Zaman ekonomi serba sederhana selepas pandemik Covid-19 ini. Ramai juga mak ayah yang mula berniaga secara online. Untuk yang baru mula nak berniaga, hadamkan tip rezeki bisnes lebat yang dikongsikan peniaga wanita ini.
Kata penulis, Mohamad Feroz Zaini, ada 10 tip untuk dihadamkan lumat-lumat. Agar, pelanggan rasa seronok nak membeli dengan kita.
Saya parkir motor, rapat di depan sebuah Kancil yang sudah kelihatan amat buruk.
Pemandunya, seorang gadis Melayu juga baru keluar dari kereta.
“Saya letak depan ni … sekejap saja.” Sambil mengeluarkan 2 bungkusan dari dalam bakul motor.
Kata-kata ditujukan kepada si gadis.
Dia angkat tangan tanda ‘it’s ok’.
Baru saja beberapa langkah, sekilas saya memandang ke dalam keretanya.
SubhanALLAH.
Penuh dengan bungkusan untuk diposkan.
Terfikir untuk membantunya.
Saya masuk segera ke dalam kedai pos dan menyerahkan 2 buah bungkusan dan kembali semula ke kereta si gadis itu.
Memang betul. Melihat dari bungkusan beg yang besar, ternyata boleh lelah kalau mengangkatnya seorang.
Ada 6 beg semuanya.
Dan kami berulang-alik mengangkatnya.
“Tadi dari pejabat, siapa yang tolong angkat?” tanya saya memikirkan kemampuan si gadis untuk melakukan tugasan mengangkat beg besar yang penuh dengan bungkusan untuk pos.
“Saya dari rumah, ayah dengan mak tolong, sampai sini tadi memang saya akan berulang-alik untuk punggah semua, tapi ALLAH hantar pakcik pula untuk membantu, alhamdulillah.” jawab si gadis yang jelas kepenatan.
Bila mendengar ayat, “ALLAH hantar pakcik untuk membantu.” Saya sudah memikirkan dia sudah memohon dan berserah kepada tuhan.
Saya melihat timbunan bungkusan yang dia mahu pos.
“Cik puan jual apa ya?” tanya saya penuh minat.
Dia pandang saya. Tiba-tiba dia ketawa.
“Tak pernah orang panggil saya cik puan. Rasa macam golongan bangsawan pula.”
Saya tak tahu nak jawab apa, kerana bagi saya, apabila kita memanggil seseorang dengan panggilan hormat, orang lebih selesa dan menghormati kita.
Katanya, dia menjual macam-macam melalui shopee dan secara offline.
Dia baru sahaja menjalankan bisnes dalam talian sejak Februari. Dan alhamdulillah, sebaik lulus lesen memandu, seminggu kemudian, PKP dilaksanakan.
Melihat dari urusannya saya dapati dia seorang yang periang, amat bersopan dengan pekerja syarikat kurir dan paling utama dia banyak menyebut ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH.
“Cik puan, boleh tak cik puan berkongsi tips untuk bisnes? saya ni baru saja buat bisnes jenis ni, masih terkial-kial. Nak sara hidup keluarga, otak dah tua nak belajar IT.”
“SubhanALLAH, insyaALLAH boleh pakcik, yang penting kita jangan kedekut…”
Ini adalah antara tips yang sempat dia kongsikan:
Bab ini memang saya tak terfikir langsung. Ada pembeli akan tanya samada kita ada jual produk itu atau tidak? Jika kita tahu ada rakan atau sahabat kita yang jual, maka berikan nombor selfon sahabat kita. InsyaALLAH, rezeki kita tetap ada.
Jika ada pembeli yang tidak tahu cara untuk membeli secara dalam talian, maka kita bimbing (guide) mereka.
Ada beberapa kes, pembeli memang tidak tahu dan tidak berminat untuk membuat pembelian dalam talian, maka saya usahakan melalui panggilan telefon.
Pembeli kelihatan lebih yakin dan selesa dengan cara ini. Malahan, dari pengalaman saya, apabila kita bercakap dengan pembeli, kita ada ‘kuasa memujuk’. Bayangkan pernah berlaku beberapa kali, seorang pembeli yang sudah berusia mahu membeli 1 produk dari saya, tetapi dengan kemesraan dan pujukan, akhirnya pembeli membeli 5 barang sekaligus.
A) Apa saja barang yang kita boleh niagakan dan pos, kita jual. Terutama sekali barang atau produk orang atau jiran sekampung. Tetapi bagus juga jika ada sahabat yang membuat produk dan kita bantu mereka dengan sokongan jualan dalam talian.
