Cuti sekolah nie, mahunya kerja mak dua kali ganda. Maklum sahaja, anak semua melekat kat rumah. Masak dah tentu-tentu bukan sedikit, kadang-kadang siap ada hidangan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam. Complete.

Jika semua mak-mak kena buat, anak pulak dok goyang kaki depan televisyen. Kesian. Time cuti inilah, masanya untuk mak ajar anak untuk mengemas atau membantu mana yang mampu dibuat oleh anak.

Ikuti perkongsian oleh Puan Nurlia Mohd Nor:
Saya senaraikan beberapa perkara yang Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-

1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur. Dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.

2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.

3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”

4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.

IKLAN

5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh semua sendiri. Kemudian Mak akan berehat sambil baca paper etc.

6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Dapur Mak akan lap, Mak akan sapu semula ruang dapur.

7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.

8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.

IKLAN

9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.

10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.

11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih.

12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.

IKLAN

13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.

Tapi..

Saya belajar dari pemerhatian. Sebab tu kalau nak anak-anak buat sesuatu kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.

Percayalah..

MW: Bagaimana acuan, begitulah coraknya. Jika dilatih sejak kecil anak tak naik ‘lemak’ dan manja. Ajar mereka bukan untuk ‘mendera’ tetapi anak-anak dapat berdikari.

Sumber: Facebook: Nurlia Mohd Nor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI