Perlu ke nak mengorat isteri lagi walaupun sudah berkahwin. Jawapannya ya, memang perlu sentiasa mengorat isteri anda. Isteri kalau suami dia bijak mencuri, pasti anda akan menjadi suami yang paling dicintailah.
Sebenarnya cara atau teknik menjadi suami kepada isteri adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita lain. Isteri anda tidak semestinya sama emosi dan naluri dengan isteri rakan baik anda. Oleh sebab itu, seharusnya sebagai suami anda fahami dahulu isteri anda bagaimana, barulah gunakan skil yang sesuai.
5 Teknik Rahsia Menjadi Suami Yang Dicintai Isteri
Teknik 1 : Kena ada Mind-Reading abilities
Walaupun nampak susah tapi kemahiran membaca dan meneka perasaan dan fikiran isteri ni boleh membuatkan si isteri makin rasa disayangi & dicintai
Ads
Suami yang pandai membaca dan mendalami perasaan, mimik wajah dan rajukan isteri ni dipanggil suami yang ada Emphatic Accuracy.
Teknik 2 : Kena jadi Active Listener isteri
Suami yang ada skill menadah telinga ini sangat-sangat disukai isteri lebih-lebih lagi yang tahu ilmu Active Listening ni.
Apa tanda suami tu Active Listener?
👂 Fokus sepenuhnya
👂 Bukan sekadar mendengar
👂 Tapi bertanya soalan juga
👂 Mendengar untuk memahami
👂 Bukan mendengar untuk membalas balik bebelan isteri
Teknik 3 : Kena jadi Spiritual Mentor isteri
Isteri sangat suka suami yang boleh bimbing rohaninya. Sebab bila rohani si isteri dipenuhi, maka hati isteri akan jadi mudah jinak, lebih tenang dan rasa lebih tenteram sepanjang hari.
Sebab itulah sesibuk apapun suami, suami tetap kena penuhi hati isteri dengan rasa cinta pada Allah, Rasul dan hari akhirat.
Ads
Teknik 4 : Suami kena ada Self-Control yang tinggi
Bila suami tengah sangat marah tetapi masih boleh kawal intonasi dan nada suara, suami tu dikira ada self-control yang hebat.
Suami yang self-control yang hebat ni sangat dihormati isteri kerana ia menandakan mereka mempunyai kemampuan mengemudi emosi sendiri. Inilah juga yang akan menaikkan kredibiliti dan autoriti seorang suami sebenarnya.
Teknik 5 : Kena tahu Love Language isteri
Love language isteri kita adalah apa je perbuatan kita pada dia yang buatkan dia rasa dicintai. Lain orang lain Love Language-nya tau.
Ada setengah isteri rasa lebih dicintai bila suaminya cuci pinggan, ni tanda Love Languagenya adalah Service. Ada isteri yang lebih rasa dicintai bila suaminya banyak ucap I Love You, ni Love Languagenya adalah Words of Affirmation.
Ads
Yang agak haru sikit bagi si suami kalau Love Language isteri adalah Receiving Gift. Haa, yang ni kalau dapat dua tiga untas rantai emas juga ni baru tersenyum-senyum si isteri sebab rasa dicintai.
Apa pun, tak rugi pun memberi pada isteri dan anak-anak ni sebab sebaik-baik pemberian adalah memberi kepada keluarga sendiri. – Taufiq Razif –
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Sebagai suami, apa salahnya anda membeli jiwa isteri kerana dialah wanita yang berada di saat anda susah dan senang. Ingat ya, mengurat isteri perlu kena caranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Assalamualaikum puan kaunselor yang dihormati. Bila terlalu berdikari pun salah! Itulah dilema yang saya hadapi. Saya ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berusia 12, 11 dan 9 tahun. Saya bekerja sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah, berusia 30-an.
Aktif
Saya anak perempuan tunggal (bongsu) daripada enam beradik. Membesar bersama abang-abang membuatkan saya lebih lasak cuma tidaklah sampai berpenampilan tomboy. Lasak saya boleh ‘menyamai’ budak lelaki tapi tetap terselit feminin. Sikap aktif dan lasak membawa hingga ke maktab. Saya aktif bersukan dan berpersatuan. Rasa lemau badan bila tak buat apa-apa kerja. Sebab itu juga saya agak popular sepanjang belajar dulu kerana aktif.
Bila berkahwin, saya tidak bergantung sangat pada suami dan lebih banyak berdikari. Maksudnya, banyak urusan keluarga, saya yang buat seperti uruskan anak-anak, beli barang rumah dan bayar bil. Suami hanya beri duit dan saya akan agihkan mengikut keperluan.
