Tak semua orang boleh menerima teguran atau pun nasihat. Apatah lagi jika nasihat yang disampaikan tidak kena cara, gunakan bahasa kasar serta di tempat terbuka.
Sudah tentu membuatkan orang yang dinasihat terasa dan tidak dapat mengawal emosinya. Cara ini salah ya mak,ayah…
Sebaiknya nak menegur perlu kena caranya, pilih bahasa yang sesuai iaitu bersopan-santun, barulah beza antara marah dan nasihat. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan hadam baik-baik ya.
Dalam menasihati seseorang, kita mesti pilih bahasa bersopan santun dan lemah lembut.
Kebanyakan orang kerap guna tutur kata tidak tepat dan bersuara tinggi sewaktu menegur orang lain.
Akibatnya, ia beri kesan tidak baik. Kita kena faham, menasihati itu berbeza dengan marah meskipun tujuannya adalah sama.
Nasihat dengan bahasa kasar, nada tinggi dan tidak bersopan santun, tidak akan mudah diterima oleh orang dinasihati, meskipun kesalahannya itu ternyata salah.
Confirm ending conversation tu jadi perbualan terakhir antara mereka.
Baca Juga Di sini:
Suami Nak NASIHAT Paling IKHLAS, Carilah ISTERI Bukannya Orang Lain
Nasihat Untuk AYAH, Jangan Pandai Nak ‘Buat’ Anak Tapi Kenalah Jaga Sama-Sama
Mulanya HANYA Kongsi Masalah, Beri Nasihat Kemudian Ambil Berat, Begitulah MODUS Operandi Pencurang
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Antara adab memberi nasihat, kita hendaklah menasihatinya ketika dalam keadaan sendirian dan tidak dalam keadaan terbuka kepada orang ramai. PM tepi.
Ini kerana sesiapa yang menutup kesalahan saudaranya, nescaya Allah SWT akan menutup kekurangannya di dunia dan akhirat.
Perkara ini amat sukar dibuat kerana semua menyedari jika menasihati di hadapan orang ramai dan secara terbuka, pemberi nasihat akan terlihat pintar, arif dan bijaksana.
Niat sudah jadi lain.
Sudah tentu orang yang dinasihati pula tentu akan merasai keadaan berbeza. Dia pasti akan malu, tidak selesa, bahkan mungkin berasa terhina dan diperbodohkan.
Imam Shafie pernah berkata:
“Sesiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka dia benar-benar menasihatinya dan memuliakannya, manakala sesiapa menasihatinya secara terang-terangan, maka dia menghina dan memalukannya.”
Ringkasnya, setiap kita perlu bersedia untuk menerima sebarang pujian dan juga teguran dengan tujuan untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.
Itulah guna nasihat dalam kehidupan insan supaya sentiasa berada pada jalan benar.
Begitulah.
Love me, love me not
MW: Niat kena betul untuk menasihati, mak ayah jangan tersalah langkah. Jangan kerana ingin nampak hebat di mata orang lain, mak ayah sanggup menjatuhkan air muka orang lain. Aib namanya.
Sumber: Hafizul Hakim