“Nak poligami kekuatan bukan letak di poket semata tapi terletak pada iman di dada,” begitulah luahan pendapat daripada Puan Normaliza Mahadi .
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bagi suami yang ingin berpoligami menjadi syarat utama mampu berlaku adil dikalangan isteri-isteri dan berkemampuan memberikan nafkah zahir dan batin.
Seperti mana dipetik menerusi laman web JAIS menerangkan setiap lelaki normal sememangnya menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu, sekalipun dia belum pernah diuji dengan perkahwinan.
Sebenarnya, keharusan berpoligami di dalam Islam adalah diberi kepada pasangan yang mempunyai masalah dengan perkahwinan yang sediaada.
Kebanyakan sebab atau masalah tersebut adalah berpunca dari pihak isteri seperti sebab kemandulan, sakit, gila, dan lain-lain.
Dalam setengah-setengah keadaan pula, ia juga boleh berpunca dari suami, misalnya keinginan seksual suami yang terlalu tinggi sehingga isteri sediaada tidak mampu untuk memberi layanan sewajarnya, maka Islam memberikan jalan keluar dengan diharuskan berpoligami tetapi dengan syarat tertentu.
“Nak poligami kekuatan bukan letak di poket semata tapi terletak pada iman di dada”
Coretan dari Puan Normaliza Mahadi juga ada benarnya, dirinya berpendapat bagi lelaki yang hendak berpoligami kekuatan bukan letak di poket semata tapi kekuatan terletak pada iman di dada. Bukan itu saja malah kekuatan minda dan jiwa juga perlu ada.
“Poligami
Bila balik rumah isteri pertama, fokus ajelah dengan isteri pertama dan anak-anak (jika ada)
Balik rumah isteri kedua, fokus dengan isteri kedua dan anak-anak (jika ada)
Balik rumah isteri ketiga, fokus dengan isteri ketiga dan anak-anak (jika ada)
Balik rumah isteri keempat, fokus dengan isteri keempat dan anak-anak (jika ada)
Tak payahlah suruh isteri ketiga jaga anak isteri pertama ataupun isteri kedua jaga anak isteri keempat. Tak payah!
Tak payah juga sibuk nak share cerita apa yang jadi di rumah lain ke rumah yang lain.
Cerita isteri lain dengan isteri yang lain. Tak payah!
Nak poligami ni kekuatan bukan letak di poket semata tapi kekuatan terletak pada Iman di dada. Kekuatan minda dan jiwa. Kekuatan mendengar dan memberi respond seadanya.
Kena ada ilmu dalam membuat keputusan yang tepat dan jitu. Kena tahu cara menangkis serangan emosi dari isteri-isteri. Juga perlu ada kebolehan menapis bakal isteri yang layak berpoligami atau monogami sahaja.
Poligami ni kena ada persediaan sebelum kahwin isteri pertama lagi. Jauh persediaan kena dibuat sebelum membuat.
Poligami ni jadi bukan sebab terlanjur. Bukan terjadi sebab terlanggar perempuan cantik di airport dan kutip barang sama-sama dan last terpegang barang terakhir berdua. Jatuh cinta. Bukan.
Bukan juga kerana kekurangan isteri yang sedia ada. Bukan juga semata nak mendapat zuriat yang tiada. Bukan juga kerana kononnya susah nak hidup seorang kerana berjauhan dengan isteri yang setia menunggu suaminya pulang,” coret Puan Normaliza Mahadi.
Bukan itu saja pesan wanita ini lagi;
“Poligami ini sepatutnya meningkatkan iman kepada lelaki mahupun perempuan.
“Bukan lebih merosakkan jiwa ataupun meningkatkan kemarahan kepada peraturan yang Allah telah benarkan.
“Bisiklah kepada Allah Penguasa Sekalian Alam bukan hati yang penuh nafsu dan merosakkan” Puan Normaliza Mahadi.
Mingguan Wanita : Semoga diberikan kekuatan minda pada wanita yang hidup bermadu.
Sumber : Facebook Normaliza Mahadi
Sumber Foto : Canva