Mungkin kerana saya seorang guru dan bekerja separuh hari, jadi masih ada masa untuk saya membuat urusan di sebelah petangnya. Suami bekerja di bank dan memang sibuk.
Sibuk Dengan Hobi
Yang membuatkan saya tertekan kerana lama-kelamaan, suami makin ‘selesa’ kerana sikap berdikari saya itu hingga mula lepas tangan. Dia tahu bagi duit saja. Hal sekolah anak langsung tak ambil tahu. Katanya saya guru, eloklah saya yang ajar anak-anak.
Dia pula sibuk dengan hobinya, main golf dan tunggang motosikal berkuasa tinggi. Masa hujung minggu sibuk dengan hobi hinggakan jika ke mana-mana, saya dengan anak-anak saja. Bila anak-anak makin membesar, mereka mula faham dan asyik tanya kenapa daddy tak nak keluar dengan mereka. Ayah kawan-kawan mereka juga sibuk tapi ada masa nak keluar bersama. Serba salah saya dibuatnya.
Pernah saya berterus terang dengannya tentang perkara ini. Tapi katanya, hobi-hobinya itu adalah cara dia untuk ‘entertain’ client dia dan untuk bina contact kerja. Disuruhnya saya buat anak-anak faham. Akhirnya saya malas nak cakap apa-apa lagi.
Sanggup
Kesabaran saya runtuh dua bulan lepas. Saya menghadiri kursus kerja di luar daerah. Saya memang ada pembantu rumah yang dah lima tahun bersama saya.
Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada bibik mengatakan anak kedua demam panas dan bila saya minta dia beritahu suami agar bawa ke hospital, katanya suami saya memang dah tahu. Yang buat saya marah bila bibik beritahu dia disuruh suami untuk bawa anak ke hospital kerana dia perlu ke luar daerah untuk satu kejohanan golf! Puan, sakitnya hati saya. Sanggup dia pentingkan golf daripada anak sendiri? Saya pula memang jauh dan tak dapat balik.
Kawan Tolong
Nasib baik saya ada kawan yang tinggal berhampiran rumah dan minta dia bawakan bibik dan anak ke hospital. Tiga hari anak ditahan dan bibik yang jaga. Dua anak lagi kawan saya bawa ke rumahnya kerana kasihankan mereka tinggal berdua di rumah. Suami? Tetap tak balik dengan alasan belum selesai urusan golf.
Balik kursus, saya mengamuk dengan suami tapi dia macam tak bersalah. Katanya, dia tahu saya akan cari jalan untuk selesaikan apa saja masalah tentang anak-anak. Puan, apa tanggungjawab dia sebagai ayah kalau semua nak diharapkan pada saya? Apa akan jadi pada anak-anak saya kalau saya tak ada? Kalau macam ni baik saya jadi ibu tunggal, lagi tak sakit hati. Apakah salah saya yang terlalu berdikari?
Isteri Makin Hilang Sabar
Jawapan:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
Dalam kehidupan seorang wanita banyak dugaan atau ujian yang kita alami dan perlu dihadapi. Dan ujian itu memang berat, tetapi percayalah bahawa setiap ujian atau dugaan itu ada hikmahnya.
Daripada apa yang puan paparkan, memang betul puan seorang yang berdikari dan punya ketahanan mental, emosi dan fizikal. Tidak semua wanita yang bergelar ibu punya daya ketahanan dan ciri berdikari yang puan miliki. Tahukah puan inilah kelebihan yang puan ada.
Ambil Kesempatan
Tidak dinafikan bahawa sifat berdikari dan ketahanan puan itu diambil kesempatan oleh suami. Apatah lagi jika dia punya hobi seperti golf. Sukar juga untuk ditinggalkan, apatah lagi kejayaan demi kejayaan dicipta dan mendapat penghargaan daripada kalangan profesional.
Lazimnya sesiapa sahaja yang terlibat dengan mana-mana hobi seperti ini, dia akan mengutamakan hobinya terlebih dahulu. Apatah lagi jika dalam hidupnya ada pasangan atau ahli keluarganya mengambil tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga.
Saya memahami rasa geram di hati puan dengan sikap suami yang mengabaikan anak ketika demam. Ketika dia dalam persediaan menghadapi pertandingan, pastinya tumpuan 99% untuk “event” itu. Baginya hal anak demam adalah biasa. Bagi puan pula ia adalah keutamaan kerana puan sayangkan anak dan seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Puan adalah kategori “ real task oriented”. Manakala suami pula “game oriented”. Puan menjaga apa yang ada dan memastikan perjalanan hidup, anak-anak teratur dan terjaga.
