Nak Rumahtangga BARAKAH, Suami Isteri Kena Berebut Buat KEBAIKAN Bukannya Banyak Komplen

Share

Perkahwinan, impian setiap lelaki dan perempuan untuk membina rumahtangga bahagia dan barakah. Lebih mengujakan bila ia dibina atas dasar cinta sama cinta dan dilimpahi dengan zuriat yang comel menjadi penyedi dalam rumah tangga.

Indahnya perkahwinan bila suami isteri sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Malah, rumahtangga barakah bila setiap suami isteri saling menghargai pasangan dan sentiasa belajar untuk jadi lebih baik pada pasangan masing-masing.

Sebab itu, perkahwinan bukan hanya untuk setahun dua atau seketika, sebolehnya kita ingin sehidup semati dengan pasangan yang dicintai. Walaupun ada masanya, gelombang tidak diduga, kena tempuhi bersama.

Walau bagaimana pun, dalam membuna rumatangga barakah, setiap suami isteri kena ada ilmu dan sentiasa belajar, mengakui kesilapan dan terima kelebih dan kekurangan pasangan semata-mata tapi untuk mendapatkan rumahtangga barakah kena ada ilmu seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lumrah Perempuan Lepas Kahwin Akan Berisi, Suami Janganlah Pandang Kecantikan Fizikal Saja

PENTING Suami Isteri Saling Menghargai, Perlu Ada Rasa Berterima Kasih Sesama Pasangan

Info Lebih Menarik DI SINI

Rumahtangga Barakah, Impian Setiap Pasangan

Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.

1.Tak Banyak Keluh Kesah
Baik suami, begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak dan benda banyak dijadikan infak.
2.Tak Banyak Komplen
Kalau isteri larat buat kerja, buat. Begitu juga kalau tak buat suami tak kata apa. Malah, kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu dan tak panjang cerita.
3. Fizikal Bukan Lagi Tarikan
Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.
4. Berebut Buat Kebaikan
Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.
5. Jadi Insan Lebih Baik
Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung, upgrade tudung labuh. Kemudian, top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah, tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.
6. Anak-Anak Yang Mudah Diurus
Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah dan tak buat hati mak ayah susah.
7. Rezeki Melimpah Ruah
Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.
8. Amalan Makin Banyak
Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.
9. Berlemah Lembut
Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.
10. Bertambah Ilmu
Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Begitu juga, semakin bijak berkehendak dan semakin kuranglah sikap kanak-kanak.

Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.

#kaknis

MW: Betul tu. Terima kelebihan dan kekurangan. Moga bermanfaat buat pasangan di luar sana.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Photo Ernie & Syamie: SWEETPICTURES

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora