Tak semua orang boleh menerima teguran atau pun nasihat. Apatah lagi jika nasihat yang disampaikan tidak kena cara, gunakan bahasa kasar serta di tempat terbuka.
Sudah tentu membuatkan orang yang dinasihat terasa dan tidak dapat mengawal emosinya. Cara ini salah ya mak,ayah…
Sebaiknya nak menegur perlu kena caranya, pilih bahasa yang sesuai iaitu bersopan-santun, barulah beza antara marah dan nasihat. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan hadam baik-baik ya.
Nak MENEGUR Perlu Kena Caranya
Dalam menasihati seseorang, kita mesti pilih bahasa bersopan santun dan lemah lembut.
Kebanyakan orang kerap guna tutur kata tidak tepat dan bersuara tinggi sewaktu menegur orang lain.
Akibatnya, ia beri kesan tidak baik. Kita kena faham, menasihati itu berbeza dengan marah meskipun tujuannya adalah sama.
Pilih Bahasa SESUAI, Barulah BEZA Marah & Nasihat
Nasihat dengan bahasa kasar, nada tinggi dan tidak bersopan santun, tidak akan mudah diterima oleh orang dinasihati, meskipun kesalahannya itu ternyata salah.
Confirm ending conversation tu jadi perbualan terakhir antara mereka.
Antara adab memberi nasihat, kita hendaklah menasihatinya ketika dalam keadaan sendirian dan tidak dalam keadaan terbuka kepada orang ramai. PM tepi.
Ads
Ini kerana sesiapa yang menutup kesalahan saudaranya, nescaya Allah SWT akan menutup kekurangannya di dunia dan akhirat.
Perkara ini amat sukar dibuat kerana semua menyedari jika menasihati di hadapan orang ramai dan secara terbuka, pemberi nasihat akan terlihat pintar, arif dan bijaksana.
Jangan Ada Niat Lain
Niat sudah jadi lain.
Sudah tentu orang yang dinasihati pula tentu akan merasai keadaan berbeza. Dia pasti akan malu, tidak selesa, bahkan mungkin berasa terhina dan diperbodohkan.
Imam Shafie pernah berkata:
Ads
“Sesiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka dia benar-benar menasihatinya dan memuliakannya, manakala sesiapa menasihatinya secara terang-terangan, maka dia menghina dan memalukannya.”
Ringkasnya, setiap kita perlu bersedia untuk menerima sebarang pujian dan juga teguran dengan tujuan untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.
Itulah guna nasihat dalam kehidupan insan supaya sentiasa berada pada jalan benar.
MW: Niat kena betul untuk menasihati, mak ayah jangan tersalah langkah. Jangan kerana ingin nampak hebat di mata orang lain, mak ayah sanggup menjatuhkan air muka orang lain. Aib namanya.
Tanniah diucapkan buat Ummi Nazeera yang telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini sedang hamil empat bulan.
Bintang utama filem Bisik Pada Langit itu mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia dua tahun.
Hamil Anak Kedua, Ummi Minta Doakan Yang Terbaik
Ummi menerusi laman Instagramnya, turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Alhamdulillah saya nak kongsi di sini bahawa saya telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.
“Saya minta tolong semua untuk doakan kesihatan kandungan saya yang kini berusia hampir empat bulan dan juga saya sihat walafiat.
“Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin,” tulis Ummi.
Terkejut Positif Hamil
Difahamkan juga Ummi pada awalnya tidak dapat mengesan dia sudah hamil, selepas minggu keenam barulah dia ketahui.
“Pada awalnya berlaku perubahan karakter pada diri yang mana banyak makanan saya tidak boleh makan sehinggakan tidak boleh hidu bau ayam.
“Kalau bau mesti nak muntah. Malah, ketika di lokasi penggambaran siri Kerana Corona, pembantu peribadi saya ada cakap mungkin saya mengandung. Tapi saya cakap tak mungkin.
“Malah, saya dan suami pun cakap perkara sama. Selepas seminggu pun saya masih lalui perkara sama. Sehinggalah masuk minggu keenam saya datang haid lambat.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan dengan membeli alat ujian kehamilan. Terkejut sebab bacaan positif.
