Nak Segala Hajat Dimakbulkan Rebutlah Peluang Berdoa Sewaktu Hampir Masuk Waktu Berbuka!

Share

Dikala mak-mak sibuk di dapur menyiapkan hidangan, jangan lupa untuk luangkan sedikit masa sekitar 3-5 minit menadah tangan berdoa kepada Allah SWT sebelum masuk waktu berbuka.Ini kerana ia adalah antara waktu mustajab berdoa.Malah dahsyatnya doa sebelum berbuka bagi orang yang berpuasa ini, dijanjikan dimakbulkan oleh Allah SWT dan antara doa yang tidak ditolak.

Berikut perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain yang boleh dijadikan panduan.

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya ramai yang tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang sering dilakukan ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing.

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan yang dijanjikan Allah ini.

Sumber:Ustaz Iqbal Zain

Published by
Suhaidah Abd Wahab