Sebagai isteri, kadang-kadang kita tidak sedar perkataan yang kita keluarkan semasa bercakap dengan suami itu boleh menyebabkan ada perasaan terguris. Sedangkan tiada niat untuk mengeluarkan kata sebegitu dan hanya sekadar untuk bergurau sahaja.
Malah, ada juga isteri yang ingin meminta sesuatu pertolongan daripada suami tetapi nada yang diberikan seakan mengarah. Inilah yang menjadi salah satu masalah rumah tangga. Lebih teruk lagi, bila isteri tidak mampu membezakan antara perangai di pejabat dengan di rumah.
Usah terbawa-bawa perangai ini di rumah kerana karakter eagle ini boleh menimbulkan amsalah dan konflik dalam rumah tangga. Mungkin, isteri tidak bermaksud tetapi dari padangan orang lain ia sangat negatif.
Ikuti ulasan lanjut dan pemahaman tentang karakter eagle ini dalam rumah tangga oleh Ezzatyy Suffian.
Salah satu ciri orang yang ada karakter eagle dalam diri dia ialah dia ada perangai bossy. Maksudnya jenis suka mengarah-arah orang buat itu ini. Bukan takat itu je, setiap arahan mesti dipatuhi dan diselesaikan dalam tempoh waktu yang cepat.
Tak boleh lambat-lambat. Nanti kena marah.
Sebagai seorang boss dalam satu syarikat, keadaan ini boleh diamalkan sebagai sikap bossy pada team. Tapi, dalam rumah tangga terutamanya si isteri pulak yang ada karakter eagle…haa, kat sini yang boleh timbulkan konflik dalam rumah tangga.
Tak kena cara, akan nampaklah macam isteri ini yang garang, suka memberi arahan dan kelihatan seperti dia seorang queen control. In fact, individu yang mempunyai karakter eagle akan lebih mendominasi rumah tangga berbanding pasangannya.
Secara jujurnya, saya juga jenis karakter ini. Saya terima. Betul memang ada sikap suka mengarah-arah sejak dari dulu lagi. Sebenarnya, karakter ini lebih kepada satu kelemahan.
Percayalah. Tanya saja orang keliling kita. Adakah mereka suka selalu diarah-arahkan buat itu ini? Adakah kalian suka?
Mesti tak suka kan. Rasa gila annoying, irritating gitu. Kau dah kenapa nak arah aku buat itu ini?
Kalau tanya orang eagle, dia suka tak bila orang lain pulak dok arah-arah dia buat itu ini. Nanti confirm dia pun akan jawab tak suka.
Dari sini, saya mula belajar tentang art of communication. Cara yang betul nak berkomunikasi terutamanya dengan pasangan. Perangai bossy dan suka mengarah-arah itu perlu kita “tone down” kan.
Bagaimana?
Contoh : abanggggggggg…. instead off abang!!!!
Contoh : boleh tolong saya basuhkan berak faqeeha?
atau
Tolong basuhkan berak faqeeha bolehh?
Contoh : Thank you abang tolong basuhkan berak faqeeha. I love youuuu
Alhamdulillah setakat ini suami Okay. Happy bantu isterinya yang meminta bantuan. Dalam rumah tangga kita perlu berasa aman serta nyaman dengan pasangan.
Sekali-sekala bergaduh tu normal lah kan. Yang penting setiap hari kita rasa happy, tidak rasa tidak selesa/irritating dengan kata-kata atau tindakan pasangan kita.
Paling penting, setiap hari cuba perbaiki kelemahan diri, sentiasa mahu menyayangi serta menghormati pasangan kita. Kita mahukan satu perhubungan yang dapat membawa kita hingga ke syurga.
MW: Bila isteri minta bantuan dengan perkataan macam tu, automatik suami akan ringan tulang. Tapi bila dengan ayat seperti mengarah. Sendiri mau ingat yer para isteri.
Sumber: Ezzaty Suffian