Untuk menjawab persoalan yang puan kemukakan, pertama puan perlu lihat dalam ruang mana boleh dibentuk suami agar menjalankan tugasnya.
Didik suami dengan sedikit tanggungjawab. Walaupun puan ada bibik, setiap ahli keluarga perlu ada peranan. Tetapkan peranan masing-masing, kalau tak banyak pun biar ada untuk permulaan.
Buat Suami Faham Tanggungjawab
Beri kefahaman kepada suami tentang tanggungjawabnya. Puan seorang guru, mesti tahu tentang dendaan dan ganjaran. Jika suami terlalu sangat dengan hobinya, cuba tarik keistimewaan yang dia dapat daripada rumah.
Memang benarlah kata puan disebabkan puan lakukan tugas itu maka suami ambil mudah. Maka di sini puan boleh cuba mana-mana tugas yang “dibuat tidak tahu” (make don’t know) agar suami tertanya-tanya kenapa begitu. Bila ada persoalan daripadanya maka telah ada sedikit “insight” (celik akal) yang boleh dikembangkan.
Jangan putus asa dalam nasihati suami, beri tanggungjawab kepadanya, selalu beri peringatan kepadanya kerana puan tidak tahu bila suami akan berubah. Kuasa untuk mengubah perangainya hanya Allah, dan bukan puan. Puan hanya berusaha, yang akan menentukannya hanya Allah. Pastinya doa yang tidak putus-putus adalah senjata paling berkesan.
Akhir sekali mari kita renung bersama. Allah beri kita apa yang kita perlu…Allah tidak beri kita apa yang kita mahu..kerana dibimbangi kita kurang mengingati-Nya. Diberi-Nya suami yang hanya gilakan golf, belum lagi gilakan wanita lain….diberi-Nya suami yang tidak memberi masa dengan isteri dan anak-anak, tetapi masih ada lelaki yang bergelar ayah untuk anak-anak puan… maka Allah beri sedikit ujian dengan perangainya yang sebegitu agar puan mencari kekuatan diri dengan banyak mengingati Allah… Begitulah sayangnya Allah kepada puan..
**Persoalan ini telah dijawab oleh Puan Hajah Maimunah Haji Mohamad, Kaunselor dan penulis ruangan Ya Tuhan di dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap orang ada rezeki masing-masing, baik besar atau kecil belajarlah untuk menghargainya. Biarpun cuma bawang putih kecil atau pun duit syiling. Sebagaimana yang dikongsikan Dzuriasikim Dzulkefli akan pesanan neneknya ini.
Agar tidak sesekali memandang rendah pada rezeki yang diperoleh setiap hari. Biarpun sekecil-kecil rezeki yang hadir. Hadamkan kisah ini yang penuh mendalam pengajarannya.
Tak Buang Bawang Putih Kecil-kecil Begini
Sedang mengupas bawang…
Bila lihat bawang bawang putih yang kecil-kecil begini, teringat saya akan kisah sewaktu saya sangat susah dahulu. Bawang putih yang sangat kecil begini kadang sukar sedikit untuk dikopek. Jadi, ada orang yang akan buangkan sahaja. Tetapi saya tidak buang.
Pernah ketika mahu memasak dan saya hanya mampu masak apa yang ada sahaja kepada anak-anak. Di rumah waktu itu hanya ada bawang, beras, sedikit ikan bilis dan telor. Itulah bahan masak utama yang boleh dikatakan tidak pernah putus di rumah. Syukur.
Bawangnya tidaklah banyak. Hanya tinggal yang kecil-kecil… bahkan sangat kecil sehingga saya terpaksa menguis-nguis di sebalik kulit-kulit bawang yang ada. Barulah jumpa.
Tak dapat banyak. Sedikit pun jadilah. Sebagai pelengkap rasa. Boleh lah digunakan untuk masak nasi goreng. Asalkan anak-anak kenyang sahaja.
Jika Sedikit Wang Ditangan, Eloklah Duduk Rumah Saja
Bukan tidak mahu ke kedai. Tapi tidak ada kenderaan waktu itu. Dan wang yang ada pun tidak seberapa. Pesan arwah nenek saya, jika wang ada sedikit di tangan, eloklah duduk di rumah sahaja. “Nakhabis hari ni, habis esok…” katanya.
Ia bermaksud, jika kita keluar rumah hari ini, akan habislah duit tu hari ini. Jadi, duduklah di rumah sahaja jika tidak ada kepentingan untuk keluar. Kerana bila keluar rumah, pastilah kita akan berbelanja nanti. Duit yang ada di tangan itu, dari dihabiskan hari ini… dapatlah dipegang atau disimpan sehingga ke esoknya. Begitulah.
