
Isi Kandungan
ToggleResepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.

Siap! Makan dengan bubur pun sedap.
Baca sini : Resipi sambal garing sedap, tambah kacang, tempe nak bagi muai.
Sumber/Foto : Siti Zubaidah Hassan
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Isi Kandungan
ToggleJika inginkan kelaianan dalam masakan udang boleh cuba resipi mudah Udang Masak Merah Madu yang sangat sedap ini. Tak rugi pun mencuba resipi menarik yang dikongsikan ini, mesti puas hati dengan hasilnya.
Bukan apa jika selalu udang kita buat sambal sahaja, jemu juga. Sesekali tukar resipi dan menu baru buat keluarga, anak-anak dan suami pasti lebih berselera dan makan bertambah-tambah nanti.Bahan-bahan yang digunakan pun, kebiasaannya yang sedia ada di dapur rumah.
Baca Lagi Di Sini:Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah ini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
500gram udang(saiz sederhana)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
1 sudu besar kismis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar SOS tomato
2 sudu besar SOS cili
1 sudu besar SOS tiram
Serbuk perasa@garam (jika perlu)
Bahan Kisar:
10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. (Angkat dan ketepikan).
2. Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis ,madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
4. Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi, gaulkan sehingga rata dan sebati .
5. Angkat dan siap untuk dihidang .

Mesti Baca:Petua Udang Kekal Segar, Tahan Lama, TABUR GULA Sebelum Simpan Dalam Peti Ais
Artikel Menarik:Siang Udang Jangan Buang Kepala & Kulitnya, Boleh Buat Baja “POWER” Untuk Tanaman!
Mingguan Wanita:Nak kelainan bolehlah cuba resipi udang masak merah madu yang sedap ni.
Sumber: Nurul Ateekah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Macam ni rupanya nak siang udang galah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pes Asam Pedas Power Orang Johor Ini Pekat Dan Sedap, Berguna Ketika Kesuntukan Masa

Isi Kandungan
ToggleResepi asam pedas ini bermacam cara membuatnya. Belah Johor dan Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya yang power lagi meletup rasanya. Jadi bila ada resepi nak buat pes asam pedas Johor ini, silalah simpan siap-siap dalam phone masing-masing ya mak-mak.
Sebabnya resepi yang Tengku RosElyza Raja Muhammad ini kongsikan memang terbaik dan sedap. Tengok rempah dan herba yang digunakan pun kita dah tahu, hasilnya nanti enaknya macam mana.
Kata Tengku RosElyza cinta hatinya cukup suka dengan masakan asam pedas dari air tangannya. “Kena masak selalu, kalau tak nanti dia mesti akan cakap dah lama sayang tak masak asam pedas. Padahal kita baru masak minggu lepas tau.”
Resepi yang beliau kongsikan ini pedas sampai boleh mengundang linangan air mata.
“Ni asam pedas Johor dari air tangan MekZa. Menu yang wajib ada setiap minggu. Boleh kata Za memang expert masak menu ni.
Baca Sini : Belajar Cara Buat Pes Tom Yam Homemade, Serius Rasa Sama Macam Dekat Restoran Johny
Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Johor
2 biji bawang merah besar (blender)
4 ulas bawang putih (blender)
1 1/2 inci halia (blender)
1 inci kunyit hidup (blender)
1 senduk penuh cili kering blender
Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing. Tak letak pun tak apa. Masukkan dalam bahan blender)
ikan apa-apa je pun boleh
1 sudu kecil lada hitam (blender)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum Bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Cara-caranya
Panaskan minyak masukkan bahan blender tadi, tumis sampai naik bau.
Masukkan cili kering blender, tumis sampai pecah minyak.
Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai didih.
Masukkan bunga kantan / daun kesum.
Masak sampi naik bau.
Last sekali baru masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Sebagai hiasan:
√ Tambah bendi dan tomato.
√ Jika kuat pekat tambahkan dengan sedikit air.


