Nak Pilih Makanan Dalam Tin Tengok Betul-Betul, Jangan Main Ambil Je!

Share

Membeli barang basah dengan makanan dalam tin memang banyak bezanya. Bezanya, makanan dalam tin hanya perlu panaskan, kalau nak sedap makmak boleh tambah bahan perencah lain. Kalau makanan basah, kena bersihkan dan sediakan bahan-bahan yang ingin dijadikan hidangan pula.

Dalam keadaan sekarang ini, pilihan makanan dalam tin, mungkin jadi keutamaan mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila perlu kejar masa, mak-mak main capai je apa yang ada di depan mata tanpa melihat dengan teliti makanan dalam tin yang diambil.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Melecur Muka & Tangan, Berhati-Hati Guna Portable Gas Stove Ketika Camping!

Makanan Dalam Tin, Hati-Hati

Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli ada kemek sedikit, tarik luput yang tak jelas dan sebagainya.

Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.

Ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.

  1. Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.

  2. Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.

  • *Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
  • Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
  • Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
  • Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
  • Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Published by
Nora