Demikianlah juga dengan wang syiling atau seringgit yang pada orang lain jika terjatuh atau terjumpa tidaklah dipandang kerana nilainya yang sangat kecil. Tetapi bagi saya yang pernah perlu mengutip syiling dalam rumah dan dikumpulkan sehingga dapat membeli satu tin susu untuk anak kecil saya, wang syiling tetap bernilai dan berharga.
Jangan Pandang Rendah Nilai Duit Syiling
Untuk wang syiling pun ada juga pesanan dari nenek saya. Katanya dalam loghat Kelantan, “Ore tok jeh ko duit….”.
Bermaksud, jangan sesekali memandang rendah kepada duit atau wang (tanpa mengira nilainya kecil atau besar).
Pengajarannya, harus sentiasa hargai sekecil-kecil rezeki dalam hidup. Cerita bawang dan wang syiling ini hanyalah contoh kecil dari pengalaman hidup saya yang boleh kita amalkan.
Dan banyak petua orang dulu-dulu yang boleh kita contohi. Sebab itu kita lihat orang dulu-dulu hidup mereka sangat rukun dan harmoni, tenang dan bahagia biarpun tidak dalam serba ada. Mereka sangat berjimat cermat dan pandai berbelanja. Mereka sangat menghargai apa sahaja yang mereka miliki.
Jika ada… Adalah.
Tak tiada, mereka berlapang dada.
Mingguan Wanita :Sungguh lah.. jika bersyukur dengan apa yang diperoleh setiap hari. Tentunya tidak mengejar-ngejar apa yang tiada di depan mata.
Kisah pasangan yang berumah tangga tak akan sama setiap orang, ada yang bertuah akan dapat beli rumah terus untuk hidup. Kalau tepaksa menyewa dulu itu, mungkin lain pula rezekinya muncul.
Dan ada yang lagi beruntung dapat pula mentua yang baik-baik dan begitulah sebaliknya. Itulah secebis asam garam berumah tangga, tapi di penghujung akan tetap merasai kemanisan hidup sebagai suami isteri andai mampu bersabar dalam banyak sudut.
Terutama dari sudut kewangan dan menguruskan hal rumah tangga bila masing-masing sibuk bekerja. Ada hati yang mungkin terhiris dalam diam kalau belum memahami dunia perkahwinan.
Nah, untuk anda yang baru sahaja menempuh alam ‘berkongsi hidup’, jemput renungkan seminit dua perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
5 Tahun Pertama Berumah Tangga
5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaAllah, tahun-tahun selepas itu akan menjadi mudah.
Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni…
Ujian 1 – Kenal mengenali antara satu sama lain
Walaupun dah bercinta bertahun-tahun, selagi tak dduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak akan betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenar. Adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni kita akan kenal.
Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita “berkahwin” jugak dengan keluarga pasangan.. Ibu bapa dia, adik beradik dia. Sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih di bulan orientasi, suai kenal dengan ibu bapa pasangan, adik beradik pasangan. Selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insyaAllah, aman dan tenteram hidup. Kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging lah seumur hidup. Selagi pegang title menantu.
Ujian 2 – Kewangan
Bab duit ni pulak, ada banyak benda yang nak kena beli. Kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-brang mentah dah sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, but after married, its a need to haev those things.
Ujian ni yang ramai pasangan failed, sanggup berhutang untuk nak melengkapkan rumah. Ada yang all out bawa keluar saving semata-mata nak smua peralatan dan kelengkapan ada. You baru kahwin, you baru spend a lot untuk majlis . So balance dah tak banyak, maka be wise. Gaji bulan ni, share dengan pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan. Tthen next month or next 2 month, share lagi, beli lagi satu month by month. Jangan beli one shot sekali gus. Kalau tak, merangkak nak membayar unless u have a lot of cash.
Ujian 3 – Peraturan
Orang perempuan ni ada peraturan-peraturannya sendiri. Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah. Then, sampah buang dalam tong sampah, jangan tiggal sesuka hati. Baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut. Kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa dan sebagainya. Masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut. Untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ini akan memberi beban pada isteri. Isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak paham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri.
Ujian 4 – Kesefahaman dan tolak ansur
Isteri baru sampai umah selepas balik kerja, then suami sampai. Suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? Perlu tengok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu. It’s better to ajak dia makan di luar or keluar tapaukan makanan. Perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife. Kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.