Di saat bahan mentah di rumah agak terhad sepanjang PKP ini,, mak-mak kena kreatif memikirkan apa nak masak untuk keluarga. Ayam antara bahan masakan yang akan dibeli kerana pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan ayam,. Bagaimana dengan kaki ayam?
Ada yang buang begitu saja dengan alasan rasa ‘geli’ nak makan. Hai…agak-agak kalau dah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya, sanggup buang lagi tak? Kalau nak tahu, kaki ayam tinggi kandungan kolagen tau! Elok diamalkan untuk kelihatan awet muda! Sila semak artikel ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Jadikan Kaki Ayam Antara Menu WAJIB Di Rumah
Selain dibuat sup, kaki ayam juga sedap jika dijadikan kerabu ala Thai. Malah, anak-anak pun pasti akan menggemarinya kalau kena dengan selera mereka.
Mungkin boleh cuba yang dikongsikan di facebook milik Rina Idris.
Bahan-Bahan Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahan untuk direbus bersama:
20 batang kaki ayam
2-3 sudu makan cuka
Sedikit garam
Bahan Dihiris:
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 batang serai
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang (pilihan)
2 biji tomato
2 batang cili merah (Separuh ditumbuk dan separuh lagi untuk digaul)
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan Untuk Digaul:
Limau nipis/kasturi
Lemon jika ada
Sedikit garam
Sedikit gula
Sos ikan/sos seafood/sos tiram + cuka
Cara membuatnya:
- Bersihkan kaki ayam sebaik mungkin, potong kukunya dan kerat dua. Rebus dengan cuka dan sedikit garam, lebih kurang 15 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Bahan-bahan yang dihiris dimasukkan ke dalam satu mangkuk, kemudian perahkan jus limau dan lemon. Gaul sekata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sos ikan/sos tiram yang dicampur sedikit cuka. Gaul semuanya hingga sebati.
- Masukkan kaki ayam yang telah direbus tadi. Gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan. Mudah, cepat dan sedap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI