Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!

Share

Mesti bila berkebun, kita nak tanaman itu subur, serangga perosak menjauhkan diri. Apa kata cuba guna kulit bawang jadi baja.

Biasanya setelah kali kita menggunakan bawang, kulitnya akan kita buang. Apa kata kali ini, simpan kulit bawang itu dan jadikan sebagai baja untuk suburkan apa sahaja jenis pokok herba dan pokok bunga yang kita tanam.

Boleh cuba Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau yang dikongsi oleh Norlizaini Ramly
aka norlie_nature ini.

“Salam semua,
Perkongsian kakak aka norlie_nature hari ini, pasal kulit bawang.
Jangan pandang rendah pada kulit bawang, yang biasa orang anggap sebagai sampah je.
Pasti ramai di sini yang terdiri dari suri rumah kan?
Pasti hari-hari kupas kulit bawang untuk masakan sehari-hari kan, biasa kulit bawang tu ke tong sampah je kan.
Jadi lepas ni, jangan membazir lagi tau. Banyak kebaikan kulit bawang yang kita tak sedar pun.
Ibu ibu juga pasti ada yang suka berkebun, paling kurang cili dan serba sedikit sayuran di rumah.
Jadi manfaatkan bahan dapur ini. Guna sepenuhnya.”

Banyak manfaat kulit bawang sebenarnya. Ini antaranya;
  • Kulit bawang mampu membantu menyuburkan tanaman anda
  • Kulit bawang juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
  • Kulit bawang juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
  • Kulit bawang mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak.

Artikel Berkaitan:
RAHSIA Buat BAJA Semulajadi Guna BAWANG. Bebas Bahan Kimia, Tanaman Pun Subur
Elak Bayam Brazil Dimakan Ulat, Tanam Bawang Putih Sekali, Siput Pun Lari

Cara Buat

Cara-caranya, simpan kulit bawang yang kita kupas untuk masak sehari-hari, masukkan dalam plastik atau kotak. Bila dah banyak, cuci kulit bawang tersebut, seterusnya rendam kulit bawang semalaman. Esoknya dah boleh siram ke pokok pokok atau tanaman.

Kalau tak nak rendam dulu, boleh terus tabur je kat pangkal pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya nanti tak terbang dek angin.

Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga, buah. Dalam pasu pokok tin pun kakak siram air kulit bawang.

Sumber: Norlie_nature / Norlizaini Ramly

Published by
julie roshana Shafee