Jadikan Pes Asam Pedas, Jimatkan Masa Memasak
Resepi asam pedas power orang Johor yang dikongsikan ini akan hasilkan kuah asam pedas yang padu. Buat mak-mak yang selalu kesuntukan masa tapi dalam masa yang sama nak mencuba resepi ini setiap minggu, boleh cuba cara ini.
Jadikan kuah asam pedas ini dalam bentuk pes. Caranya mudah saja. Mak-mak cuma perlu ikuti cara masak kuah asam pedas seperti yang diterangkan di atas. Tapi sampai langkah ke-5 saja.
Memandangkan asam jawa pekat digunakan, mak-mak akan dapat kuah yang pekat. Jangan tambahkan air. Nanti sejukkan. Sebaik sejuk boleh masukkan bekas dan bekukan.
Bila nak menikmatinya boleh tumis semula dan masukkan apa-apa jenis ikan, bendi atau tomato. Kalau kuah pekat, tambahkanlah air.
Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi SAMBAL BELACAN KELANTAN, 2 Minggu Tahan Tak Letak Peti Ais!

Isi Kandungan
ToggleAda macam-macam resipi sambal belacan yang mudah dah sedap yang boleh membangkitkan selera. Antaranya seperti ‘Sambal belacan Kelantan’ ini. Ada juga yang panggil ‘Sambal Jantan’. Bahan-bahan yang digunakan cukup simple, dan menggunakan ramuan sepeti cuka. Istimewanya sambal belacan ni, ia tahan lama walaupun tak disimpan dalam peti sejuk. Malah makin lama simpan makin sedap. Boleh dinikmati dengan mee hoon goreng, mee sup, laksam dan sebagainya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh An Nur Al Han sebagai panduan;
Hari tu ada yang minta resepi sambal belacan kelantan yang boleh tahan lama nie. Serius hang pa dua minggu dah kami hanya letak di luar. Langsung tak letak dalam peti ais. Sambal masih elok dan makin sedap walawehh.
Resepi nie kami dapat dari mak cik yang guna khidmat kami sebagai runner pos. Alhamdulilah ada serba sikit rezeki dari yang Maha pemurah.
Ok nie kami share ya resepi nya.
Bahan-Bahan:
Lada burung/Lada kampung
Belacan Goreng/bakar
Cuka
Gula
Garam
Pak aji
Cara Membuat:
1. Lada burung/lada kampung hang pa kena blend kasar dengan belacan dan cuka (cuka letak agak-agak boleh kisar lada jer. Jangan sesekali letak air biasa ya).
2. Kisar kasar (Cara kisar kasar kena on off terus blender tu lepas tu repeat balik on terus off sampai Lada tu dah hancur macam tumbuk-tumbuk manja tu jer.Tak mau lumat yer.kurang sedap nanti).
3. Lepas kisar kasar. Tapis lah lada yang kisar dengan cuka tu. Buang air cuka tu. Dah agak-agk kurang air cuka tu, baru gaulkan sambal kita dengan gula,garam Dan serbuk perasa. Rasalah agak-agak secukup rasa masam manis, masin ye.
4. Dah siap gaul boleh lah simpan dalam botol. Boleh letak di luar.Tak payah simpan dalam peti ais.Selalunya sambal nie makin lama makin sedap selepas hari ke 4-5 macam tu.
Ok lah selamat mencuba ye.
Kalau sudi selit-selitkan lah doa buat kami. Semoga bisenes kami sentiasa dipermudahkan dan semakin berkembang.
Baca Lagi Di Sini :
PETUA Buat Sambal Belacan Sedap, Wangi Beraroma & Tahan Lebih Lama!
Sambal Belacan Sedap Cara Yatie Kitchen, Kulit Limau Tak Perlu Ditumbuk!
Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama
Wanita Ini Kongsi Resipi Nostalgia Sambal Belacan Cili Kering Sedap
Mingguan Wanita : Menariknya sambal ni cukup mudah nak buat, bahan-bahan pun sikit je. Yang penting tak perlu simpan dalam peti sejuk pun boleh tahan lama. Sedap makan dengan mihun goreng, mee sup dan nasi putih.

Sumber : An Nur Al Han
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI