Setiap pagi bila tengok tanaman segar dan sihat, mesti hati berbunga-bunga. Masa inilah kalau boleh nak siram tanaman yang ada, bimbang takut ‘mati’.
Sementelah, kalau nampak ada tanaman mula layu, laju-laju je mak-mak siram tanaman. Sayang. Sebolehnya, biarlah tanaman ia sentiasa segar dan membuahkan hasilnya.
Bagi mak-mak, satu kewajipan yang mesti dilakukan adalah siram tanaman pada waktu pagi dan petang. Namun, ada juga yang langsung tidak kisah waktu bila pun. Asal nampak pokok mula layu, cepat-cepat mak menyiram.
Baik pokok tanaman atau bunga-bungaan, jangan sesuka hati nak siram tanaman. Jangan ingat tanaman hanya perlukan air semata-mata dan tak kira waktu.
Noleh dikatakan, nak siram tanaman pun kena ada waktu yang sesuai, bukan main siram saja. Inilah yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad tentang waktu efektif untuk mak-mak menyiram hasil tanaman masing-masing.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Mudah Untuk Semburan Tanaman, Guna BAKING SODA Gerenti Menjadi!
Wanita Ini Kongsi Buat Sendiri Air Semburan Tanaman, Spray Saja, Barulah Hasilnya Berbaloi
Info Lebih Menarik DI SINI
Saya ada mendapat pertanyaan tentang: boleh tak siram tanaman pada waktu tengah hari?
Jawapannya.
Waktu menyiram tanaman adalah pada waktu pagi iaitu sebelum jam 10 pagi dan sekali lagi pada waktu petang iaitu sebelum jam 6 petang. Ini adalah waktu yang paling efektif.
Waktu pagi tanaman memerlukan cahaya dan air yang banyak. Cahaya untuk proses fotosintesis dan air untuk menyegarkan tanaman.
Waktu tengah hari tidak digalakkan untuk menyiram terutamanya pada jam 12 tengah hari – 3 petang.
Kenapa?
Pada waktu ini cuaca yang panas boleh menyebabkan tisu-tisu dan sele-sel yang terdapat pada tanaman akan mudah tercedera jik disiram dengan air.
Pokok akan kelihatan segar semula, itu memang betul tetapi tisu yang ada pada pokok telah tercedera sedikit emi sedikit. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan tanaman cepat mati dan daunnya akan mudah menjadi kuning kecuali pokok-pokok yang tahan lasak.
Kesimpulannya, menyiram tanaman pada waktu tengah hari adalah tidak sesuai dan tidak digalakkan. Jika terlihat tanaman layu sedikit pada waktu tengah hari, tak mengapa. Tunggu sehingga jam 4 petang ke atas, baru siram. Nanti tanaman akan segar semula.
Mingguan Wanita : Ingat ye mak-mak, tak digalakkan. Nak pokok tahan lama siram saja waktu pagi dan petang.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita