Nak BAHAGIA? Tanyakan kepada sesiapa saja, tentu jawapan sama akan diberikan: YA. Semua orang nak bahagia. Tahu tak ada, hormon-hormon yang boleh kita hasilkan untuk membantu diri kita rasa bahagia? Ha..sebenarnya mudah saja nak hasilkan hrmon Kebahagiaan ini.

Terdapat empat hormon yang menentukan kebahagiaan manusia:
1. Endorfin,
2. Dopamine
3. Serotonin
4. Oxytocin

Adalah penting kita memahami hormon-hormon ini, kerana kita memerlukan keempat-empatnya untuk kekal bahagia.

Nak Sentiasa Bahagia, Carilah Empat HORMON BAHAGIA Ini!PERTAMA – HORMON ENDORFIN

Apabila kita bersenam, badan melepaskan Endorfin. Hormon ini membantu tubuh menghadapi kesakitan dan membuat kita gembira.

Ketawa adalah satu cara yang baik untuk menjana Endorfin. Menghabiskan 30 minit bersenam setiap hari, dan boleh juga membaca atau menonton sesuatu lucu untuk mendapatkan dos harian Endorfin.

Lagi artikel menarik di sini:

Bila BAHAGIA, Jangan Buang Keluarga. Jagalah Silaturrahim Ibu Ayah Dan Adik Beradik

IKLAN

Isteri Kena SEDAR, Ada Empat Petanda Ini, Anda Sebenarnya TAK BAHAGIA!

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di instagram

KEDUA – HORMON DOPAMINE

Dalam perjalanan hidup kita, banyak tugas-tugas kecil dan besar, ia mengeluarkan pelbagai peringkat Dopamine.

Apabila dihargai kerana kerja kita di pejabat atau di rumah, kita akan merasa best kerana pengeluaran Dopamine.

Ini juga menjelaskan mengapa kebanyakan suri rumah tidak berpuas hati kerana mereka jarang mendapat pengiktirafan atau dihargai atas tugasan mereka. Ketika membeli belah juga mengeluarkan Dopamine dan penyebab kepada gembira. Sekarang, adakah kita sedar mengapa kita menjadi gembira apabila kita membeli-belah?

Nak Tahu Hormon Apa Seterusnya?

KETIGA – HORMON SEROTONIN

Dikeluarkan apabila kita memberi manfaat kepada orang lain. Tidak kisah samada kepada orang lain atau kepada alam semula jadi atau kepada masyarakat, ia mengeluarkan Serotonin.

Malah, menyediakan maklumat berguna di internet seperti menulis blog maklumat, menjawab soalan orang di Facebook juga akan menjana Serotonin. Iaitu menggunakan masa berharga kita untuk membantu orang lain melalui penulisan kita.

KEEMPAT – HORMON OXYTOCIN

Dibebaskan apabila kita dekat dengan manusia lain. Apabila kita memeluk keluarga atau rakan, Oxytocin dibebaskan.

Begitu juga, apabila kita berjabat tangan atau meletakkan tangan kita di sekeliling bahu seseorang dengan pelbagai cara Oxytocin dilepaskan.
1. Jadi, ia adalah mudah, kita perlu bersenam setiap hari untuk mendapatkan Endorfin,
2. Kita perlu mencapai sedikit matlamat dan mendapatkan Dopamine.
3. Kita perlu baik kepada orang lain untuk mendapatkan Serotonin
4. Dan akhirnya memeluk anak-anak kita, pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan Oxytocin dan kita akan gembira.

Apabila gembira, kita boleh menangani cabaran dan masalah dengan lebih baik.
Faham ye, mengapa kita perlu memeluk anak- anak walau di mana situasi pun termasuk ketika mereka mempunyai suasana yang tidak menyenangkan.

Nak buat anak kita lebih dan lebih gembira hari demi hari. Ikuti Cara ini:

1.Memberi motivasi kepadanya untuk bermain di atas tanah – Endorfin
2. Menghargai anak kita atas pencapaian besar yang kecil – Dopamine
3. Menyemai tabiat perkongsian melalui kita kepada anak kita – Serotonin
4. Peluk anak kita – Oxytocin

Sebelum membahagiakan orang lain, bahagiakan diri kita dahulu. Sentiasa zikirkan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Salam. Memohon kasih sayang, kedamaian dan ketenangan milik Allah sentiasa tercurah kepada kita semua. Aamiin.

Wallahua’alam. Lahawlawala Quwwata Illabillah

Sumber: Dr. Hajah Azura Hashim, Master Of Handwriting Analyst (CHMA), Personal Development Coach