“Sejujurnya, saya dan suami merancang nak mendapatkan anak kedua pada hujung tahun hadapan. Apatah lagi anak sulung kami Ayra Aneesah baru berusia dua tahun pada Ogos lalu.
“Cuma, pada Julai dan Ogos saya ada cakap pada mama yang mana seronoknya kalau ada anak lagi.
“Betullah cakap-cakap itu satu doa dan Allah makbulkan. Alhamdulillah, ini adalah rezeki,” ungkapnya seperti mana dipetik menerus portal Harian Metro.
Taman permainan menjadi lokasi wajib anak-anak untuk bermain. Pantang nampak taman permainan, pasti cuaca panas pun anak-anak sanggup redah. Tetapi, mak ayah harus hati-hati setiap kali membawa anak-anak ke taman permainan.
Kadang-kadang kita terjumpa serpihan cat buaian, kita buat tak nampak sahaja selama ini. Sebenarnya bahaya yer mak, ayah serpihan cat tersebut. Ikuti perkongsian doktor Taufiq Razif ini:
Hati hati kalau terjumpa serpihan cat buaian atau gelongsor di taman permainan.
Jangan sampai anak kita jilat, makan atau masukkan serpihan tu ke dalam mulut mereka sebab pemeriksaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati sesetengah cat di taman permainan masih mengandungi plumbum yang sangat sangat tinggi.
Kandungan plumbum paling tinggi pada cat yang berwarna kuning.
Takutnya anak kita terkena keracunan plumbum je. Keracunan plumbum pada anak ni bukan main-main sebab boleh menyebabkan kerosakan otak dan masalah pada pertuturan dan pendengaran.
Mujur tadi saya sempat warning anak saya bahaya benda ni. Sudahlah banyak tempat di playground kanak-kanak yang catnya sudah mula terhakis dan luntur tadi. Bahaya betul kalau anak-anak kita pergi jilat atau termakan serpihan serpihan cat tu.
p/s : Kalau sekadar sentuh cat itu tidak mendatangkan masalah tetapi nak tak nak kena beritahu anak-anak kita juga bahaya benda ini kerana malang kan tak berbau. Sekali dah ngap masuk mulut, keracunan plumbum lah jadinya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak, ayah dalam membesarkan anak-anak. Kadang-kadang benda-benda kecil seperti ini mampu memberi impak besar kepada kesihatan anak-anak. Awasilah anak mak, ayah setiap masa agar tidak terkena keracunan plumbum.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah dan tahniah buat Ezlynn yang bertemu jodoh dengan Wan Hafizam serta telah selamat bernikah dua minggu lepas. Permulaan perhubungan hanya atas dasar kawan akhirnya melahirkan bibit cinta dan tautan jodoh hingga ke jenjang pelamin.
“Awalnya kami berdua kawan saja, tiada perancangan untuk kahwin pun. Tapi sudah jodoh kami untuk bersama,” kata penyanyi Ezlynn Ariffin, 39, yang mengesahkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, pernikahan mereka berlangsung dua minggu lalu tanpa diadakan sebarang majlis.
“Dia hubungi ibu bapa saya meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju dan ayah jadi wali, manakala abang jadi saksi. Prosesnya amat mudah. Pernikahan kami dibuat dari rumah secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya.
Terlibat Aktivit Amal NGO
Menurut Ezlynn, detik perkenalan mereka bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.
“Kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan. Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang kuat agama dan tak berkira serta banyak bantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia dan lebih kepada akhirat.
“Itu yang buat saya tertarik kerana saya pun dah tak cari dunia dan lebih kepada akhirat. Saya nak cari orang yang begitulah. Keluarganya pun sangat okey,” katanya.
Enggan Ulas Status Suami
Ezlynn berkata, dia menghormati kehendak keluarganya dan apabila mereka melarang mengadakan majlis secara besar-besaran.
“Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang. Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media sosial. Saya hormati semua orang. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang penyakit ‘ain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.
“Saya tak nak ulas status suami kerana yang penting saya sudah selamat bergelar isterinya. Kalau orang nak salahkan fasal poligami, ibaratnya mengata Rasulullah SAW kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya yang memohon masyarakat mendoakan kebahagiaan mereka.
Ezlynn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum bercerai pada 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...