B) Bila ‘kedai’ kita meriah dan banyak produk, maka pembeli akan meluangkan lebih masa dalam ‘kedai’ kita. Ala-ala window shopping begitu.
Pembeli akan rasa gembira jika mereka dapat hadiah atau cenderahati. Tidak perlu yang mahal. Malahan, ada banyak produk harian yang murah-murah tetapi amat berguna.
Sebagai contoh, si gadis ini membeli Sanitizer dari sahabatnya dan diberikan kepada pembeli sebagai hadiah.
Kita sebenarnya ‘mengikat’ pembeli dengan hadiah dan budi bahasa kita.
Tidak perlu menipu (malahan berdosa jika kita menipu kualiti produk). Kita rakam / shoot gambar dari pelbagai sudut dan masukkan dalam ‘kedai’ kita.
Lebih bagus jika gambar itu gambar yang ‘natural’ dan ‘spontan.’
“Ada sahabat saya yang jual alat pegang pen dengan video pendek, sedangkan tangannya sakit … be natural. Dan dia buat sale setiap hari.”
Bab ini jangan takut-takut. Ini adalah peluang yang diberikan oleh sistem internet dalam talian untuk kita ‘kongsikan’ tentang produk kita.
“Orang tak tahu … dan kerja kita ialah untuk promo, promo dan terus promo.” Rebut peluang!
Dalam bisnes, 90% adalah ‘perhubungan sosial’ dan 10% adalah urusan bisnes.
Dekati pelanggan. Ambil tahu keperluan mereka. Berikan cadangan.
Pelanggan akan merasai dirinya ‘MAHAL’ dan dihargai.
Jangan malu atau rasa bersalah untuk meletakkan pautan ke ‘kedai’ kita.
Selalunya kita yang beranggapan salah. “Nanti apa dia kata…’ Sebenarnya pelanggan akan rasa ‘nasib baik’ dia bagi tahu.
Ini adalah tindakan bijak 2 hala.
Dalam banyak keadaan, sebenarnya kita yang memudahkan bakal pembeli untuk mendapatkan produk dari kita.
Dalam urusan bisnes dalam talian seperti shopee. Terdapat satu ruangan untuk berkomunikasi atau – chat.
Gunakan semaksimum mungkin untuk mempertautkan ‘antara 2 hati’.
Sebagai contoh. Ini pengalaman sendiri. Setiap kali selepas saya menghantar Sambal Kentang Goreng, saya akan kirimkan mesej ucapan, dan selepas 24, saya akan bertanya khabar dan mengharapkan semoga pembeli mendapat KEPUASAN dan manfaat atau kebaikan dari produk.
Ini adalah SERVIS saya. Dan alhamdulillah, pelanggan menjadi ‘setia’ untuk terus berurusan dengan saya.
Maka akan berlakulah ‘pembelian semula’ lagi dan lagi dan lagi.
REPEAT ORDER amat mustahak.
Hari ini sudah banyak strategi dan ayat pemasaran yang diajar melalui pelbagai medium.
Kalau tidak tahu menulis sekalipun, tiru saja ayat itu.
Saya pernah menggunakan ayat paling menyentuh hati seorang pelanggan.
“Teringat pada mak saya di kampung, tiap kali balik, saya akan tengok dia urut kaki, dia tak cakap yang dia sakit, tapi bila saya bagi Felinna Hot Lotion, dia pakai, lepas tu kami sembang sampai larut malam…”
Mulanya pelanggan mahu beli 1 unit saja, tetapi akhirnya dia beli 4 unit sekaligus.
Betul, saya seorang penulis, tetapi ayat penulis dengan ayat pemasaran tidak sama.
Cuma, yalah, saya ‘menulis dari hati.’
Yang penting dapat buat ‘sales.’
Sambil sembang, sambil kami angkat bungkusan untuk diletakkan atas kaunter penerimaan.
“Eh pakcik, saya ni dah melampau… pakcik pula yang angkat barang saya ..”
Kami sama-sama ketawa.
“Sebenarnya, ilmu yang cik puan beri adalah amat berharga buat saya.”
Jangan lupa sertakan KAD BISNES / Flyers bersama produk.
Selepas pelanggan menghabiskan Sambal Kentang Goreng, bekas akan dibuang, tetapi KAD BISNES akan disimpan.
Semakin banyak produk orang kampung akan masuk ‘kedai’ saya.
Jom beramai-ramai terjah ‘kedai’ saya: www.Ferozmart.ml
Abang Long.
Biz Dalam Talian yang semakin pandai.
Sumber/Foto : Mohamad Feroz Zaini