengan rakan-rakan dia. Kalau jauh sangat perbezaan, mesti lakukan sesuatu.
Anak-anak ini kadang kala di rumah lain, di sekolah lain. Ramai yang begitu. Di rumah kecoh, di sekolah pendiam. Ada juga yang sebaliknya.
Masa ni sambil-sambil tanya, selit juga nasihat terus di depan guru supaya anak-anak berkelakuan baik di sekolah dan dengar pesanan guru.
Bila ibu bapa nasihat anak depan guru, sekali gus membuatkan anak itu lebih hormat akan gurunya. Menunjukkan ibu bapa dan guru sepakat berganding bahu ingin dia menjadi anak yang baik. Ini satu teknik psikologi secara tak langsung kepada anak-anak. Sangat bagus diamalkan.
Boleh tanya cikgu buku apa yang sesuai untuk ajar anak di rumah. Cikgu mana yang buat tuisyen dan sesuai hantar anak. Bagaimana cara nak ajar anak di rumah dan sebagainya.
Tolong soal tentang perkara paling buruk yang anak kita buat. Suka melawan guru kah? Suka ambil barang orang ke? Suka minta duit kawan ke? Suka ejek kawan ke? Suka bergaduh ke? Suka keluar ke tandas lama-lama ke?
Semua soalan ini sangat penting. Kita perlu tahu apa perangai paling teruk anak kita buat di sekolah untuk didik dia lebih baik di rumah.
Tolong! Tolong jumpa ibu bapa murid yang anak kita buli/ambil duit/ambil barang. Jumpa mak ayah budak tu dan minta maaf bagi pihak anak. Bagi ganti rugi akibat perbuatan nakal anak kita. Suruh anak kita minta maaf dengan kawan dia.
Ini peluang bertemu ‘mangsa’ kenakalan anak-anak kita dan meminta maaf. Tolong rendahkan ego untuk mengalah dan meminta maaf. Bina pula hubungan baik dengan kawan anak kita yang jadi mangsa tu. Senang kita pantau nanti jika berlaku lagi.
Hal ini sangat penting dan perlu diberi perhatian.
Guru sangat kenal peribadi dan sikap murid mereka. Masa ini, terus ambil peluang bertanya murid mana yang mampu memberi pengaruh positif pada anak kita.
Sebaik kenal pasti, suruh anak kita berkawan dengan murid itu. Lebih elok, kita sendiri jumpa budak itu minta kawan dengan anak kita. Jumpa pula mak ayah dia dan berkenalan juga sesama ibu bapa.
Ibu bapa sepatutnya kenal kawan-kawan rapat anak mereka dan sangat baik jika kenal juga ibu bapa mereka. Ada aktiviti hujung minggu, mungkin boleh buat bersama-sama. Tambah-tambah aktiviti melibatkan pelajaran. Kerja rumah, study group dan sebagainya.
Jika cikgu itu muda dan cantik, kaum bapa jangan lepaskan peluang. Tanya dia sudah kahwin atau masih mencari. Jika masih mencari, apa lagi. Tunjukkan kehandalan mengayat.
Jika bini orang, jangan buat pasal. Kena kapak nanti. Aku tak nak bertanggungjawab kalau kau kena tetak.
Point nombor 6 tu abaikan weh. Jangan buat betul-betul. Aku gurau je pun. Satu Malaysia kaum ibu-ibu maki aku nanti. Haha.
Ampun hakak-hakak kawasan sekalian ya.